Ahad, 7 April 2013

Tipu Manusia sebab mahu untung besar


Tipu Manusia sebab mahu untung besar


Hari ini aku ke kedai tayar nak tukarkan minyak hitam kereta ku yang agak berusia.... Dah hampir 20 tahun umur keretaku ... Jadilah kereta secondhand aje .. itu saja yang daku termampu  ...

Aku terus berhentikan kereta di depan kedai tauke.... Muka tauke yang tadi ceria berubah masam apabila ku katakan minyak hitam dan penapis minyak daku telah beli sendiri di kedai alat ganti.... ( Mungkin beliau berfikir tak boleh mengaut lebih banyak wang dariku agaknya .. )

Keretaku di bawa ke belakang bengkel... Dinaikkan ke atas gelandar (mesin angkat) supaya senang pomen membuka skrew dibawahnya .... Budak pomen reflek menarik pantas tangannya kerana terkena besi panas di perut enjin. Ku nasihatkan kepada budak pomen tunggulah sehingga enjin sejuk dahulu supaya beliau tidak susah membuka skrewnya. Beliau menjawab kalau tunggu lama - tokeh akan marah sebab pelanggan lain tak boleh masukkan kereta ... Itulah mana mana bentuk servis di Lembah Kelang dimana kuantiti yang diutamakan manakala kualiti diabai !!

Aku tidak puas hati kerana semuanya diperiksa iaitu segala lampu, air bateri, air radiator, bendalir brek, bendalir power stering, penapis udara dan paling aku tak setuju kotak fius pun rupa-rupanya dibuka !!! Aku tak puas hati kerana pemeriksaan mudah seperti itu aku sendiri telah selesaikan di rumah. Aku sebenarnya baru saja menggantikan penapis udara sebelum pergi ke kedai ini !!! Kakitangan tokei telah membuat perkara yang tidak perlu kerana daku hanya minta tukar minyak hitam bukan minta pemeriksaan rapi seluruh kenderaan !!!

Pomen menguji lampu walaupun aku tak menyuruhnya ... Aku tahu jika signal terbakar, lampu signal di dalam kereta akan berkelip dengan lebih laju.... Sedikit sebanyak aku juga tahu mengenai kereta..... Aku ke pomen sebab tak suka membuang minyak hitam di atas tanah kerana ia akan mencemarkan air di bawah tanah !!! ( Tetapi tahukah anda bahawa banyak mat mat motor yang membuang minyak hitam terpakai ke dalam longkang bila menservis sendiri motor mereka? Minyak hitam dari longkang ini kemudian akhirnya akan dialirkan ke sungai di mana terdapat loji penapis air minuman di hilir sungai. Anda sekeluarga pula yang akan meminum air ini!!! Ini benar di kawasan Lembah Kelang ).

Rupa2nya ini modus operandi tokey untuk mengaut seberapa banyak untung atau wang besar yang boleh... Aku disarankan memflush injin kereta dengan sejenis sabun kimia.... Aku enggan kerana ku tahu daku tidak perlu berbuat demikian.... Aku menjawab kalau setakat nak bersihkan piston atau enjin lebih baik aku buat top overhaul... Tokeh terdiam mendengarkannya mungkin dia tahu bahawa benar dengan apa jawapan ku itu. Itu semua sebenarnya taktik licik sang tokey untuk kaut wang sebanyak yang boleh ....

Yang ku kesalkan apabila sampai ke rumah memang aku selalu buka semula lihat dalam bonet kereta takut ada apa2 yg pomen terlupa pasang kembali... Memang betul telahanku ... Pomen lupa menutup balik kotak fius yang dibukanya !!! Itulah gatal tangan buka walaupun aku tak suruh.... Bayaran semuanya RM 15/- Kalau dekat tempat lain RM10/-. Kalau di kampung RM5/- sahaja !! Nasib baik kotak fius ini tak melayang ditiup angin kalau tak susah aku kena cari spare partnya ...

Demikian jugalah halnya dengan kebanyakkan lain lain jenis pekerjaan ... Kita ambil contoh profesion doktor.... Kebanyakkan mereka semuanya hanya mencari wang besar!! Tiada siapa yang mahu menjaga kebajikan pesakit !! Ini semua disebabkan manusia tiada mengingati mati tetapi sangat cintakan dunia dan terlalu mengejar dunia. Mereka terlupa dosa pahala, hari kiamat, hari berbangkit dan hari pembalasan dimana kaki , tangan, kulit dan pancaindera mereka akan jadi saksi terhadap apa apa yang telah mereka lakukan ....

Antara contohnya di kalangan doktor adalah :

1.   Masih menggunakan segala macam ubat, sarung tangan, peralatan intubasi, ubat lignocaine (ubat bius) telah luput tarikh.

2.   Tidak membasuh alat nebuliser bagi pesakit lelah.

3.   Tidak membasuh alat menjahit luka dengan prosedur standad. Contoh tiada autoclave atau alat autoclave tidak diklabirasi.

4.   Tidak membasuh alat membuat RCT atau prosedur pergigian dengan prosedur standad - Contoh tiada autoclave atau alat autoclave tidak diklabirasi.

5.   Masih menggunakan benang jahitan pesakit sebelumnya.

6.   Menggunakan berulang ulang kali alat berkhatan budak lelaki terutamanya jika ada 10 orang budak kerana doktor tiada masa hendak membasuh peralatan atau mengautoclave.

7.   Menggunakan semula sarung  tangan terpakai dalam pemeriksaan Vagina bagi memasukkan alat pencegah hamil Copper T.

8.   Memujuk pesakit yang sakit perut membuat appendicectomy walaupun intraoperative finding menunjukkan Normal appendix ( Sepatutnya inflamed appendix )!

9.   Bersungguh sungguh memujuk ibu bapa kanak kanak lelaki yang nak dikhatankan supaya membuat pembedahan yang sepatutnya mudah menjadi besar melalui kaedah bius seluruh badan (General Anaesthesia / GA ) ! Pakar bius tidak menerangkan dengan terperinci bahaya dan kesan sampingan bius seluruh badan GA kepada kanak kanak !!!

10.               Memujuk pesakit kanser membuat pembedahan radikal yang akan mengurangkan kualiti hidup pesakit demi meluluskan pakar pakar bedah siswazah kerana mereka perlu mengisi log book dengan membantu pakar sebenar membuat radikal operation sebagai syarat mereka (student pakar bedah ) digezetkan sebagai pakar bedah !!!

11.               Membuat pembedahan radikal kepada pesakit kanser tanpa menimbal balas atau ambil kira apa apa kesan kesan psychology teruk yang akan dialami pesakit!

12.               Menjual ubat batuk kepada penagih dadah!

13.               Menjual kombinasi ubat sakit lutut ( prednisolone + diclofenac + skeletal muscle relaxants) kepada pesakit sakit sendi tanpa memberitahu atau menilai kesan2 sampingannya secara berkala !!

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.