Selasa, 18 Disember 2012

Jus Praktikal Anda


Kenapa Anda Perlu Minum Jus Mentah?

Jus mentah masih mengandungi enzim, antioksidan yang dicipta Allah, sangat baik untuk kesihatan manusia. Tetapi sedikit daripada manusia yang berterima kasih kepada Penciptanya. Sesungguhnya Allah telah menciptakan banyak sekali tumbuh tumbuhan yang baik serta bermanfaat kepada manusia dan Maha Suci Allah tidak pernah sekali kali menganiayai manusia dengan meminta atau menyaman manusia akan hak patenship!  Manusia yang banyak meniru patenship dari Allah!!! Tetapi sedikit sekali manusia yang berterima kasih kepada Allah.

Apabila anda meminum jus mentah anda akan terasa perbezaannya, Badan anda akan jadi lebih cergas, bertenaga, lebih banyak idea, lebih bersemangat dan lebih bermotivasi! Anda tidak akan tahu selagi tidak mencubanya!!

Tahukah anda binatang tidak pernah memasak makanannya? Hanya manusia yang belajar memasak makanan mereka. Manusia juga mengetin dan mempek barang makanan dalam plastik. Kemajuan  dicapai manusia membolehkan barang makanan kekal tidak rosak sehingga bertahun tahun!!! Manusia menggunakan pengawet, pewarna, perisa , pengemulsi, serta aroma tiruan dalam makanan mereka. Semua benda ini bersifat kimia dan menyebabkan makanan yang dimakan manusia menjadi mati iaitu tidak lagi mempunyai enzim, vitamin, antioksidan, alkaloid, bacosides A, bacosides B, stigmasterol, stigmastanol, beta sitosterol, sapogenins, saponins, flavonoids, triterpenoids,  bioflanoids, rutin, hesperidin, herpestine, betulic acid, octacosane, asid amino dsbnya seperti makanan yang diambil secara segar atau terus dari pokoknya! Ada juga makanan disteril menggunakan pancaran tenaga radioaktif!

Makanan yang dimasak juga boleh memusnahkan segala enzim, vitamin, antioksidan, bioflanoids, rutin, hesperidin dsbnya! Tahukah anda bahawasanya ayam lebih mendapat vitamin daripada manusia ketika ayam makan padi? Beras mempunyai sekam yang menyelaputinya! Sekam ini kaya dengan vitamin B Compleks, antioksidan dsbnya! Malangnya, sekam padi dipisahkan dari beras dan dibakar begitu sahaja!!! Beras baru yang masih berkulit ari mengandungi banyak sekali vitamin serta zat yang berharga !!! Namun sedikit sahaja manusia yang mengetahuinya jauh sekali bersyukur kepada Allah mengenainya !!!

Jus boleh juga dibuat dari daun daun hijau! Tidak perlu membuat jus dari sumber buah semata mata kerana daun tumbuh tumbuhan tidak kurang hebatnya malah mungkin lebih baik daripada buah itu sendiri. Sebagai contoh anda boleh membuat jus daun seperti dibawah:

2 helai daun manggis hijau

3 helai daun durian belanda hijau

6 helai daun belalai gajah hijau

1 helai daun jambu hijau

2 kuntum bunga misai kuching

2 cawan air zamzam ( Sekiranya air zam zam tiada - boleh diganti dengan  air mineral cactus, ice mountain dsbnya kerana air mineral bersifat alkali manakala air paip terawat bersifat asid!!! Justeru jangan gunakan dari punca air paip !!! ).

Kisar dan tapis airnya dan anda boleh minum selepas berselawat ke atas Rasul. Daun2 lain yang boleh dibuat jus yang baik termasuklah daun mengkudu, daun pecah beling, daun rambutan dsbnya ...

Selain daun; ubi kentang, ubi sengkuang, ubi karot pun boleh dibuat jus yang amat sedap serta menyegarkan .... Semua minuman segar ini mengandungi enzim, vitamin, antioksidan dsbnya dan boleh menyihatkan anda sekiranya anda rajin mengambilnya setiap hari!!! Peringatan penting bahawasanya jus ini mesti diminum sejurus ia disediakan dan jangan simpan lama kerana boleh merosakkan enzim, vitamin, antioksidan dsbnya. Jus ini juga akan hilang keberkesanannya sekiranya ia dicampur gula atau susu !!!

 

 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.