Isnin, 26 November 2012

Ubat Gigi Arang


Ubat Gigi Arang
 
Pernah dengar gigi orang zaman dulu utuh sampai ke usia tua dan tidak reput malah kekal putih bersih? Mereka tidak menggunakan bahan kimia florida yang ditambah  ke dalam ubat gigi pun !!! Arang yang terbaik mutunya bunyi ceritanya disediakan dari tempurung kelapa. Pokok kelapa memang tersohor mempunyai 1001 kegunaan dan orang kita memang tidak lengkap hidup mereka tanpa kelapa! Manakala arang kedua terbaik disediakan dari kayu bakau yang dibakar (dihangatkan) menjadi arang ! Kayu atau tempurung yang dihangatkan menjadi hitam ( dipanggil arang kayu bakau/tempurung ) mempunyai banyak ruang poros yang mampu memerangkap sebarang toksin dalam mulut anda. Ia mampu  menyerap bahan kimia dalam mulut dan menyebabkan pH mulut menjadi neutral. pH mulut yang baik sebenarnya bersifat sedikit alkali! Namun demikian, sisa makanan yg terlekat dicelah gigi dan gusi akan menjadi makanan bakteria. Hasil sampingan metabolisma bakteria menghasilkan asid yang boleh mereputkan gigi!! Justeru penggunaan arang dapat mengurangkan kesan asid daripada aktiviti bakteria dalam mulut anda ! ! !
 
Malang sekali, orang sekarang malas untuk menyediakan arang bagi membilas gigi mereka. Kononnya ia kerja remeh dan lebih mudah membeli ubat gigi di pasaraya! Sedih juga kerana tiada syarikat ubat gigi mahu menjadikan arang sebagai produk kerana warnanya yang hitam boleh menggelapkan lantai bilik mandi anda dan memburukkan pandangan dalam bilik air.






Bahaya Ubat Gigi Florida

 
Tahukah kita tentang ubat gigi yang berada di pasaran kini mengandungi bahan ramuan yang lebih beracun daripada plumbum dan hanya kurang sedikit kadar keracunannya daripada arsenik? Bahan ramuan ini merupakan sisa keluaran industri baja dan ia digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Dan bahan itu ialah Fluorida.

Penggunaan fluorida yang tercatat di atas label sebagai “sodium monofluorophosphate” (smlp) atau “sodium fluoride” dalam ubat gigi bagi mencegah kerosakan gigi juga di pertikaikan kerana terdapat bukti mengenai keracunannya. Dan menurut beberapa laporan, fluorida boleh mengubah sel-sel normal menjadi sel kanser.

Tinjauan CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang) keatas label mendapati semua ubat gigi berfluorida juga mengandungi enam bahan kimia yang berkarsinogen. Jadi, untuk mengetahui sejauh manakah ubat gigi anda bertoksik lihat gambar gambar berikut.

KENAPA UBAT GIGI BERFLOURIDA BAHAYA?

Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai ‘ubat baru yang tidak diluluskan’ kerana tiada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya. Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengelaskan fluorida sebagai ubat untuk gigi yang tidak diluluskan disebabkan kandungan racunannya yang tinggi.

Satu tinjauan dijalankan dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat dan didapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida, telah menelan antara 0.3 – 0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi. Bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang sepatutnya dengan hanya memberus gigi.

MENGAPA KITA TIDAK PERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?

  • Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi untuk keperluan seseorang.
  • Pihak berkuasa di Malaysia telah menambah fluorida ke dalam sistem bekalan pengairan. Oleh itu, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada.
  • Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain.

  • Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin.

Oleh sebab itu, kita tidak memerlukan fluorida tambahan daripada ubat gigi atau ubat kumur, yang mampu memudaratkan kesihatan.

KESAN FLUORIDA :

  • Kematian
  • Kanser
  • Ruam kulit
  • Luka kanser
  • Kelunturan warna gigi
  • Masalah gastrik
  • Kerapuhan tulang
  • Keracunan saraf
  • Kanser tulang
  • Keretakan tulang
  • Menyebabkan masalah IQ di kalangan kanak-kanak
  • Meransang masalah buah pinggang

Mengikut kajian, fluorida mampu meresap menerusi gusi, kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yang menelan 50% daripada ubat gigi ketika memberusnya, terdedah kepada risiko kanser.

PERINGATAN: Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.