Ahad, 14 Oktober 2012

Bukti Lebih Besar Wang Lebih Hebat Penipuan


Bukti Lebih Besar Wang, Lebih Hebat Penipuan

Cuba lihat, perangai manusia yang mengejar dunia serta melupakan Allah, mereka sanggup buat apa saja demi mendapat wang besar!! mereka tak kira walau nyawa manusia jadi taruhannya. Untuk makluman, satu vials ubat Kimoterapi lebih mahal dari sekotak rokok iaitu berharga anggaran RM 4000 ke RM 12000 (Kalau salah tolong betulkan).  Satu syarikat farmasi akan bersaing dengan pengeluar atau syarikat pembuat ubat (farmasi) yang lain! Tidak mustahil mereka menggunakan strategi seperti syarikat rokok di bawah bagi menarik semakin besar keuntungan yg dapoat dijana. Buktinya, ! strategi syarikat rokok menggunakan gadis gadis muda dan cantik sebagai salesman yg akan berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi yang menentukan pembelian ubat setiap Klinik atau hospital!

 

 

Iklan Pen Dakwat Rokok Dunhill 1986 :

"At Dunhill, our philosophy is simple. Every items that bears the name Dunhill, it must be useful, it must work dependably, it must last, it must be beautiful, it must be the best of its kind. From Dunhill."

*** Fikirkanlah,

§  adakah rokok adalah sangat bermanfaat dan berfaedah kepada anda (it must be useful)?

§  adakah rokok mesti boleh dibakar dan boleh dipercayai (it must work dependably)?

§  adakah rokok adalah mesti dihisap sampai bila bila (it must last)?

§  adakah , thromboangitis obliterans, barah paru paru, barah2 jenis yang lain itu cantik ( it must be beautiful)?

§  adakah rokok adalah yang paling bagus dalam menyebabkan kanser (it must be the best of its kind)?

 

Iklan Rokok Mild Seven 1989 :

Iklan ini memaparkan bot laju membelah lautan biru bersama latar belakang pantai putih bersih dengan pemandangan amat indah berserta joran berwarna kuning. Gambar diambil mengguna helikopter bersama muzik latar yang mengujakan. Suara Lelaki berbunyi , "Mild Seven, Satu pertembungan warna kebiruan, yang mengasyikkan."

*** Fikirkanlah,

§  apakah kaitan antara bot laju dengan pantai putih bersih kebiruan (adakah penghisap rokok mild seven teringat laut biru semasa menghisapnya )?

 

Iklan Rokok More Style 1987 :

Iklan ini memaparkan seorang lelaki dengan gaya James Bond menaiki helikopter ke suatu majlis makan malam di halaman rumah agam. Helikopter merah berbelang putih merentasi kolam renang dan mendarat betul betul di hadapan halaman rumah besar dan dipandang beberapa wanita jelita. Latar belakang gelap dengan pemandangan malam lelaki memakai kod more. Punya muzik latar yang mengujakan. Suara Lelaki berbunyi , "Dua dengan penuh gaya, More Style."

*** Fikirkanlah,

§  apakah kaitan antara helikopter merah dengan majlis makan malam di tepi kolam renang.

§  adakah penghisap rokok More teringatkan mereka menjadi agen 007  semasa menghisap rokok More )?

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.