Isnin, 26 November 2012

Buah buahan cantik kulitnya


Buah buahan cantik permukaannya

Semasa anda membeli buah buahan pernahkah kita berfikir kenapa permukaannya cantik? Contohnya mempelam siam lebih cantik dan tiada kesan tompok tompok hitam atau kecacatan pada permukaannya.
Cerita dari kawan ku begini...

Pada satu hari beliau berhajat nak membeli buah pear, epal, anggur, kiwi, tomato, karot dsbnya di sebuah pasaraya terkemuka.. Beliau sengaja balik lewat sedikit sebab kalau kita tunggu sekejap dan balik lewat, pihak pengurusan pasaraya akan buat jualan murah untuk sayur dan buah buahan yang sudah sedikit lama dan kerana khuatir akan rosak, sayur sayuran dan buah buahan ini akan dijual dengan harga yang murah!
Dipanjangkan cerita, semasa pasaraya ne nak tutup, kira kira pukul 1030 malam, kawan aku ne ternampak mamat bangla menyembur aerosol racun serangga pada permukaan longgokan buah pear, epal, anggur dsbnya !!! Apa sudah jadi sekarang ? Kimia aerosol racun serangga yang amat mudah penggunaannya telah diguna pakai oleh mamat bangla bagi menghalang lalat dari hinggap kepada buah-buahan dan sayur-sayuran????? Pikir pikirkanlah dan beringatlah ... Kerana Allah suruh manusia berfikir....

Pekerja Bangladesh, Myanmar dan yang seangkatannya ini tiada pengetahuan tentang ilmu racun, ilmu kesihatan, ilmu toxicology dan sebagainya ... Mereka hanya mengikut apa yang diarahkan oleh majikan mereka sahaja! Walaupun aerosol racun serangga adalah racun gred IV namun ia tetap bahaya apabila disembur pada makanan! Racun dalam aerosol racun serangga pula adalah jenis permethrin. Kesannya tidak dapat dilihat dalam jangka pendek tetapi dapat dilihat kesan jangka panjang termasuklah menjadi agen utama penyebab berbagai jenis barah, kemandulan, kecacatan dan kematian bayi dalam kandungan, rosak organ dalaman seperti buah pinggang, hati, saraf dan sebagainya ... Ini disebabkan kesan sedikit sedikit lama lama jadi bukit ( bioaccumulation ) dan racun ini akan disimpan dalam sel sel lemak badan manusia!! Justeru semakin gemuk badan anda maka semakin banyak lemak badan dan semakin besar anda terdedah kepada risiko pendedahan racun!

Terdapat juga cerita lama dari kawan ku di Padang Besar... Aku diberitahu kawan ku yang Pakciknya bekerja dekat dengan sempadan Siam ne.. Pakciknya ternampak pekerja pekerja Siam menyuntik sesuatu di tampuk mempelam Siam... Apa benda yang disuntik beliau tak tahu tetapi kulit mempelam Siam ne memang cantik dan tahan lama berbanding mempelam tempatan !! Juga cerita limau mandarin yang tahan lama dalam kotak! Apa bahan kimia yang disembur ya? Tetapi jika anda perasan atau tidak, jika terlampau banyak makan limau mandarin ne semasa Tahun Baru Cina, seseorang itu boleh dapat sakit tekak atau batuk batuk !


Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.