Khamis, 24 November 2011

Transformasi Minda


Transformasi Minda Cara oleh Dr Rizwan:

1. Kalau anda mandi, jangan terus siram air dari kepala ke kedua kaki, cara betul adalah sebaliknya iaitu basahkan kaki dulu kemudian diikuti  badan kemudian diikuti muka kemudian diikuti kepala. Inilah yang diajar oleh Islam / Nabi. Jika kulit terkena air, kulit jadi sejuk dan salur darah akan reflek menguncup. Jika salur darah menguncup tiba-tiba di dalam kepala, kemungkinan keadaan ini boleh menyebabkan sakit kepala yang kuat. Sebelum mandi, anda kena fikir perkara positif dan perasaan yang membina seperti aku akan berjaya hari ini, aku boleh melakukan sesuatu , aku manusia yang baik , …… hari ini dan seterusnya.. kerana air bersifat sebagai alat perakam memori yang paling berkesan. Jadi, sebelum anda mandi, masa nak minum pun, pasang niat yang baik-baik dalam minda. Jangan sesekali merakam niat buruk di depan air kerana ia boleh dirakamkan. Jika anda tidak percaya sila googlekan wajah molekul air yang dibacakan ayat-ayat suci Al Quran kepadanya.
 
2. Minum sekurang kurangnya 2 liter air sehari.
 
3. Jangan mandi diantara waktu maghrib & isyak. Semasa ini, gelombang frequensi adalah gelombang merah-jingga dan boleh menarik semua gelombang elektromagnetik negatif masuk ke sistem badan manusia lalu menjadikan seseorang insan mendapat tingkah laku atau emosi tidak baik contoh pemarah, degil, dengki khianat busuk hati , ganas, mementingkan diri sendiri, tidak prihatin, tidak mengambil berat hal-hal kebajikan keluarga / kawan; kecenderungan homoseksual / lesbian  dsbnya.
 
4. Siapa yang selalu kena migrain, amalkan selalu basahkan rambut bila mandi. Tak perlu guna syampu, cukup hanya basahkan rambut anda dengan air. Kalau yang pakai tudung tu, mandilah awal sikit supaya rambut sempat kering sebelum pergi kerja.
 
5. Bangun pagi lepas dah baca doa bangun tidur, basuh muka dengan air sejuk (sebaiknya air batu) & basuh sambil urut muka arah lawan jam  (macam tawaf kan anda berputar arah lawan jam ).
 
6. Terapi minda termasuk membuang ego, fikiran negatif, fikiran sempit, buruk sangka, tidak fokus, perasan (fikir dia bagus/ bijak)
 
7. Formula kehidupan luarbiasa (selari dengan rukun islam):
a. visi (= syahadah ).
b. disiplin (solat)
c. Percaya - percaya kepada rukun iman iaitu :
a.     percaya kepada Allah – Percaya kepada (99 + satu) nama Allah yang tersembunyi.
b.     Rasul dan nabi Allah,
c.      Malaikat,
d.     Kitab-kitab Zabur, Injil, Taurat, Quran , syuhuf yang datang hanya dari Allah dan bukan datang dari hasil ciptaan manusia.
e.     Hari Kiamat,
f.       Qada dan Qadar

d. memberi (berzakat, derma, sedekah, sebar ilmu , mengajar menyampaikan dsbnya)
e. konsisten.
 
8. Apa yang kita cakap, apa yang kita niat, apa yang kita fikir semuanya adalah doa. Jadi, cakap, niat, fikir yang baik2. e.g. ibu2 or ayah2 kalau marah anak, sebaiknya mengatakan “bertuah anak aku ni,” sebagai pengganti kata “kenapa nakal sangat ni,” dsbnya.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.