Rabu, 3 Oktober 2012

Perihal Garam


Perihal Garam

Baru baru ini saya mencuba garam dari Itali bernama Monte Verde Taste of Italy. Sea Salt Sale Marino Fine 1 kg. Bahan bahannya adalah 100% garam laut asli Italy. Tidak tertera anti caking pada ingredientsnya!  Proses pembuatannya adalah sedari air laut asli di mana air laut dikeringkan secara beransur ansur di bawah panas matahari dengan bantuan tiupan angin yang mencepatkan lagi proses pengeringan serta pembentukkan garam asli.

Yang menjadi kemusykilan, kenapa garam Itali ini taruk sedikit, rasa masinnya sudah berlebih lebih atau melampau lampau atau keterlaluan rasa masinnya? Berbanding dengan garam tempatan, kita terpaksa masukkan lebih garam tempatan barulah dapat terasa masinnya.. Oleh itu, kenapa terdapat perbezaan rasa? Mungkinkah terlampau banyak serbuk kimia anti beku (anti caking chemicals) digunakan dalam garam tempatan lalu menyebabkan kita terpaksa meletakkan lebih garam tempatan baru terasa tahap masinnya? Adakah serbuk kimia anti beku (anti caking chemicals) ini selamat dan dapat menjamin manusia kekal sihat sekiranya ia digunakan untuk tempoh masa yang panjang? Apakah penyakit yang bakal disebabkan oleh kimia anti beku (anti caking chemicals) ini kepada manusia dalam tempoh jangka masa panjang?

 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.