Sabtu, 18 Februari 2012

KHASIAT PAKU PAKIS




Paku Tunjuk Langit (Helminthostachys zeylanica)

Hutan Hujan di Malaysia menghasilkan pelbagai sumber perubatan tradisional. Ini kerana terdapat pelbagai jenis tumbuhan yang boleh dijadikan ubat-ubatan. Malah pada masa kini, ubat-ubatan yang diperolehi dari hutan ini sudah mula dipasarkan secara besar-besaran seperti Tongkat Ali, Kacip Tun Fatimah dan sebagainya. Di hutan terdapat juga pelbagai jenis paku-pakis yang sangat berguna kepada manusia dari segi nilai perubatan. Contohnya ialah paku-pakis seperti Tunjuk Langit (Helminthostachys zeylanica) yang boleh dijadikan sebagai sumber perubatan untuk mengubat penyakit batuk rejang dan juga penawar sakit lemah syahwat. Paku-pakis seperti Penawar Jambi (Cibotim barometz) pula boleh digunakan sebagai penawar penahan darah. Pokok bakau mempunyai banyak kegunaan dari segi perubatan. Kulit dari pokok Rhizopora boleh digunakan untuk merawat keretakan tulang, mengubati ceret-beret dan juga boleh memberhentikan pendarahan. Sementara itu, kulit pokok Tumu / Berus (Bruguiera) biasanya dihancurkan untuk mendemah bahagian luka. Cecair buah pokok Perapat (Sonneretia) boleh mengubati pendarahan akibat buasir.( Sreetharan Kanthaswamy et al. 1994).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.