Ahad, 13 Mei 2012

Awas mempelam yang anda makan


Awas mempelam yang anda makan

Pernahkah anda melihat mempelam yang berjerawat atau cacat kulitnya dijual di kedai2, pasar borong atau supermarket? Sudah tentu tidak pernah bukan? Sedarkah anda kebanyakan mempelam yang dijual itu berasal dari Siam?

Pernah terdengar cerita kawan yang pakcik beliau bekerja sebagai Kastam di Padang Besar. Beliau berhujah bahawasanya, beliau sudah tidak pernah sanggup memakan mempelam Siam lagi kerana Pakciknya ternampak orang Siam menyuntik sesuatu bahan ke dalam pangkal buah mempelam. Nah, apakah bahan yang disuntik itu? Sudah tentu ia bahan kimia yang akan mengawetkan mempelam supaya tahan lama di Semenanjung Malaysia. Pernahkah KKM membuat persampelan racun kepadanya? Allahualam... Antara racun yang popular di Malaysia ialah Malathion, Sumithion, Aqua Resigen dsbnya.

Pernahkah anda terfikir kenapa mempelam itu tidak cacat sedari putik hingga ia menjadi buah? Sudah tentu penggunaan racun digunakan secara maksimum kerana mempelam tempatan  biasanya mudah rosak kerana kurang penggunaan racun! Relakah anda memberi makan kepada keluarga anda mempelam yang sedemikian rupa?

Racun pada permukaan kulit tidak hilang sepenuhnya walaupun direndam dengan air garam... kepekatan racun hanya boleh berkurangan itu saja. maknanya anda masih terdedah kepada penyerapan racun. Racun yang diserap ke dalam darah akan disimpan dalam sel-sel lemak badan anda dan akan dirembes perlahan-lahan semasa anda tidur. Jangan dilupa kesan terkumpul racun (Cumulative effect ) apabila anda terus terusan memakan mempelam atau buah buahan lain yan beracun.

Tidak hairanlah berbagai bagai jenis penyakit yang dulunya jarang didengar telah melanda rakyat negara ini... Buktinya, penyakit buah pinggang rosak sepenuhnya ( End Stage Renal Failure ) telah meningkat kejadiannya dari tahun ke tahun. Justeru, bilangan pusat pusat dyalisis juga tumbuh bagai cendawan kerana ia menjanjikan pulangan yang amat banyak! Pesakit Dialisis memerlukan 3 kali cucian darah seminggu (Sekali cuci darah @ Dialisis = RM 200 ) oleh itu sebulan RM2400 ! jumlah ini belum termasuk jumlah bayaran ubat dan upah consultasi pakar nephrologist melihat anda !!

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.