Rabu, 3 Oktober 2012

DEODORAN PENYEBAB KANSER


DEODORAN PENYEBAB KANSER
AWAS!! JAUHI PRODUK YANG BOLEH MENYEBABKAN KANSER
Terjemahan penulisan di internet oleh M.D. Ling Sila baca dan sebarkan maklumat ini kepada keluarga dan rakan-rakan. Ia boleh membantu menyelamatkan nyawa. Terutamanya kepada wanita-wanita…..dengarlah! Ini adalah sesuatu yang memeranjatkan…..
PENCEGAHAN KANSER BUAH DADA….. bukan hanya wanita, malah lelaki juga harus jangan leka dan lupa untuk memberitahu emak, adik, kakak, sepupu dll. bahawa penyebab utama kanser buah dada ialah bahan anti-peluh (anti-perspirant) yang digunakan dalam deodoran.
Kebanyakan produk yang dipasarkan untuk kegunaan bawah lengan (ketiak) merupakan kombinasi bahan anti-peluh (anti-perspirant) dan deodoran. Sila periksa label deodoran yang anda gunakan apabila pulang ke rumah nanti. Deodoran tanpa bahan anti-peluh adalah selamat digunakan. Cuma bahan anti-peluhlah yang merbahaya jika digunakan. MENGAPA?
Tubuh manusia memperuntukkan beberapa bahagian badan untuk digunakan bagi pembuangan bahan-bahan toksin (beracun). Bahagian-bahagian badan ini termasuklah belakang lutut, belakang telinga, kelengkang pelipat, dan ketiak. Bahan toksin ini dibuang melalui pembuangan peluh.
Bahan anti-peluh akan menghalang bahagian badan yang disapukan dengannya daripada berpeluh. Ini menghalang pembuangan bahan toksin daripada bahagian ketiak anda. Toksin ini akan berkumpul sedikit demi sedikit di bawah kulit ketiak anda kerana ia tidak dapat dikeluarkan kerana ketiak anda tidak dapat berpeluh. Apabila kadar toksin telah sangat tinggi, ia akan menyebabkan sel-sel berubah rupa ataupun dikenali sebagai pembentukan kanser. Hampir keseluruhan ketumbuhan kanser buah dada berlaku di bahagian atas buah dada. Di bahagian inilah terletaknya kelenjar peluh yang berfungsi untuk membuang bahan toksin daripada kulit badan.
Lelaki kurang berkemungkinan mendapat kanser buah dada (namun demikian tidak semestinya selamat) kerana kebanyakan bahan anti-peluh yang digunakan akan terperangkap pada rerambut yang banyak dan lebat di bawah ketiak. Bahan anti-peluh tidak dapat terus melekat pada kulit ketiak. Wanita yang menggunakan bahan anti-peluh selepas mencukur ketiak akan meningkatkan kemungkinan mendapat kanser buah dada kerana bahgian kulit yang telah mengalami sedikit luka-luka dan tiada perlindungan akan membenarkan bahan kimia anti-peluh masuk terus kedalam badan melalui ketiak.
Sila edarkan pesanan ini kepada orang yang anda kasihi. Kanser buah dada telah semakin menular dan menggerunkan. Kanser buah dada tidak lagi dipengaruhi oleh faktor keturunan!! Kesedaran daripada pesanan ini boleh menyelamatkan nyawa. Sekiranya anda kurang mempercayai maklumat ini, saya cadangkan anda lakukan sendiri kajian dan penyelidikan yang terperinci. Saya yakin anda akan mendapat rumusan yang sama.
Terima kasih. SSSA
Sumber :  http://www.tranungkite.net/lama/berita10/kanser2.htm

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.