Sabtu, 20 April 2013

Gangguan Penglihatan


Gangguan Penglihatan

Pengenalan
Sebanyak 42% daripada warga emas yang berumur 60 ke atas di Malaysia adalah dijangka mengalami masalah penglihatan di kedua-dua belah mata. Sebanyak 70% daripada kes tersebut berpotensi untuk diubati.
Simptom
Sebab-sebab gangguan penglihatan
·         Rabun Mata
·         Katarak
·         Tekanan tinggi dalam bola mata (Glaucoma)
·         Kerosakan pada selaput dalam mata (macular degeneration)
·         Kerosakan mata akibat diabetes
Komplikasi
·         Kemalangan
·         Jatuh
·         Patah tulang
·         Ketidakupayaan berdikari atau melakukan aktiviti harian
·         Kualiti hidup yang rendah
·         Pengasingan sosial
·         Kemurungan
Rawatan
·         Rabun Mata – penggunaan cermin mata
·         Katarak – pembedahan dan pembuangan katarak dan penggantian kanta mata
·         Tekanan tinggi dalam bola mata (Glaucoma) – rawatan secara ubat atau pembedahan oleh pakar mata
·         Kerosakan pada selaput dalam mata (macular degeneration) – rawatan laser dan alat bantuan penglihatan
·         Kerosakan mata akibat diabetes – kawalan diabetes dengan baik dan rawatan lanjut dengan laser
Pencegahan
·         Diabetes – Saringan awal dan rawatan optima untuk mengawal penyakit diabetes sebelum melarat
·         Tekanan tinggi dalam bola mata (Glaukoma) – Saringan awal untuk pesakit yang mempunyai sejarah keluarga
Rehabilitasi
·         Alat bantuan penglihatan seperti kanta mata
·         Penilaian dan nasihat oleh jurupulih anggota dan jurupulih cara kerja mengenai pengubahsuaian dan keselamatan persekitaran
Rujukan:
Zainal M, Ismail SM, Ropilah AR, et al. Prevalence of blindness and low vision in Malaysian population results from the National Eye Servey. Br J Opthamol, 2002, 86, 951-6.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.