Isnin, 26 November 2012

Kobis Beracun


Kementerian pastikan kobis import selamat
12/05/2012 3:38am

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan sedang memantau semua pintu masuk serta pasaran bagi memastikan kobis import yang dijual di negara ini tidak mengandungi formaldehid. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman berkata, mana-mana pihak yang terlibat mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan mengandungi bahan beracun, merosakkan atau memudaratkan kesihatan dianggap melakukan kesalahan. "Mereka yang didapati bersalah akan didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan semalam. Beliau berkata, kementerian mengambil maklum laporan laman sesawang www.chinapost.com.tw bertarikh 8 Mei mengenai penahanan beberapa penjual kobis di China kerana didapati menyembur formaldehid pada tanaman itu. "Sehingga hari ini, kementerian telah menjalankan analisis terhadap 24 sampel sayur-sayuran termasuk kobis bagi mengesan kandungan formeldehid, namun tiada sebarang kesan kandungan formaldehid pada semua sampel tersebut,” katanya. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.