Ahad, 7 April 2013

Bolehkah kita percaya mereka 8


Mereka sebenarnya ketawakan kamu

Sabda Nabi : Allah tidak melihat rupa kamu atau bagaimana kamu berpakaian tetapi Allah terus melihat ke dalam hati kamu! Hari ini susah untuk kita lihat manusia bergelar manusia  yang baik hati. Saya pernah pergi mengikuti ceramah rawatan paliatif di salah sebuah hospital terkemuka ibukota di tanah air .... Ramai manusia tidak mengingati mati atau membuat persediaan sepatutnya..

Doktor penceramahnya (seorang pakar paliatif) yang berceramah di bawah sungguh bodoh juga serupa dengan jururawatnya juga masing masing amat amat bodoh kerana menempelak pesakit kanser seperti anda ....

Contohnya, jururawat yang duduk di depan saya ketawa terbahak bahak .... Sampai nak terkeluar isi perut masing masing melihatkan seorang doktor pakar paliatif mengajukkan wajah rupa bentuk muka pesakit kanser yang berada di ambang maut ... !!!  Buktinya jururawat yang duduk di depan saya tidak tajan menahan geli hati ketawa dengan menghentak hentakkan kakinya banyak kali ke podium .... Satu auditorium telah gamat .... Namun ada juga yang mendiamkan diri tetapi jumlahnya sanagt sedikit. Dewan auditorium amat gegak gempita dibuatny aoleh riuh rendah hilai tawa jururawat dan doktornya yang tiada peri kemanusiaan ... Dimanakah hilangnya sumpah hipocrates yang mereka agung agungkan dulu ???

Malangnya mereka tidak sedar dan juga tidak tahu bahawasanya ada pesakit kanser yang juga sedang mendengar hilai tawa serta melihat perangai sebenar mereka berhubung dengan merawat pesakit kanser seperti anda sekalian... Orang itu adalah saya sendiri dan hari ini saya beritau anda sekalian dengan coretan yang tidak seberapa ini ....

Mengapa mereka ketawa sambil hentak-hentak kaki? Ya benar, mereka merawat anda tanpa kasih sayang tidak pedulikan untung nasib pesakit kanser seperti anda sehinggalah diri mereka sendiri terkena kanser barulah mereka dapat memahami serta menyelami penderitaan, kesakitan, kesusahan, kegetiran, keperitan serta kepayahan hidup yang dialami pesakit kanser dengan sendirinya ...

Apa yang buat mereka ketawa adalah sebenarnya doktor pakar paliatif dibawah mengajuk mimik muka pesakit kanser yang hendak mati ....

seperti jadual di bawah

Mimik Muka Pesakit Kanser
Jangak Hayat Pesakit
O Sign
Pesakit kanser ada beberapa hari lagi untuk hidup
Q Sign
Pesakit kanser ada beberapa hari lagi untuk hidup
Gasping Sign
Pesakit kanser cuma ada beberapa jam saja lagi untuk hidup

 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.