Khamis, 24 November 2011

Barah Payudara

Barah Payudara

Barah payudara merupakan barah yang menyebabkan kematian paling tinggi untuk perempuan. Penyebab kematian ke 2 tertinggi adalah barah pangkal rahim.

1) Statistik barah payudara

Di Malaysia, bilangan pesakit yang menghidap barah payudara ini semakin meningkat dan bilangan kematian disebabkan barah ini juga meningkat dari tahun ke tahun. Apa yang menggemparkan adalah sekarang barah payudara bukan disebabkan oleh faktor keturunan semata-mata! Sesiapa sahaja boleh menghidap penakit barah payudara termasuk kaum lelaki! Julat umur pula ia menyerang wanita muda! Statistik menunjukkan bahawa orang Cina lebih banyak menghidap barah payudara diikuti Kaum India dan paling sedikit adalah Orang Melayu. Pada 2006, turut menunjukkan sebanyak 3,525 kes baru dikesan dalam tempoh sama. Orang Melayu mempunyai statistik paling sedikit dipercayai disebabkan kurang mendapat rawatan kerana orang Melayu takut berjumpa doktor lalu kes mereka kurang dilaporkan. Untuk international pula, ada lebih yang menarik mengenai statistik ni. Bukan menarik, tapi menggerunkan!
  • Setiap 3 minit, seorang wanita didiagnosis dengan barah payu dara.
  • Setiap 11 minit, seorang wanita mati akibat barah payu dara.
  • Setiap tahun, 30,000 wanita dan 200 lelaki didiagnosis dengan barah payu dara.

2) Tanda-tanda barah payudara:

Barah payudara ada 4 peringkat dan barah payudara dapat dibuang jika berjaya dikesan diperingkat awal. Penting bagi kita mengetahui tanda-tanda ini agar dapat dirawat dengan segera. Antara tanda-tandanya adalah:
  • Ketulan pada payu dara dan makin jelas ketika haid.
  • Pendarahan atau lelehan dari puting payu dara.
  • Perubahan bentuk payu dara.
  • Kulit payu dara atau puting yang tertarik ke dalam.
Untuk pengetahuan ramai, Datin Endon, Isteri Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi telah meninggal akibat barah payudara. Begitu juga dengan saudara kembar beliau Noraini, yang juga meninggal akibat barah payudara. Namun demikian, saudara perempuan mereka, iaitu Datin Rahmah Mahmood juga didiagnosa doktor menghidap barah payudara. Beliau membuat keputusan mengejutkan doktor di Amerika di mana beliau enggan menjalani rawatan wajib kimoterapi dan radioterapi. Beliau juga enggan menjalani mastektomi. Datin Rahmah Mahmood telah menyaksikan sendiri penderitaan kakak beliau dimana akibat kimoterapi menyebabkan kulit berkedut, rambut gugur, kelihatan tua, sistem pertahanan darah putih (imun) menjadi lemah serta senang diserang oleh penyakit seperti demam dan batuk2. Ini kerana, rawatan kimoterapi bukan saja membunuh sel-sel barah tetapi turut membunuh sel-sel normal yang lain. Para Doktor onkologis berpendapat, jika dengan kimoterapi, radioterapi dan mastektomi dapat memanjangkan usia pesakit selama 5 tahun, rawatan mereka adalah 100% sudah berjaya. Jika dapat hidup 6 tahun, lebihan 1 tahun adaah bonus. Jika hanya hidup 1 tahun, rawatan kombinasi kimoterapi, radioterapi dan mastektomi telah 20% berjaya. Saya sarankan tuan puan membaca buku panjangkan usia pesakit kanser selama 10 tahun yang ditulis oleh Sekine Susumu (Diterjemahkan oleh Careen Chong CH/Liew SC). Sekine adalah seorang profesor Jepun yang mengidap kanser esofagus. Kadang-kadang pesakit barah meninggal dunia bukan kerana penyakit barah tetapi kerana kesan sampingan ubat kimoterapi dan radioterapi yang membunuh sel-sel lain!
Kesan radioterapi pula meninggalkan kesan bakar yang memeritkan. Justeru Datin Rahmah Mahmood telah memilih untuk TIDAK MENJALANI kimoterapi, radioterapi atau mastektomi sebaliknya hanya memakan herba terpilih yang diberikan oleh doktor pakar herba Rusia yang bermastautin di Australia iaitu Dr Vagif Soultanov. Produk NuvaPine mengandungi Bioeffective jadi pilihan Datin Rahmah Mahmood. Semenjak meninggalkan cadangan doktornya dari Amerika Syarikat supaya menjalani kimoterapi / radioterapi Datin Rahmah Mahmood telah memilih untuk berubat secara memakan makanan semulajadi iaitu pil NuvaPine. Tindakan beliau membuahkan hasil kerana beliau berasa lebih sihat, lebih ceria, segar dan cergas. Kisah beliau dapat diketahui dengan lebih jelas dan terperinci dengan membeli majalah i-Sihat bil 45 keluaran bulan Ogos 2011.
Satu lagi kisah menakjubkan adalah mengenai seniwati Datuk Sarimah Ahmad yang menghidap barah mulut yang mana telah merebak hingga ke hidung dan otak. Justeru peringkat ini dikelaskan sebagai barah tahap 4 dimana tiada harapan langsung untuk sembuh! Doktor mentafsirkan umur Seniwati Sarimah Ahmad hanya tinggal 3 bulan saja lagi. Perkara sebaliknya berlaku kerana Seniwati Sarimah Ahmad tidak putus asa, tidak mahu menjalani pembedahan, kimoterapi dan radioterapi sebaliknya beralih kepada rawatan menggunakan air zam zam, sembahyang hajat, mengamalkan ayat-ayat Al Quran dan memakan biji aprikot pahit mentah. Kini kesihatan beliau telah beransur pulih, bertambah kuat serta boleh berjalan daripada susah berjalan. Kulit yang tidak sihat telah beransur sihat. Dalam kata lain, kualiti hidup beliau menjadi lebih baik! Kisah Seniwati Sarimah Ahmad dapat diketahui dengan lebih jelas, terperinci dengan membeli majalah i-Sihat bil 44 keluaran bulan Julai 2011.
3) Punca barah payudara
Sebenarnya punca setiap barah adalah kerana disebabkan oleh persekitaran beracun di sekeliling anda. Ketahuilah dan sedarilah bahawasanya anda hidup didalam persekitaran yang beracun !
  1. Membawa motosikal mendedahkan anda kepada berbagai racun yang terkandung dalam asap kenderaan.
  2. Memakan makanan berwarna, berpengawet, dan berperisa seperti Monosodium Glutamat dsbnya.
    1. Belacan = Rhodamine B
    2. Mee Kuning = Asid Borik
    3. Ikan Segar = Asid Borik dan Formaldehyde sebagai pengawet yang diletakkan dalam atau ditabur atas ais batu – semakin banyak pengawet digunakan semakin segar ikan dan vice versa.
  3. Memakai handphone memdedahkan anda kepada pancaran / medan electromagnet & medan elektrik.
  4. Komputer memdedahkan anda kepada pancaran / medan electromagnet / medan elektrik.
  5. Gincu memdedahkan anda kepada logam berat seperti Timah Hitam dsbnya.
  6. Sebarang pewangi memdedahkan anda kepada sebatian organik terpelowap (volatile organic compound) .
  7. Petrol memdedahkan anda kepada hidrokarbon aromatik benzene.
  8. Pemadam pen memdedahkan anda kepada sebatian organik terpelowap (volatile organic compound).
  9. Mikrowave - memdedahkan anda kepada pancaran / medan elektromagnet, medan elektrik.
  10. Pemakaian ubat gigi – memdedahkan anda kepada Fluorin.
  11. Bekalan Air Minuman – memdedahkan anda kepada Chlorine, Fluorine dan logam berat seperti raksa, plumbum, tembaga, stanum dsbnya.
  12. Mesin Printer memdedahkan anda kepada gas volatile organic compound (VOC)
  13. Dalam kereta – memdedahkan anda kepada volatile organic compound.
  14. Dalam stor memdedahkan anda kepada volatile organic compound.
  15. Botol plastik – memdedahkan anda kepada BPA dan Dioxin.
  16. Brek kenderaan, atap dan siling rumah – memdedahkan anda kepada Asbestos
  17. Sayur-sayuran mengandungi racun pertanian 3 dalam satu iaitu racun serangga, racun kulat dan racun rumpai. Amalan pengeluar adalah berdasarkan pesanan. Jika ada permintaan, walaupun sayur-sayuran baru pagi tadi disembur racun pertanian 3 dalam satu, sayur-sayuran akan tetap dipetik dan dipasarkan. Pelik tetapi benar, bangsa Malaysia adalah satu bangsa berani mati yang sanggup membelinya walaupun beracun ! Aneh tetapi benar, ini sebenarnya adalah sikap tidak ambil peduli , acuh tidak acuh , sambil lewa yang selalu diamalkan oleh kebanyakkan orang Malaysia!
Punca setiap barah adalah kerana kurang pengambilan makanan yang sepatutnya seperti:
  1. Beras Perang.
  2. Bijirin, kekacang.
  3. Jus buah-buahan organik yang bebas racun atau baja kimia.
  4. Sayur sayuran organik yang bebas racun atau baja kimia.
  5. Herba berkhasiat.
  6. Kunyit sebagai ulaman.
  7. Halia
  8. Bawang putih.
  9. Lengkuas dsbnya.
Punca setiap barah adalah kerana pengambilan makanan berasid.
  1. Daging merah / Hot Dog .
  2. Sosej, daging burger dsbnya.
  3. Lemak binatang.
  4. Marjerin dan hydrogenated oil.
  5. Donut Manis.
  6. French Fries dsbnya
Punca setiap barah adalah kerana cara hidup yang tidak sihat.
  1. Bekerja tidak kenal penat lelah, siang dan malam bekerja.
  2. Bekerja dalam persekitaran sejuk dan tidak bergerak-gerak kerana duduk berpanjangan.
  3. Tiada senaman secara berkala atau tetap.
  4. Mengalami stres domestic dan stres tempat kerja yang teruk.
  5. Makan berlebihan lebih dari sepatutnya.
  6. Ambil makanan berlemak tinggi, bergula tinggi atau berprotein tinggi secara berlebihan.
  7. Ambil makanan berpewarna tiruan, berpengawet, berperisa tiruan.
  8. Ambil makanan dicemari racun pertanian.
  9. Ambil makanan dicemari baja kimia.
  10. Ambil rokok dan arak.
4) Mitos Barah payudara     (diambil dari sini)
  • Lelaki tidak boleh mendapat barah payudara = salah.
  • Baju dalam yang berwayar boleh menyebabkan barah payudara = benar
  • Wanita di bawah umur 40 tahun tidak akan mendapat barah = salah
  • Anti- peluh dan deodoran boleh menyebabkan barah payudara = benar
  • Pil Perancang boleh menyebabkan barah = benar
  • Mammogram boleh menyebabkan barah payudara merebak atau menjadi punca barah = benar.
  • Setiap benjolan di payudara adalah barah payudara = salah.
  • Barah payudara hanya berlaku di sebelah payudara = salah.
  • Mastektomi merupakan satu-satunya rawatan barah payudara = salah.
  • Wanita yang mempunyai payudara yang kecil mempunyai risiko yang rendah mendapat barah = salah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.