Ahad, 7 April 2013

Bolehkah kita percaya mereka 4


 

Doktor tak mengaku cabul pesakit hamil

SELAYANG: Seorang doktor hospital kerajaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mencabul seorang pembantu tadbir syarikat swasta yang juga pesakitnya, dua bulan lalu. Bagaimanapun, tertuduh, Mohd Suhaidin Che Ngah, 37, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki. Mengikut pertuduhan yang dibacakan, Mohd Suhaidin didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita dengan niat mencabul kehormatannya di Hospital Sungai Buloh pada jam 2.15 petang, 22 November lalu. Bagi perbuatan itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hidayah Raihan Md Nasir menawarkan jaminan RM7,000 namun selepas rayuan dibuat, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin abangnya sebanyak RM5,500. Menurut keterangan kes, Mohd Suhaidin didakwa melakukan perbuatan terbabit terhadap pesakit berusia 28 tahun yang ketika itu mengandung empat bulan. Mangsa dikatakan hadir berjumpa doktor terbabit di hospital berkenaan akibat air ketuban pecah, namun mendakwa dicabul tertuduh ketika pemeriksaan dibuat. Majistret Namirah Hanum menetapkan tarikh sebutan semula pada 26 Mac depan. (Metro online)

 

Doktor Didakwa Cabul Kehormatan Pesakit Wanita Isnin

3 Disember 2012 Oleh YEE XIANG YUN


 

JOHOR BAHRU: Seorang doktor pakar di sebuah hospital swasta di sini didakwa di Mahkamah Majistret pada Isnin kerana mencabul kehormatan pesakit wanita. K.Ballan, 48, mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan kesalahan itu pada pesakit yang berusia 34 tahun pada pukul 10.30 sehingga 11 pagi pada 19 Oktober lalu di kliniknya di hospital. Pertuduhan beliau dibicarakan oleh majistret, Mohd Azlan Shah Mohd Allias. Tertuduh diwakili oleh peguam, Gobind Singh.

 

Doktor cabul pesakit didakwa 4.12.12

Seorang doktor pakar dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencabul pesakitnya Oktober lalu. Ballan Kannan, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Mohd. Azlan Shah Mohd. Allias atas tuduhan yang didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun keseksaan. Sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara 10 tahun atau denda atau sebat. Mengikut pertuduhan, doktor dari sebuah hospital pakar perubatan swasta di sini itu didakwa menggunakan kekerasan dan mencabul kehormatan seorang wanita yang juga seorang ibu tunggal yang berusia 34 tahun. Tertuduh yang juga seorang ahli perniagaan didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah klinik di tingkat tiga Hospital Pakar Johor, Jalan Abdul Samad di sini antara pukul 10.30 pagi hingga 11 pagi pada 19 Oktober lalu.

 
Doktor didakwa Cabul budak

JOHOR BAHRU – Seorang doktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang kanak-kanak berusia 12 tahun bulan lalu. Bagi pertuduhan pertama, Navin Harris George, 40, didakwa melakukan kelucahan melampau ke atas mangsa pada 20 Oktober lalu di antara pukul 2.30 petang hingga 5 petang. Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di Poliklinik Navin, Taman Bukit Indah, Nusajaya di sini. Dalam pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa sengaja merangsang mangsa ketika dalam perjalanan menuju ke Poliklinik Navin pada tarikh dan waktu yang sama semasa menaiki sebuah kereta jenis Perodua Kelisa. Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Afif Ali mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.



Seorang doktor ditahan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya, semalam, bagi membantu siasatan berhubung laporan kes cabul kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun. Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Nor Hashim Mohamad berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan, kelmarin, daripada seorang bapa yang mendakwa anaknya dicabul oleh doktor terbabit dalam kejadian 20 Oktober lalu. “Polis ada menerima laporan ini kelmarin apabila seorang bapa mendakwa anaknya dicabul oleh seorang doktor lelaki yang memberi umpan sebuah telefon bimbit. “Polis sedang melakukan siasatan susulan berhubung kes ini. Doktor terbabit yang berusia 40 tahun dan masih bujang ini ditahan polis di klinik miliknya di sekitar Taman Bukit Indah, di sini, untuk membantu siasatan,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di IPD Nusajaya, di sini, semalam. Nor Hashim berkata, bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan di IPD Nusajaya sekitar jam 8 malam sejurus anak lelakinya itu mengaku dicabul oleh doktor terbabit. “Kanak-kanak zaman sekarang suka kepada telefon bimbit yang canggih-canggih pada masa kini. “Kejadian ini terbongkar apabila bapa mangsa bertanyakan dari mana anaknya mendapat telefon bimbit berkenaan dan kanak-kanak itu mengakui ada menerima telefon bimbit tersebut sebelum dicabul,” katanya. Beliau berkata, kes berkenaan Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. “Polis akan menyiasat kes ini kerana ia melibatkan kanak-kanak khususnya murid sekolah. Polis juga belum menerima sebarang laporan mengenai kes sama sebelum ini. “Siasatan awal mendapati berlakunya cabul ke atas kanak-kanak ini dan polis percaya suspek berkemungkinan pernah lihat mangsa,” katanya.

 
 


ROME (Itali) – Kamera tersembunyi sebuah stesen televisyen berjaya merakamkan aksi seorang doktor di sini yang mengambil kesempatan mencabul pesakitnya. Dalam insiden tersebut, jelas kelihatan doktor itu meraba-raba seorang wanita yang datang mendapatkan khidmat perubatan di klinik lelaki berkenaan. Kamera tersembunyi itu memang sengaja dipasang oleh krew televisyen untuk sebuah program berjudul ‘Striscia La Notizia’. Peristiwa tersebut dilaporkan secara meluas oleh media Itali bulan lalu. Menurut laporan, ketika doktor tersebut sedang asyik ‘mendiagnosis’ pesakitnya, wartawan stesen televisyen itu,  Jimmy Ghione, terus meluru masuk ke bilik rawatan. Doktor tersebut yang marah dan malu, terus menyerang Ghione. Dikatakan, stesen televisyen tersebut memang merancang untuk ‘mengenakan’ doktor berkenaan yang didakwa telah banyak kali melakukan perbuatan jenayah itu kepada para pesakitnya. Malah, ‘pesakit’ yang diraba doktor tersebut sewaktu ‘kantoi’ juga adalah krew yang menyamar. Menurut laporan akhbar, doktor tersebut sempat memberitahu ‘pesakitnya’ itu supaya jangan risau kerana dia tidak akan membuatkan wanita itu hamil.

 

Ini pulak kata kata Menteri Kesihatan, “Menteri Kesihatan percaya bahawa semua doktor2nya baik baik belaka sebab mereka ada etika perubatan dan Hippocratic Oath!!!” Betulke??

Tak mungkin kerja doktor


Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: “Saya tidak yakin kegiatan itu dilakukan doktor kerana mereka mempunyai etika dan profesionalisme sendiri. Tidak mungkin mereka mengkhianati kerjaya sendiri semata-mata mengejar keuntungan,” kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, semalam.

Menurutnya, beliau menerima banyak aduan daripada doktor yang mengesan pihak tertentu menggunakan nama klinik atau pegawai perubatan untuk mengeluarkan sijil sakit (MC) palsu bagi meyakinkan majikan bahawa MC yang diberikan pekerja mereka adalah tulen.

“Kami percaya kebanyakan doktor tidak terbabit dalam kes seumpama ini, tetapi dilakukan individu atau sindiket tertentu untuk meraih keuntungan.

“Ini satu perkara yang tak sepatutnya berlaku, kalau MC yang dikeluarkan itu lengkap dengan nama klinik dan umpama tulen ia mungkin dipalsukan, kita memandang serius perkara ini dan ia tidak boleh dilepaskan sewenang-wenangnya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.