Ahad, 7 April 2013

Bolehkah kita percaya mereka 12


 
Dr Rozmey Langgar Etika Perubatan MMC 

Dr Rozmey Bersalah Langgar Kod Etika Perubatan MMC. Majlis Perubatan Malaysia (MMC) mengantung keanggotaan pengeluar formula menurunkan berat badan Datuk Dr Che Rozmey Che Din selama dua tahun selepas mendapati beliau melanggar Kod Etika Profesional di bawah Akta Perubatan 1971. Presiden MMC Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, yang juga Ketua Pengarah Kesihatan, berkata inkuiri pada 16 Januari lepas mendapati Dr Rozmey bersalah atas pertuduhan terlibat dalam penjualan bahan didakwa mampu menurunkan berat badan, membungkus serta menyimpan bahan berkenaan, yang melanggar Seksyen 3.4 kod itu. Dr Rozmey juga didapati bersalah mengiklan diri sendiri, sama ada secara langsung atau tidak langsung, bagi tujuan mempromosi kelebihan sendiri serta membabitkan diri dengan perusahaan komersial yang melanggar Bahagian 4.1 dan 3.4 Kod Etika Profesional.


Isu Gelaran Doktor Rozmey Ditarik Balik Dan Digantung

Berita mengenai gelaran Doktor Rozmey ditarik balik yang didakwa oleh sesetengah pihak boleh menyebabkan perniagaan dR Rozmey jatuh. Menurut sumber, pangkat Doktor pada dR Rozmey digantung untuk tempoh 2 tahun kerana melanggar etika perubatan. Entah betul atau tak berita ni masih lagi belum dapat dipastikan. Menurut memo Malaysian Medical Council (MMC) keluaran Januari-Jun 2011. Antara yang dinyatakan ialah gelaran doktor pada dR Rozmey digantung daripada 15 mac 2011 hingga 15 mac 2013 kerana melanggar beberapa etika kedoktoran yang digariskan. Kesilapan tersebut timbul apabila beliau menggunakan title Doktor (Dr) untuk jenama barangannya. Itu adalah kesalahan kerana doktor tidak boleh iklankan perkhidmatan mereka dengan cara berlebihan. Namun begitu, beliau dilihat sudahpun memperbetulkan kesilapan tersebut dengan mengubah barangan perniagaannya atas nama dR bukan Dr. (Sumber: Myartis.com) PS tapi ne macam menipu lah kan... dR mana ada doktor tulen yg buat dR di belakakang nama mereka !!! JADi kamu sebagai manusia hendaklah berfikir sebagaimana dikehendaki oleh Tuhanmu di dalam al Quran... Jangan biarkan dirimu terperdaya oleh si pendaya atau tukang pendaya.....

Kalau betul lah berita gelaran dR Rozmey ni digantung, mesti ramai pengguna yang tidak akan menggunakan produk dR Rozmey ni lagi. Melihat perkembangan produk dR Rozmey terutamanya Justmate, memang mampu membantu ramai pengguna dan terbukti berkesan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.