Sabtu, 28 Januari 2012

Doktor cuai, wanita dapat RM500,000


ARKIB : 30/12/2006

Doktor cuai, wanita dapat RM500,000

PUTRAJAYA 29 Dis. – Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi supaya seorang wanita yang lumpuh dari leher semasa menjalani pembedahan tulang belakang pada 1982 diberi ganti rugi RM500,000 kerana kecuaian perubatan.

Tiga anggota panel dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah dengan sebulat suara membenarkan rayuan Foo Fio Na setelah keputusan dibuat bahawa seorang pengamal perubatan mempunyai kewajipan untuk memaklumkan kepada pesakit mengenai risiko yang akan dihadapi dalam sebarang cadangan rawatan.
Beliau berkata, reponden pertama, pakar bedah ortopaedik, Dr. Soo Fook Mun, mempunyai tanggungjawab untuk menasihatkan perayu mengenai rawatan yang akan diambil dan risiko yang mungkin dihadapi.

Pada 1987, Foo, 48, menjalani pembedahan tersebut untuk merawat dislokasi vertebra servikal yang menyebabkan beliau lumpuh.

Selepas pembedahan yang dipanggil “reduksi terbuka”, beliau tidak dapat menggerakkan anggota badan dari atas hingga ke bawah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.