Ahad, 7 April 2013

Bolehkah kita percaya mereka 6


 
Skandal Seks Ketua Pengarah KKM

Nota:

Sebelum tuan puan meletakkan nyawa tuan puan atau anak atau saudara tuan puan ke dalam tangan sang doktor, sila baca artikel di bawah... Masih ingatkah tuan puan dulu bahawasanya Menteri Kesihatan iaitu Dato Seri Dr. Chua Soi Lek di tangkap di Johor kerana bersetubuh dengan pelacur... Sekarang Ketua Pengarah Kesihatannya pulak ditangkap... Juga Dr Rozmey yang ditahan lesen selama 2 tahun kerana melanggar etika doktor sebab mengejar wang atau mengejar dunia ... Gelaran Dr nya pun diubah sampai jadi dR .... Persoalannya, bolehkah kita percaya kepada mereka @ Doktor? Terutamanya jika tuan ada sakit barah atau sakit kronik lain dan mau buat operation besar lagi radikal.... Pikir pikirkanlah dan carilah doktor yang benar-benar beragama, doktor yang benar benar penyayang, doktor yang benar-benar bertimbang rasa dan doktor yang tidak mengutamakan wang ringgit semata-mata atau doktor yang tidak mengejar duniawi . Apa nak buat, kita pesakit kanser memang ramai yang mengambil kesempatan. Nak mengadu nasib pada doktor pun ramai doktor yang tak boleh harap akibat mereka rakus hanya mengejar wang dan harta dunia ... Ini perihal kisah contoh ceriteranya untuk pertimbangan tuan puan ...

 

KP Kesihatan mengaku khalwat

Oleh IKHWAN IDERIS
ikhwan.ideris@kosmo.com.my

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman yang ditangkap berkhalwat dengan seorang jururawat berstatus isteri orang diarah membayar denda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut. Hasan didakwa berkhalwat dengan seorang pegawai wanita di kementerian sama, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, di sebuah bilik Hotel Pullman di sini pada pukul 2.18 pagi semalam. Wan Syarifah pula didenda sebanyak RM2,900 selepas kedua-dua mereka mengaku salah atas tuduhan tersebut. Hasan yang berstatus duda kelihatan tenang sepanjang prosiding, manakala Wan Syarifah nampak muram dan sesekali menundukkan kepala ketika berada di dalam kandang tertuduh. Jika gagal menjelaskan denda, Hasan bakal berdepan hukuman penjara tiga bulan manakala pasangannya boleh dipenjara 30 hari. Terdahulu, Hasan yang tidak diwakili peguam merayu supaya hanya dikenakan hukuman denda kerana sudah insaf malah mereka bercadang untuk berkahwin selepas proses perceraian pasangannya selesai. “Saya bertanggungjawab atas kesalahan dan belajar daripada kesilapan. Saya berharap diberi peluang dan saya merancang untuk bernikah selepas kes perceraian (Wan Syarifah) selesai,” kata Hasan. Perkara itu turut diakui oleh Wan Syarifah semasa mengemukakan rayuan.

 



KP Kesihatan khalwat: SPA masih tunggu laporan

16/11/2012 6:00pm

 

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) belum menerima laporan daripada jawatankuasa tatatertib Kementerian Kesihatan berhubung kes khalwat Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman. Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam berkata, bentuk tindakan yang akan dikenakan SPA ke atas Dr Hasan bergantung kepada laporan yang dikemuka kementerian dan jabatan berkaitan. "Sehingga waktu ini, kami belum menerima apa-apa dari kementerian itu. “Setiap Isnin kita akan adakan mesyuarat SPA dan Isnin depan (19 November di Sabah) akan ada satu mesyuarat. Jadi apa bentuk tindakan itu kita akan buat dalam mesyuarat,” katanya pada sidang akhbar sebelum menandatangani memorandum persefahaman antara SPA dan agensi pekerjaan Kayell Sdn Bhd, di sini hari ini. Rabu lepas, Dr Hasan, 56 dan pasangannya Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik di Hotel Pullman Putrajaya, di sini kira-kira 2.18 pagi hari yang sama. – BERNAMA

 

Hisham pangku tugas KP Kesihatan

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHD. NOR
luqman.ridhwan@kosmo.com.my


KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah (gambar) akan menjalankan tugas-tugas Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman sebagai Ketua Pengarah (KP) Kesihatan untuk sementara waktu sehingga satu keputusan rasmi dibuat  mengenainya. Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Kamarul Zaman Md. Isa berkata, pelantikan Noor Hisham dibuat ekoran penggantungan tugas Hasan selepas beliau terlibat dalam kes khalwat baru-baru ini. Menurutnya, pihak kementerian telah menerima secara rasmi keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya berhubung kes khalwat yang melibatkan Hasan pada 16 November lalu. “Pelantikan itu selari dengan peruntukan yang digariskan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) P.U(A) 395/1993 terhadap mana-mana pegawai awam yang telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini semalam. Kosmo! pada Khamis lalu melaporkan bahawa Hasan yang ditangkap berkhalwat dengan seorang jururawat berstatus isteri orang dan diarahkan membayar denda sebanyak RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya selepas mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut. Hasan telah didakwa berkhalwat dengan seorang pegawai wanita di kementerian sama, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, di sebuah bilik Hotel Pullman di sini pada pukul 2.18 pagi Rabu lalu. Wan Syarifah pula didenda sebanyak RM2,900 selepas kedua-dua mereka mengaku salah atas tuduhan tersebut. Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), Tan Sri Mahmood Adam berkata, sebarang bentuk tindakan yang akan dikenakan ke atas Hasan bergantung kepada laporan yang dikemuka kementerian tersebut. “Sehingga waktu ini, kami belum menerima apa-apa daripada kementerian itu,” katanya pada sidang media sebelum menandatangani memorandum persefahaman antara SPA dan agensi pekerjaan Kayell Sdn. Bhd. di sini semalam

 

Ketua Pengarah Kesihatan didenda RM3,000 kerana khalwat



PUTRAJAYA 14 Nov. - Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman hari ini didenda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat bersama seorang pegawai kementerian itu di sebuah hotel di sini awal pagi ini. Hasan, 56, yang didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 boleh dihukum penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. Pasangan beliau, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, yang turut mengaku bersalah di bawah Seksyen 27(b) akta sama, didenda RM2,900 atau penjara 30 hari. Kedua-duanya didakwa berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya di sini kira-kira pukul 2.18 pagi ini. Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zain menjatuhkan hukuman tersebut setelah mengambil kira pengakuan mereka, kesalahan pertama kali dan masing-masing menyatakan keinsafan serta mempunyai niat untuk melangsungkan perkahwinan selepas kes selesai. Artikel Penuh: Klik di sini

 


Health D-G pleads guilty to khalwat


thestar.com.my


 

Published: Wednesday November 14, 2012 MYT 5:40:00 PM     Updated: Wednesday November 14, 2012 MYT 6:15:57 PM  By MAIZATUL NAZLINA


 

PUTRAJAYA: Health Ministry director-general Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman was fined RM3,000 in default three months' jail by a Syariah High Court here for committing khalwat (close proximity) Wednesday. While his female companion Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 35, was fined RM2,900 in default 30 days jail for committing the same offence. Both pleaded guilty to the charge before Syarie judge Mohd Amran Mat Zain and paid the fine. They committed the offence at Pullman Putrajaya Lakeside at about 2.18am on Nov 14. Both were unrepresented.

 

Komen Rakyat:

audi A4 says:


Org tua ni bnyk sangat masa lapang..org lain tahan ngantuk tahan mata jgn lelap oncall utk slamatkn pesakit di hospital..yg dia buat kerja celaka tgh2 mlm dgn bini org..Tu laa..masa lapang yg bnyk tu digunakan tuk cari kesalahan org2 bawahan yg kerja siang mlm bersungguh2 slamatkn pesakit, hukum org2 bawahan dgn kesalahan yg x masuk akal, herdik & perlekeh org dlm meeting cm dia lah yg perfect..perfect sangatlh tu..ntah reti ke idak manage case hyperglycemia attack or heart attack..maklum lah x practise, duk dlm pejabat ber-econ yg keje hari2 duk cari kesalahan org..Allah SWT bayar cash kt dunia..probably berkat doa2 pegawai2 yg diinaya & dizalimi. Sumber: melvister.com


Kalau sebelum ini bosnya yang buat perangai apabila ditangkap “bersetubuh” dengan pelacur. Sekarang ini anak buahnya pula yang buat perangai di mana menjawat jawatan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman yang menggantikan Dr. Ismail Merican ditangkap khalwat dengan ……

 

Ketua Pengarah (KP) Kesihatan Didenda RM3,000 Kerana Khalwat

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman hari ini didenda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan khalwat. Jika Dr Hasan, 56, gagal membayar denda itu, beliau boleh dipenjara selama tiga bulan. Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman didakwa berkhalwat dengan seorang pegawai kementerian sama, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini kira-kira 2.18 pagi. {Bukan ditangkap di Hotel Bajet tetapi……tetapi hotel yang ada “kelasss”. 1 bilik boleh cecah RM300++. Ok sambung lagi laporan berita daripada Bernama…} Wan Syarifah Nooraazmanita turut mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut dan dikenakan denda RM2,900 atau penjara 30 hari jika gagal membayar denda itu. Mereka membayar denda itu. Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain mengenakan hukuman denda itu setelah mengambil kira bahawa ia merupakan kesalahan pertama bagi kedua-dua mereka dan mereka telah mengaku insaf terhadap kesalahan tersebut serta mempunyai niat melangsungkan perkahwinan selepas ini. { Macamana duda boleh nak kawen dengan bini orang -  mana ada hukum macam ne dalam Islam kecuali kalo bini orang tu bercerai ... kalau laki dia taknak ceraikan bagaimana? }

Dr Hasan didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 manakala Wan Syarifah Nooraazmanita didakwa mengikut Seksyen 27 (b) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dari dua tahun jika sabit kesalahan. Mengikut fakta kes yang dikemukakan oleh pendakwa syarie Che Saupi Che Husin dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), sepasukan anggota penguatkuasa dari JAWI bertindak memeriksa bilik tersebut selepas menerima maklumat awam.

Jikalau perbuatan baling kasut di mahkamah ke arah hakim dikatakan menghina mahkamah dan dijatuhi setahun penjara. Tetapi perbuatan khalwat yang menghampiri kepada Zina yang dilarang oleh Allah S.W.T hanya dikenakan hukuman RM3,000. Denda RM3,000 memberikan satu masalah besar untuk seorang yang memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Kementerian? Iyelah…..inilah yang dinamakan hukuman dunia. Dan tidak hairanlah ramai yang “tidak ambil pusing” hukuman & undang-undang sekarang ini.

 

Pasukan itu kemudiannya mengetuk pintu bilik itu dan lebih kurang lima minit ia dibuka oleh Dr Hasan yang berbaju kemeja berwarna biru dan berseluar coklat. Selepas dibenarkan masuk oleh Dr Hasan, pemeriksaan mereka mendapati Wan Syarifah Nooraazmanita yang memakai baju dan berseluar hitam sedang duduk di kerusi berhampiran katil. Hasil siasatan lanjut mendapati Dr Hasan merupakan seorang duda dan Wan Syarifah Nooraazmanita masih lagi isteri yang sah kepada pasangannya. Wan Syarifah Nooraazmanita, bagaimanapun memberitahu mahkamah bahawa beliau dalam proses perceraian dengan suaminya. Ketika merayu hukuman ringan, Dr Hasan berkata beliau mengaku bersalah dan bertanggungjawab atas kesalahan itu dan beliau belajar daripada kesilapannya dan insaf. – Bernama

 

Apabila membaca berita ini, teringat beberapa skandal peringkat antarabangsa membabitkan beberapa tokoh & pemimpin. Jikalau kita ikut “world international standard”, bersetubuh dengan bukan muhrim terutamanya melibatkan kakitangan bawahannya menjadi satu kesalahan & boleh dipecat. Masih ingat lagi skandal di World Bank antara Yahudi Wolfowitz dengan Arab Moslem Shaha Riza?? Tak cukup dengan itu, Ketua kafir CIA pun letak jawatan disebabkan terlibat dengan skandal seperti ini. Walaubagaimanapun, mereka ini tidak boleh lawan bekas Presiden Israel, Moshe Katsav kerana dimasukkan ke penjara kerana didapati bersalah atas tuduhan merogol seorang kakitangan kerajaan ketika beliau memegang jawatan Kabinet (Menteri Pelancongan pada 1998) dan dihukum penjara sehingga 16 tahun. Walaupun kami tidak faham sepatah perkataan bahasa Hebrew tetapi sidang akhbar yang dilakukannya bagi menafikan dakwaan terhadapnya amat melucukan. Anda boleh cari sendiri videonya.

 

Cuepacs wants action against Hasan

KUALA TERENGGANU: The Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) president Datuk Omar Osman said the Public Services Commission (PSC) should not compromise in taking disciplinary action against director-general of Health Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman who was found guilty of committing khalwat (close proximity). He said stern action should be taken to protect the image of the civil service and to serve as a lesson to others. However, it was up to the PSC to determine whether Hasan should be stripped of his post, demoted, transferred or reprimanded for his actions. "There must be action although it involved a senior ranking official as the matter related to ethics and proper code of conduct," he said at the National Union of College Trained Teachers golden jubilee celebration at Permai Inn hotel, near here, yesterday. Omar said Cuepacs would also like to see appropriate action taken against the three policemen charged with raping an Indonesian woman at a police barracks in Penang recently, if they were convicted. Dr Hasan was caught committing khalwat at Pullman Putrajaya Lakeside Resort about 2am on Wednesday. He and his partner were fined after pleading guilty before Judge Mohd Amran Mat Zin. He was fined RM3,000, while his female companion, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, was fined RM2,900.



 

Utusan Malaysia baru-baru ini di dalam akhbar Mingguan Malaysia menerusi nukilan Awang Selamat mengharapkan orang ramai & termasuklah juga kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia memberikan peluang kedua kepada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia ini, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman kerana Awang Selamat merasakan :

1.   Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman seorang yang bertangungjawab  &  mengaku terhadap kesalahan yang telah dilakukannya.

2.   Kedua, dengan sikap bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia ini, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman ini tanpa memberikan sebarang alasan, Awang Selamat merasakan Ketua Pengarah ini mempunyai sikap yang mulia dan wajib dimaafkan dan dilupakan kesalahan beliau!

3.   Ketiga, oleh sebab itulah Awang Selamat menerusi nukilannya merasakan anda, anda, anda semua di sini patut memberikan peluang kedua kepada Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman

4.   Dan paling kami tertarik kenyataan Awang selamat yang merasakan masih ada lagi pemimpin yang lebih teruk perangainya tetapi tidak mahu mengaku kesalahannya. Siapakah pemimpin yang dimaksudkan Awang Selamat. Main teka-teki pula…..

Dijangka kalangan PTD peringkat teringgi akan tentukan nasib Ketua Pengarah Kesihatan (SKIM U – Perubatan- jawatan tertinggi dalam skim Perubatan).

1.   Ketua Setiausaha Negara (KSN) (PTD) - Datuk Seri Dr Ali Hamsa

2.   Pengerusi SPA (PTD) – Tan Sri Mahmood Adam dan…

3.   Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia KMM (PTD)

Mereka-mereka ini akan akan tentukan nasib Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman (56 tahun) & juga jururawat gred 41, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan (35 tahun) dalam satu mesyuarat tatatertib di Sabah pada hari ini mengikut mengikut prosiding jenayah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Enam tindakan yang boleh diambil terhadap mereka termasuk :

·         diberikan amaran

·         diturun pangkat

·         ditahan kenaikan gaji

·         hilang enrolmen

·         ditahan kerja

·         dipecat

Buat masa ini, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman diarahkan bercuti dan Timbalan Pengarah Kesihatan, Dr. Lokman mengambil alih tugas sebagai Ketua Pengarah Kesihatan untuk sementara waktu. Apa reaksi anda pula? Reaksi Rakyat jelata : .... Kalau orang gomen Ketua Pengarah Kesihatan pangkat turus 2 yang direct report to Najib buat hal Akhbar Utusan punyalah bertungkus lumus nak cover up... Tapi kalau Nurul Izzah Anuar buat silap sikit je,,, siap berjela jela utusan memburuk burukkan serta memfitnah Nurul Izzah Anuar.

 

 

Isteri orang berkhalwat dengan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Wednesday, 14 November 2012


musramrakunman.blogspot


PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman hari ini didenda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan khalwat. Jika Dr Hasan, 56, gagal membayar denda itu, beliau boleh dipenjara selama tiga bulan. Beliau didakwa berkhalwat dengan seorang pegawai kementerian sama, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini kira-kira 2.18 pagi hari ini. Wan Syarifah Nooraazmanita turut mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut dan dikenakan denda RM2,900 atau penjara 30 hari jika gagal membayar denda itu. Mereka membayar denda itu. Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain mengenakan hukuman denda itu setelah mengambil kira bahawa ia merupakan kesalahan pertama bagi kedua-dua mereka dan mereka telah mengaku insaf terhadap kesalahan tersebut serta mempunyai niat melangsungkan perkahwinan selepas ini. Dr Hasan didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 manakala Wan Syarifah Nooraazmanita didakwa mengikut Seksyen 27 (b) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dari dua tahun jika sabit kesalahan. Mengikut fakta kes yang dikemukakan oleh pendakwa syarie Che Saupi Che Husin dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), sepasukan anggota penguatkuasa dari JAWI bertindak memeriksa bilik tersebut selepas menerima maklumat awam. Pasukan itu kemudiannya mengetuk pintu bilik itu dan lebih kurang lima minit ia dibuka oleh Dr Hasan yang berbaju kemeja berwarna biru dan berseluar coklat. Selepas dibenarkan masuk oleh Dr Hasan, pemeriksaan mereka mendapati Wan Syarifah Nooraazmanita yang memakai baju dan berseluar hitam sedang duduk di kerusi berhampiran katil. Hasil siasatan lanjut mendapati Dr Hasan merupakan seorang duda dan Wan Syarifah Nooraazmanita masih lagi isteri yang sah kepada pasangannya. Wan Syarifah Nooraazmanita, bagaimanapun memberitahu mahkamah bahawa beliau dalam proses perceraian dengan suaminya. Ketika merayu hukuman ringan, Dr Hasan berkata beliau mengaku bersalah dan bertanggungjawab atas kesalahan itu dan beliau belajar daripada kesilapannya dan insaf. - Bernama

KP Kesihatan dan Pasangannya diarah bercuti: KSN



Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia- Datuk Seri Dr Hassan Abdul Rahman dan pasangannya Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan diarah bercuti sementara menunggu tindakan tatatertib yang bakal diambil oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan menggunapakai Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib) 1993. Dr Hassan dan pasangannya ditangkap oleh JAWI pada pukul 2.18 Pagi pada Rabu di Hotel Fullman Putrajaya. Mereka dihadapkan di mahkamah pada hari yang sama dan telah mengaku salah. Dr Hassan didenda RM3,000 sementara pasangannya yang juga berstatus isteri orang yang sah didenda RM2,900. Masing-masing telah membayar denda. Dr Hassan yang berasal daripada Sabah berumur 56 tahun dan seorang duda.


KUALA LUMPUR: The khalwat (close proximity) case involving Health Ministry director-general Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman and a staff will be given "special attention", according to Deputy Health Minister Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Speaking to The Malay Mail, she said the matter involved a high-ranking official from the ministry and will be top priority and handled differently. "It has been brought to the attention of Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai, who will then set a date for a special inquiry. "At the same time, the matter will also be referred to Chief Secretary of the Government, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, and the Public Services Department for further action," she said. Dr Hasan and the woman, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 35, an officer with the ministry's Departmental Examination Management Unit, are facing the possibility of being terminated or demoted for their actions. Both have yet to be suspended. The duo pleaded guilty to khalwat at the Putrajaya Syariah High Court after they were caught at the Pullman Putrajaya Lakeside hotel on Wednesday morning. Dr Hasan, 56, paid a RM3,000 fine while Wan Syarifah Nooraazmanita paid RM2,900. Syarie judge Mohd Amran Mat Zain imposed the punishment after considering that both pleaded guilty and intend to get married once Wan Syarifah Nooraazmanita's divorce is settled. Had they failed to pay, Dr Hasan, a widower, would have been jailed for three months while Wan Syarifah Nooraazmanita would have served a 30-day prison term. Acting on a tip-off, enforcement officers from the Federal Territory Islamic Religious Department (Jawi) knocked on the door of the hotel room at about 2am. The Jawi officers waited five minutes before Dr Hasan, clad in shorts and a t-shirt, allowed them to enter the room. Inside, they found Wan Syarifah Nooraazmanita dressed but without a scarf, sitting on a chair next to the bed. Both were charged under Section 27(A) and (B) of the Syariah Criminal Offences (Federal Territories) Act 1997, which is punishable by a jail term of less than two years or a fine of up to RM3,000, or both, upon conviction. – By Andrew Sagayam / The Malay Mail

 

SPA: Ketua Pengarah Kesihatan digantung kerja

26 November 2012

PUTRAJAYA - Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang diadakan hari ini memutuskan untuk menggantung kerja Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkuat kuasa 14 November lepas, kata Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam.
"SPA dalam mesyuarat itu telah menimbangkan kertas cadangan untuk menggantung kerja mengikut Peraturan 28(6) dan Peraturan 45, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 terhadap Dr Hasan, Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II,
Kementerian Kesihatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Mahmood berkata, Dr Hasan digantung kerja sehingga keputusan tatatertib diputuskan oleh Suruhanjaya terhadapnya dalam mesyuarat seterusnya, pada 3 Disember depan. Pada 14 November lepas, Dr Hasan, 56, dan pasangannya Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, juga kakitangan kementerian, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini, pada 2.18 pagi hari yang sama. - Bernama


Jika ada yang masih ingat lagi kes yang melibatkan bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan dan bekas pembantu peribadinya, Nur Diayana Norslan yang telah pun dikenakan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun kerana berkhalwat di sebuah hotel di Batu Feringghi di sini, April 2011. Itu dahulu…..Sekarang? Semakan kami menunjukkan pada senarai pertukaran bidang tugas yang melibatkan JUSA sekarang ini, Datuk Salim Parlan telah ditukarkan bagi menyertai Pasukan Petugas Pemantau Projek, Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri….

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.