Sabtu, 18 Februari 2012

Khasiat Buah & Daun Mengkudu



Buah mengkudu yang disebut sebagai noni oleh masyarakat barat atau nama saintifiknya morinda citrifolia diketahui begitu kaya dengan pelbagai ramuan ubatan hingga digelar sebagai ratu tumbuhan. Kajian saintifik mengenai mengkudu atau noni telah dilakukan sejak 45 tahun lalu. Saintis pertama yang mengkaji tentang buah Noni ialah seorang ahli biokimia yang terkenal, Dr. Ralph Heinicke. Semasa Dr. Heinicke membuat kajian mengenai bromelain nanas di Hawaii, beliau mendapati nanas mengandungi proxeronine. Pada masa yang sama, beliau turut mendapati kandungan proxeronine dan proxeronase dalam buah Noni lebih tinggi daripada nanas. Maka, Dr. Heinicke telah merumuskan bahawa buah Noni ialah sumber terbaik pembentukan protein dalam badan manusia.

Proxeronine penting untuk mensintesis alkaloid xeronine. Xeronine ialah sejenis protein yang hanya dapat dihasilkan dalam usus manusia. Kekurangan xeronine boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Proxeronine dan proxeronase akan berubah menjadi xeronine melalui tindakbalas biokimia dalam usus. Ini seterusnya boleh mengaktifkan fungsi enzim dalam badan manusia serta merangsang sistem pencernaan, sistem peredaran darah, sistem doktrin dan sistem pembiakan.

Dengan adanya xeronine, ia boleh mencegah pelbagai jenis penyakit seperti diarrhea, asma, diabetes, arthritis, migrain, masalah haid, batuk, sakit tekak, penyakit mulut dan gusi, merendahkan tekanan tinggi, mencegah pertumbuhan parasit dan kulat, merencatkan pertumbuhan sel-sel barah dan lain-lain penyakit lagi.

Xeronine juga menggalakkan pertumbuhan tisu dan mengaktifkan fungsi sel-sel badan. Oleh itu, xeronine turut memperlihatkan kesan yang terserlah untuk patah tulang, salah urat, seranggan serangga, barah, melecur dan terbakar serta menghalang proses penuaan.

Merawat penyakit kronik seperti penyakit barah atau kanser, penyakit jantung, strok, diabetes (jenis 1dan jenis 2), afrodiasiak, kegemukan, tekanan darah tinggi, rheumatism, sakit alergik, masalah pencernaan, masalah pernafasan, masalah tidur, gangguan fungsi otak, penyakit buah pinggang, ataupun tekanan.

Buah mengkudu juga dikatakan dapat merencat pertumbuhan sel-sel barah, mempunyai kesan analgesik (penahan sakit), antiseptik (membunuh kuman) dan menghalang pertumbuhan parasit serta kulat.

Di kalangan masyarakat kepulauan Hawaii, buah mengkudu dianggap sebagai buah ajaib kerana nilai perubatannya yang tinggi. Sebenarnya buah mengkudu atau noni (nama tempatan di Hawaii) telah tercatat dalam manuskrip purba sebagai salah satu bahan utama dalam ramuan perubatan sejak 2,000 tahun lalu.

Seluruh bahagian pokok mengkudu dikatakan mempunyai nilai perubatan yang tersendiri. Biji mengkudu dipercayai boleh digunakan sebagai julap. Daunnya dikatakan mujarab untuk merawat sakit kulit, mengurangkan sakit dan radang kulit. Daunnya dikatakan mujarab untuk merawat sakit kulit, mengurangkan sakit dan radang kulit. Sementara itu, pucuk mengkudu mempunyai bahan kimia yang amat berguna untuk menghalang proses penuaan.

Senarai penyakit yang boleh di rawat oleh Enzim Jus Noni BSY

Secara umumnya buah mengkudu boleh membantu dalam masalah penyakit-penyakit di bawah:

1. Tekanan darah tinggi
2. Barah
3. Penyakit jantung
4. Kencing manis
5. Masalah seksual
6. Lemah badan
7. Berat badan berlebihan (kegemukan)
8. Masalah buah pinggang
9. Fikiran berserabut
10. Alahan seperti alahan pada makanan laut seperti udang dan ketam
11. Arthiritis
12. Masalah penghadaman
13. Angin ahmar
14. Masalah tidur
15. Ketagihan merokok
16. Masalah pernafasan
17. Kurang tenaga
18. Batuk
19. Cacing
20. Gout
21. Asma
22. Resdung
23. Gastrik
24. Tumor
25. Luka kecil
26. Kelemumur
27. Kebengkakan
28. Keracunan makanan






Khasiat daun mengkudu

Oleh ROSMALINA ABD. KADIR
rosmalina.kadir@kosmo.com.my

Rabu, Februari 09, 2011


KETIKA orang tua-tua mengamalkan pemakanan buah mengkudu sebagai makanan kesihatan, ramai tidak mengetahui daun mengkudu juga mempunyai fungsi perubatan yang tinggi sebagai bahan atau sebatian antioksida. Sebatian antioksida yang dikenal pasti itu dikatakan dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung, diabetes dan penuaan. Justeru pengambilan antioksida dalam diet dapat mengurangkan risiko berkenaan. Menurut penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Azizah Abdul Hamid, kajian mengenai khasiat daun mengkudu dijalankan sejak lima tahun lalu dan kini ia dalam proses prakomersial. “Saya memberi fokus kepada daun mengkudu matang tetapi tidak terlalu tua yang melalui proses pengekstrakan bagi menghasilkan daun mengkudu dalam bentuk serbuk. “Apabila melalui kajian saintifik mendalam serta konsentrasi yang tinggi, ia didapati mengandungi sebatian catechin tinggi yang dapat merencatkan proses pengoksidaan dalam badan,” katanya ketika ditemui di UPM baru-baru ini. Penghasilan sebatian berkenaan, menurut Azizah adalah melalui beberapa proses bermula dengan pengumpulan daun-daun mengkudu yang sesuai, pembersihan dan pengeringan menggunakan ketuhar pada suhu kira-kira 40 darjah Celsius sebelum dijadikan bahan serbuk dan dibungkus. “Keunikan produk ini adalah ia halal, melalui proses penyediaan hijau pada suhu rendah, sesuai untuk pemakan sayur serta mempunyai kebaikan kesihatan yang tinggi. “Kebanyakan masalah produk makanan tambahan dalam pasaran adalah status halal yang diragui, tidak mempunyai kesan kebaikan kesihatan yang dibuktikan melalui kajian saintifik serta kuantiti pengambilan yang tidak standard,” katanya.

Melalui kajian saintifik

Sementara itu menurut Azizah, bagi melihat keberkesanan sebatian daripada ekstrak daun mengkudu berkenaan, ia telah dicuba ke atas tikus dan sel manusia. “Proses ini antara lain bagi memastikan ia tidak mengandungi bahan toksik. Walaupun buah mengkudu sudah menjadi makanan kesihatan sejak bertahun-tahun tetapi ia tidak pernah melalui kajian saintifik. “Setelah melalui kajian santifik, barulah ia dapat dibuktikan dan dikomersialkan kerana mempunyai perakuan khasiat perubatan,” jelas beliau. Menurut Azizah, proses pengekstrakan adalah bagi memencilkan sebatian daun mengkudu supaya dapat diambil sebagai makanan tambahan yang tidak menjejaskan rasa asli makanan tetapi mempunyai kebaikan kesihatan yang tinggi. “Serbuk daun mengkudu dapat ditambahkan dalam makanan biasa dan menjadikannya sebagai makanan fungsi yang dapat menghalang pembentukan penyakit-penyakit kronik. “Ini kerana, kajian saintifik turut mendapati pesakit yang menghidapi penyakit seperti jantung, kanser dan diabetes mempunyai kandungan toksik yang tinggi di dalam badan mereka,” katanya.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.