Ahad, 7 April 2013

Bolehkah kita percayakn mereka 14


  


Ubat Steroid dan kesan buruknya

Tahukah anda apa itu ubat steroids?

 

Contoh glucocorticoids:

1.   Hydrocortisone (cortisol)

2.   Cortisone

3.   Prednisolone

4.   Methyl-prednisolone

5.   triamcinolone

6.   Paramethasone

7.   Dexamethasone

8.   Betamethasone

 

Mineralocorticoids:

1.   Desoxycorticosteroneacetate (DOCA)

2.   Fludrocortisone

3.   Aldosterone

 

Sebenarnya ubat steroids ini banyak gunanya.... Umpamanya digunakan dalam merawat asthma yang teruk, penyakit autoimmune seperti SLE, mengurangkan edema selepas pembedahan, cerebral edema, kes alahan yang teruk, penyakit radang, rheumatoid arthritis, selepas transplant organ, Penyakit Addison dsbnya.

Steroids sebenarnya ubat yang kuat kesannya !! Justeru , untuk ubat yang kuat, ia punya kesan sampingan pun kuat juga ....Umpamanya

1.   reput tulang (osteoporosis) di mana tulang kehilangan zat kalsium dan menjadi spongy !!!

2.   kencing manis ( hyperglycemia + glycosuria )

3.   merencatkan kebolehan badan melawan penyakit secara semulajadi

4.   buta (glaucoma)

5.   penyakit Cushing = muka jadi bulat + mulut sempit + bengkak atas tulang selangka + perut buncit + kaki kecil !

6.   kulit merekah

7.   senang bruises

8.   telengiectasis

9.   hirsutism

10.               lemah otot bahu + otot lengan + otot pinggul + otot peha = muscle atrophy / myopathy !!!

11.               Senang dapat jangkitan kuman sebab steroids bersifat immunosuppressive ( jangkitan batuk kering + kulat candida dalam mulut dan telinga dsbnya )

12.               Luka lambat sembuh.

13.               Gastrik termasuk pendarahan dalam perut terutamanya bila steroids digunakan secara berkembar sama dengan ubat penahan sakit !!!

14.               Katarak (Posterior subcapsular Cataract)

15.               Pertumbuhan kanak kanak terbantut (Steroids merencatkan rembesan Growth Hormone!!! )

16.               Manic Psychoses + kegusaran + susah tidur + mood swing!

 

Biasanya dos steroids untuk jangka pendek jarang memberi kesan buruk kepada anda.. Tetapi sekiranya ubat steroids digunakan berpanjangan, ia akan menampakkan kesan buruk !!!

Malangnya terdapat sebilangan doktor yang memberikan ubat steroids secara terus menerus kepada pesakit demi mendapat untung wang besar hingga menimbulkan kesan buruk yang tidak diingini kepada anda !!!!! Banyak juga yang menjualnya cara atas kaunter untuk tempoh  panjang! Malang sekali warga tua amat menyukai kombinasi ubat steroids + ubat tahan sakit bagi menghilangkan sakit lutut + sakit sakit badan mereka dsbnya !!!

Contoh masaalah pesakit dan penyelesaian mudah para doktor mata duitan:

 
Tindakan doktor penjana wang besar
Tindakan sepatutnya yang beretika :
Sakit Mata sebab jangkitan kuman
Beri ubat steroids titis dalam mata untuk kelegaan segera - akibatnya jangkitan jadi semakin teruk dan boleh merosakkan mata anda!
Beri antibiotik yang sesuai. Tiada antibiotik untuk jangkitan oleh virus.
Mata merah berair sebab masuk habuk pasir
Beri ubat steroids titis dalam mata untuk kelegaan segera - akibatnya tekanan bola mata jadi tinggi dan sebabkan mata anda buta (Glaucoma)
Pakai alat pelindung mata atau jangan guna motosikal untuk elak kesan habuk.
Jangkitan dalam telinga
Beri ubat steroids titis dalam telinga untuk kelegaan segera - akibatnya jangkitan jadi semakin teruk dan boleh merosakkan telinga anda!
Ear toilets + Beri antibiotik yang sesuai. Tiada antibiotik untuk jangkitan oleh virus.
Resdung - Hidung tersumbat
Beri ubat steroids sembur dalam hidung
Hindari agen penyebab seperti alergen, habuk, debunga, bulu haiwan dsbnya. Mop bilik sentiasa untuk kurang habuk. service aircon selalu.
Nasal toilet / irrigation.
Sakit Lutut , Sakit Belakang ; Sakit Urat dan lain lain jenis sakit sendi tulang atau sakit sakit badan
Inject dalam otot ubat prednisolone (steroids) + diclofenac sodium (Ubat tahan sakit) sekali setiap 2 minggu -  doktor jana wang besar !!!
Ajar anda cara cara angkat barang yang sepatutnya!
Buat kerja jangan secara berterusan.
Rehat antara kerja.
Jangan angkat beban terlampau berat.
Belajar dari pakar ergonomik untuk cara cara mengangkat atau bergerak dengan betul.
Beri ubat glucosamine sulphate sejenis ubat yang boleh meningkatkan kandungan tulang rawan yang telah haus dalam sendi tulang anda.

Justeru itu, anda perlu berhati hati apabila menerima atau membeli ubat tahan sakit dari atas kaunter!! Hak anda untuk tanya apa jenis ubatnya dan juga hak anda tanya apa kesan kesan sampingannya !!! Sekiranya mereka enggan menjawab soalan yang anda kemukakan, anda boleh laporkan doktor itu ke Majlis Perubatan Malaysia (Malaysian Medical Council) atau unit UKAPS KKM untuk tindakan lanjut !!!

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.