Ahad, 15 Januari 2012

32,000 pesakit baru barah tahun ini - Liow


ARKIB : 11/05/2010

32,000 pesakit baru barah tahun ini - Liow

11/05/2010 4:43pm

KANGAR 11 Mei — Sebanyak 32,000 kes baru barah dijangka dikesan tahun ini dan ia merupakan antara 10 punca utama penduduk negara ini dimasukkan ke hospital kerajaan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata walaupun barah bukan penyakit berjangkit, namun jumlahnya terus bertambah. Berucap pada program Perlis Sihat Sejahtera bertemakan “Kenali Barah” di sini hari ini, beliau berkata lima jenis barah paling utama bagi lelaki di negara ini ialah barah usus besar, paru-paru, nasofrinks, prostat dan hati manakala bagi pesakit wanita ia membabitkan barah payu dara, usus besar, serviks, ovari dan tiroid. Bagi pesakit kanak-kanak, barah yang sering menyerang ialah leukemia, barah otak dan tulang. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.