Khamis, 24 November 2011

Multivitamin dan supplemen tidak elok

Multivitamin dan supplemen tidak elok 

Punca : Mingguan Warta Perdana 20.11.11

Didapati pengambilan supplemen dan vitamin tidak memberikan kesan seperti diharapkan sebaliknya boleh memendekkan umur pengamal! Satu kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Archives of Internal Medicines mendedahkan bahawa sesetengah suplemen memberikan kesan tidak baik seperti memendekkan umur pengamalnya! Para pengkaji mengenalpasti beberapa supplemen yang mempercepatkan kematian pengamal iaitu seperti Vitamin B6, Asid Folik, Zat besi, magnesium, zink, serta tembaga. Ada juga angka peningkatan kematian yang menakutkan iaitu sekitar 18%! Justeru, penyelidik kajian, Dr. Jaako Mursu menyarankan bahawa pengambilan makanan tambahan vitamin hanya dibenarkan jika pengamal memang terbukti mempunyai kekurangan vitamin sebelumnya. Mengambil supplemen vitamin dan mineral tambahan boleh menjejaskan serta membahayakan kesihatan. Mursu menegaskan bahawa semua yang diambil secara berlebihan termasuklah air boleh memberi kesan buruk kepada manusia. Supplemen multivitamin umumnya disediakan dalam dos tinggi vitamin dan mineral. Ini tidak akan berlaku jika kita mengamalkan memakan makanan semulajadi yang hanya berasaskan tumbuh2an. Justeru, kita perlu mengambil sekurang kurangnya 5 jenis buah2an sehari, dan berbagai jenis sayur2an yang bebas racun / baja kimia. Jangan dilupakan juga bijirin dan kekacang sebagai sumber protin anda. Tidak seperti makanan supplemen, makanan semulajadi biasanya mempunyai kuantiti vitamin dan mineral yang ideal dan lebih mudah diserap oleh usus. 

Nota: Pengambilan vitamin larut dalam lemak seperti Vitamin A D E K boleh menyebabkan hipervitaminosis atau keracunan Vitamin! Sebagai contoh, Hipervitaminosis A menyebabkan anda demam, kulit mengelupas, sakit kepala dsbnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.