Rabu, 25 Januari 2012

Mengapa anda mengantuk dan letih dalam bilik yang ramai orang

Mengapa anda mengantuk dan letih dalam bilik yang ramai orang?
Di pejabat, anda anda sering mengadakan mesyuarat. Bangunan moden sering mengamalkan penghawa dingin sistem persekitaran yang diolah sendiri. Maksudnya, suhu, kelembapan dan peredaran udara dikawal oleh satu atau lebih unit pengudaraan. Justeru, langkah anda menutup lubang air inlet atau air outlet dalam pejabat anda adalah salah! Sebenarnya jika anda sedari, membuat kerja dibawah pokok atau di dalam hutan adalah lebih nyaman dan menyihatkan daripada bekerja dalam persekitaran olahan sistem tertup berhawa dingin sepanjang hari! Apabila anda berada dalam bilik atau dewan tertutup yang ramai orang, anda akan berasa mengantuk serta letih yang berlebihan. Ini disebabkan oleh:
1.   Gas karbon dioksida yang telah melebihi 800ppm,
2.   kelembapan udara telah melebihi 60 %.
3.   Kepekatan oksijen telah berkurangan.
4.   Darah di bahagian kaki anda tinggal setempat dan tidak naik ke otak kerana anda tidak mengaktifkan jantung kedua anda ( Otot betis seperti Gastrocnemius dan Soleus serta saluran vena yang mempunyai injap satu arah bertindak sebagai jantung kedua jika anda menggerakkan otot ini ) .
Bila otak kekurangan oksijen dan banyak karbon dioksida, anda akan rasa mengantuk serta letih. Diingatkan, keadaan ini menyebabkan badan anda berasid dan sel kanser menyukai persekitaran berasid bagi hidup subur dan membiak. Justeru, untuk menhalang perkara ini dari berlaku:
1.   Buka pintu bilik anda.
2.   Buka tingkap bilik anda.
3.   Pastikan peredaran udara dalam bilik mencukupi.
4.   Pastikan suhu bilik 24ºC - 26ºC ( suhu bilik optimum 25ºC ).
5.   Tiada pewangi kimia dalam bilik anda.
6.   Paling bagus, bermesyuarat di bawah pokok!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.