Selasa, 18 Disember 2012

Bahaya bahan KIMIA kepada anda


Bahaya bahan KIMIA kepada anda.

Dalam MSDS terdapat Label Bahan KIMIA yang dilabel dengan membawa maksud tertentu seperti:

          - R40 : ada risiko kesan kerosakan tisu kekal.

          - R45 : boleh sebabkan barah.

          - R46 : boleh sebabkan kerosakan genetik yang diwarisi

          - R47 : boleh sebabkan kecacatan bayi.

          - R49 : boleh sebabkan barah jika tersedut dalam nafas.

          - R61 : boleh mudaratkan bayi dalam kandungan ibu.

          - R63 : ada risiko mudaratkan bayi dalam kandungan ibu.

 Contoh2 :

1.   Timah hitam digunakan dalam industri bateri.

2.   Pelarut 2-bromopropane – larutan pembersih digunakan dalam  industri electronik. Bahan kimia senang meruap dan boleh disedut oleh operator pengeluaran.

3.   Pelarut ethylene glycol – digunakan dalam industri cat perkapalan.

4.   Bahan kimia, logam berat atau agen lain boleh memusnahkan atau merosakkan benih lelaki dan juga benih wanita. Contoh timah hitam, racun pesticides dan x-ray.

5.   Bahan kimia, logam berat atau agen lain adalah toksik kepada bayi dalam kandungan.

6.   Bahan kimia, logam berat atau agen lain boleh membunuh bayi dalam kandungan, menyebabkan kecacatan, kanser dan terbantut tumbesaran.

7.   Bahan kimia, logam berat atau agen lain boleh memusnahkan DNA ( Genetic damage ).

       Kemusnahan genetik atau baka boleh sebabkan kecacatan kepada generasi seterusnya seperti kelahiran pramatang, kecacatan bayi, keguguran, mandul dsbnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.