Ahad, 7 April 2013

Bolehkah kita percaya mereka 7


Jururawat sombong

Sabda Nabi : Allah tidak melihat rupa kamu atau bagaimana kamu berpakaian tetapi Allah terus melihat ke dalam hati kamu!

Hari ini susah untuk kita lihat manusia bergelar jururawat yang baik hati ... Kebanyakkan mereka bekerja demi wang.... Justeru pesakit yang datang ke wad dianggap beban dan tidak semua jururawat yang benar benar bekerja secara sedia berkorban atau seikhlas hati atau sukarela atau benar-benar jujur atau bekerja kerana Allah .... Kebanyakkan jururawat mengharapkan tiada pesakit yang datang masuk ke wad mereka atau mereka dianggap jonah!!! Jonah adalah gelaran pada seseorang samada doktor atau jururawat di mana sekiranya masa mereka bertugas pada waktu itu, pagi itu, malam itu dsbnya → kemasukan pesakit adalah bertimbun timbun !!!

Tetapi sebenarnya, Allah itu sebaik-baik yang mengaturkan urusan !! Kebanyakkan insan yang Jonah adalah mereka yang bekerja dengan ikhlas dan benar benar berbuat kebaikan kepada pesakit ...! Bayangkan sekiranya kemasukkan pesakit bertimbun tatkala jururawat atau doktor yang tidak bertanggungjawab yang sedang bertugas → bayangkan berapa ramai pesakit yang akan meningggal dunia akibat poor @ inadequate treatment pada waktu itu...

Sebaliknya, hari ini banyak jururawat bekerja dengan terpaksa rela iaitu mengharapkan bayaran gaji bulanan .... Ini telah jauh terpesong daripada matlamat atau tujuan asal bidang kerja jururawat diadakan di atas dunia ini.... Sikap ini bahaya kerana jururawat menganggap pesakit sebagai objek kerja bukannya sebagai seorang insan manusia yang perlu dilayan dengan sepatutnya !!!

Allah menyarankan umatnya melakukan korban sempena mengingati peristiwa pengorbanan atau perbuatan korban yang amat besar pernah dilakukan oleh seorang insan bernama Ibrahim kerana Allah Taala.

Korban seorang jururawat atau doktor sangat rendah nilainya jika dibandingkan dengan pengorbanan Nabi Ibrahim dan juga para Nabi Nabi yang lain di zaman dahulu kala ... Malangnya, jururawat atau doktor hari ini amat susah untuk melakukan korban yang sedikit sahaja ini iaitu melakukan sebaik mungkin untuk pesakit mereka tak kira siang ataupun malam tanpa mengharapkan sebarang timbal balasan !!! Kebanyakkan mereka bertuhankan wang ringgit semata-mata ...

Bidang kerja jururawat atau doktor sebenarnya adalah lubuk membuat amal jariah kepada insan lain.... Malangnya, segelintir saja di antara mereka yang menyedarinya akibat mereka leka dengan kehidupan dunia masing masing.... Mereka berkira untuk bekerja... Umpamanya ; kalau dia merawat 30 pesakit kenapa rakannya yang terima gaji serupa hanya merawat 25 pesakit ?

Ada jururawat yang duduk di atas meja sambil mengoyang goyangkan kaki sementara menunggu pass over kepada rakan rakan mereka yang masuk shif pada pukul 9 malam. Masih jelas dalam ingatan bahawa jururawat yang duduk di atas meja itu masih muda jelita tetapi berperut besar. Dia masih mengoyang goyangkan kakinya sambil ketawa terbahak bahak... Di depannya pesakit yang baru saja buat major ops... Tak guna muka cantik sekiranya jiwa tidak berisi atau penuh karat .... Mungkin dah 8 bulan kot .... Mereka tiada apa apa perasaan pun terhadap pesakit yang sedang menangung sakit di depan mereka akibat baru saja membuat major ops siang tadi. Mereka berbuat bising dan bersembang kerana tiada Ketua Jururawat atau Matron yang datang sport check pada waktu malam.. Sedih memang menyedihkan sungguh kerana kami pesakit dibuat tidak ubah macam tikus ujikaji makmal sahaja... Apa susah kerana apabila pesakit mati, pesakit akan dihantar ke bilik mayat ...

Selepas 24 jam berada betul betul di depan kaunter jururawat untuk pemerhatian rapi di High Dependent Unit, pesakit yang telah stabil diubah pula masuk ke wad .... Di wad lain pula ceritanya .... Pesakit diberikan Normal Saline  Intra Venous Drip (I.V. Drip) .... mungkin 3 pint atau 4 pint per 24 jam.... Malangnya, apabila air dalam botol I.V. Drip ini habis, tiada jururawat yang datang menutupnya. Tiada juga jururawat yang mengajar pesakit bagaimana untuk menutup air Intra Venous Drip ini... I.V. Drip yang tidak ditutup akan memungkinkan udara masuk ke dalam pembuluh darah! Sekiranya sedikit udara dapat masuk ke dalam pembuluh darah → mungkin tiada kesan buruk, tetapi sekiranya banyak udara sempat masuk ke dalam pembuluh darah → ia boleh menyebabkan embolism udara → lalu boleh menyebabkan angin ahmar → boleh menyebabkan kerosakan organ dalaman dsbnya ....

Justeru itu,

Wahai jururawat dan doktor sedarlah... Jangan tambah penderitaan pesakit yang memang telah sedia ada sakit....

Wahai jururawat dan doktor sedarlah... bahawasanya pengorbanan mu tidak akan sia sia dan upahmu hanyalah dari Allah Taala yang mampu membalasnya ...

Wahai jururawat dan doktor sedarlah... bahawasanya pengorbanan mu itu lebih besar nilainya daripada pengorbanan si kaya yang mengorbankan sebahagian hartanya kepada orang lain....

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.