Isnin, 26 November 2012

Tembikai


Tembikai

Zaman daku kanak kanak dulu, aku suka makan tembikai! Tembikai zaman dulu dulu sangat besar bezanya berbanding tembikai yang dijual pada zaman sekarang!

Tembikai zaman dulu
Tembikai zaman sekarang
Warna isinya merah tua. Sangat menyelerakan bila kita tengok pasti nak cuba rasa

Warna isinya merah muda .. Nak makan pun macam tak semangat jer..
Sangat manis

tawar
Biji sangat banyak menyeratuk sampai aku susah nak makan
Tiada berbiji kalau adapun satu dua jer.

Bijinya berwarna hitam dan kalau dikeringkan boleh buat kuaci biji tembikai!
Bijinya warna putih dan kalau ada biji pun macam hampa padi iaitu bijinya takde berisi, apatah lagi jangan harap le korang boleh buat kuaci biji tembikai


Malangnya, zaman sekarang amat susah sekali nak dapat tembikai yang kualitinya macam tembikai orang zaman dulu dulu !

Soalannya apa sudah jadi sekarang ? Kimia atau hormon apa yang diguna pakai oleh peniaga bagi menghalang tumbesaran biji? Ya apa dia bahan kimianya ??? Pikir pikirkanlah ... Kerana Allah suruh manusia berfikir.... Juga hormon apa yang disuntik ke tampuk tembikai bagi sebabkan tembikai muda berubah warna isinya menjadi merah?  

Kesan bahan kimia atau hormon tidak dapat dilihat dalam jangka pendek tetapi dilihat untuk kesan jangka panjang termasuklah menjadi agen utama penyebab berbagai jenis barah, kemandulan, kecacatan dan kematian bayi dalam kandungan,  rosak organ dalaman seperti buah pinggang, hati, rosak saraf dan sebagainya ... Ini disebabkan kesan sedikit sedikit lama lama jadi bukit ( bioaccumulation ) dan racun dan hormon ini akan disimpan dalam sel sel lemak badan manusia!! Justeru semakin gemuk badan anda, maka ertinya semakin banyak lemak badan dan semakin besar anda terdedah kepada risiko pendedahan racun jangka panjang !



Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.