Ahad, 14 Oktober 2012

Lagi Kisah Wang Besar Buat Manusia Lupa


Lagi Kisah Wang Besar Buat Manusia Lupa

Kini ada pula berita ini yang mengemparkan ramai orang. Mengenai penarikan gelaran doktor yang dipegang oleh jutawan DRR. Dipetik melalui laman blog berkenaan, DRR telah menggunakan gelaran doktor itu untuk membuat karyawan yakni perniagaannya yang rata-rata ramai orang kata ditipu. Isu penarikbalikan lesen pengamal perubatan berkuatkuasa untuk tempoh 2 tahun kerana melanggar etika [dalam bidang perubatan] dan alasannya telah dinyatakan dalam surat yang dilampirkan oleh blog berkenaan. Korang baca sendiri kenyataan Malaysian Medical Council pasal penipuan Doktor nih.. Dan kalau korang nak tau lebih lanjut, sila baca blog  KAT SINI...

 
Nota:

Dalam Islam, kita dianjur berfikir. Allah menyuruh kita berfikir, Rasullullah menyuruh kita menimba ilmu sebanyak mungkin. Seruan ini disambut oleh sarjana muslim zaman silam tanpa berbelah bagi. Allah menurunkan ilmunya kepada sarjana muslim zaman silam yang ikhlas mencari ilmu Allah tanpa jemu sehingga menyebabkan Islam mencapai zaman gilang gemilangnya serta menjadi rujukan pula kepada ilmuwan Barat sehingga ke hari ini.

Allah juga berulang kali mengingatkan kita bahawasanya kehidupan akhirat adalah lebih baik, kekal abadi dan tidak putus putusnya. Oleh itu, janganlah kita terpedaya dengan kehidupan di dunia, asyik mengejar wang besar, mengumpul harta sambil membelek beleknya tanpa jemu dengan tidak mengira halal haramnya atau menggunakan penipuan!

Untuk membuat ubat kurus, mana-mana doktor MBBS, MBBCh, MD mampu merekacipta ubatnya  daripada pengetahuan ubat ubatan yang telah mereka pelajari. Tidak perlu ijazah kepakaran O&G dan sebarang kepakaran lain yang lebih canggih untuk mereka memberi anda ubat kurus badan. Demikian juga seorang pegawai farmasi boleh mereka cipta ubat ini dengan mudah! Jadi, bahan apakah sebenarnya yang diletak dalam formula jusmemate, jusmamat atau sebarang jus lain yg bakal berdentum tiba di pasaran? Sekiranya bahannya berasal dari sumber tumbuhan herba asli dan terbukti tidak memudaratkan... Alhamdullillah! Tetapi sekiranya ia berasal dari ubat ubat moden, awaslah kerana ubat ubat perubatan moden dibuat berasaskan bahan kimia yang masing masingnya mempunyai kesan sampingan atau kesan buruk kepada kesihatan!

Ubat ubat yang digunakan untuk kuruskan badan biasanya adalah Orlistat (Xenical). Untuk memberikan kesan kurus dengan cepat, Orlistat (Xenical) boleh pula digabungkan dengan ubat lain seperti ubat penahan cirit bagi tidak mengaktifkan usus seperti Loperamide !

Loperamide, Diphenoxylate dan Codeine menyebabkan usus tidak aktif dan mampu menyimpan najis lebih lama dalam usus! Lebih lama najis dalam usus, maka lebih lama dinding usus bersentuh dengan bahan toksik dalam najis!! Sekiranya usus tidak aktif, ini bermakna anda tidak rasa lapar! Lebih lama dinding usus bersentuh dengan bahan toksik dalam najis tidak bagus kerana menyebabkan dinding usus mengalami radang berterusan. Radang berterusan jangka panjang boleh menyebabkan sel kanser terbentuk!

Untuk menyebabkan anda rasa kenyang pula, konjac fruit boleh digunakan.

Hormon juga boleh digunakan untuk menguruskan badan. Contohnya:

§  Hormon Glucagon

§  Hormon Thyroxine

§  Hormon Androgens

§  Hormon Tumbesaran (Growth hormone)
Hormon Cortisol. 
 

Ubat kencing manis juga boleh digunakan untuk meguruskan badan. contohnya:

§  Metformin

Justeru, isunya jika hormon atau ubat ubat kimia digunakan dalam jusmamat, sudah tentu perlu pemantauan berterusan (subsequent) dari doktor yg memberi kerna masing masingnya ubat dan hormon mempunyai kesan kesan sampingan atau kesan kesan tidak diingini!!!

Setiap ubat ada kesan sampingannya. Justeru follow up adalah perlu! Andai jusmemate, jusmamat atau sebarang jus lain ini ada ubatan kimia, maka wajib ia dipreskripsi oleh Doktor bertauliah atau pegawai farmasi bertauliah. Setiap kesan sampingan wajib diberitahu kepada pesakit. Sekiranya ia dijadikan syarikat jualan langsung, adakah penjual yg dilantik itu bertauliah untuk terangkan kesan sampingan jangka pendek / jangka panjang ubat di dalam formula jusmemate, jusmamat atau sebarang jus lain ini? Sekiranya ia dijual oleh salesman laymen di Indonesia atau Brunei, adakah salesman ini bertauliah untuk menilai kesan sampingan Orlistat, hormon dan segala macam ubat yang telah diterangkan di atas? Di mana letak etika kedoktoran si penjualnya.

Kenapa berlagak alim kepada pelanggan kononnya rajin solat tahajjud dsbnya? Bukankah rajin beribadat kena dengan hati yg ikhlas dan jangan sesekali dipertonton kepada umum untuk mengelakkan daripada ria sesama manusia? Atau sengaja berlagak alim untuk dipertonton kepada manusia lain untuk melariskan produk? 
Tetapi, andai kandungan di dalamnya berasal dari produk herba asli yang tiada kesan sampingan, dan terbukti bagus, maka syabas diucapkan atas kejayaan mengusahakan herba pengurus badan ini.





 

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.