Sabtu, 18 Februari 2012

BEDAK TALKUM SEBABKAN BARAH


Maklumat Tentang Talkum, Bedak Talkum dan Barah




Apa itu talkum?

Talc’ adalah nama umum sebatian magnesium silikat terhidrat. Talc digunakan dalam makanan, dadah, kosmetik dan aplikasi industri. Artikel ini memfokus kepada talc yang digunakan untuk tujuan kosmetik dan penjagaan diri. Ini adalaj kerana penggunaan bedak talc atau talkum dikaitkan dengan barah ovari.

Mengapa talkum digunakan dalam barangan kosmetik dan penjagaan diri?

Talkum mempunyai pelbagai kegunaan dalam kosmetik dan penjagaan diri. Di antara kegunaan talkum adalah sebagai penyerap, agen anti-keras dan untuk memperbaiki sentuhan sesuatu produk. Ia juga digunakan sebagai bahan tambah untuk pewarna dan sebagai bahan lengai. 

Badan Pentadbiran Dadah dan Makanan Amerika Syarikat (Food and Drug Adminsitration) atau FDA, telah meluluskan penggunaan talkum dalam produk dadah topical.


Adakah talkum selamat digunakan dalam produk kosmetik dan penjagaan diri?

FDA telah menetapkan talkum  dalam kategori GRAS (generally recognized as safe) atau pada amnya ditentukan selamat. Ia juga dibenarkan sebagai agen anti-keras untuk serbuk vanilla. 

Adakah talkum mengandungi gentian asbestos?

Gred talkum kosmetik tidak harus mengandungi asbestos. Kehadiran asbestos boleh ditentukan dengan pembelauan sinar-X (X-ray diffraction) dan dengan menggunakan mikroskop elektron dan optik. 


Adakah talkum mengganggu sistem respirasi manusia jika dihidu?

Sebagai langkah mencegah penghiduan talkum oleh pengguna semasa menggunakan bedak talkum, saiz partikel talkum sepatutnya ditetapkan kepada saiz yang tidak boleh dihidu iaitu lebih daripada 5micrometer.

Keselamatan penghiduan talkum telah dikaji oleh Program Toksikologi Nasional di Amerika Syarikat atau National Toxicology Programme (NTP). 

Ujian ke atas haiwan dengan memberikan dos besar untuk dihidu selama 2 tahun menunjukkan beberapa perkembangan berbahaya kepada kesihatan. Walaubagaimanapun, hasil kajian tersebut di atas dipertikaikan atas dasar dos yang diberikan melebihi dos ketahanan fungsian maksimum atau ‘maximum functionally tolerated dose’.

Lebih-lebih lagi kajian tersebut menggunakan dos yang sangat tinggi sehingga paru-paru haiwan tersebut dibebani dengan talkum. Ini menimbulkan persoalan samada ketumbuhan yang diperhatikan dalam sesetengah paru-paru disebabkan oleh bebanan partikel atau secara langsung oleh talkum.

Apakah kemungkinan penggunaan talkum dikatikan dengan barah ovari?

Hasil beberapa kajian telah menimbulkan kebimbangan bahawa bedak talkum yang disapu pada kawasan genital, tuala wanita, kondom dan sebagainya boleh berhijrah melalui vagina, uterus dan saluran fallopian ke lapisan yang melindungi ovari dalam badan. Partikel talkum dikhuatiri boleh menyebakan barah ovari. Susulan hasil kajian tersebut banyak lagi kajian epidemiologi dijalankan untuk mengesahkan kesan penggunaan talkum dan barah ovari. Hasil kajian-kajian adalah berbeza. Sesetengah kajian menunjukkan risiko yang meningkat sedikit manakala yang lain tidak menunjukkan apa-apa kaitan.

Talkum secara semulajadi wujud dengan gentian asbestos. Maka talkum dikaitkan dengan kehadiran asbestos yang merupakan sebuah karsinogen (bahan yang boleh menyebabkan barah). Talkum yang mengandungi sisa asbestos mungkin mewujudkan bahaya barah jika digunakan pada manusia ataupun diuji pada haiwan.

Agensi Penyelidikan Barah Antarabangsa atau IARC (International Agency for Research on Cancer) telah mengkelaskan talkum sebagai bahan karsinogen kumpulan 2B. Ini bermakna ia mungkin memberikan kesan karsinogen kepada manusia. Sebatian dalam kumpulan 2B bermakna ada bukti yang menunjukkan sebatian tersebut boleh menyebabkan barah pada manusia, tetapi bukti tersebut pada masa sekarang tidak kukuh.

Adakah talkum menyebabkan barah paru-paru pada manusia?

Tiada laporan yang menunjukkan peningkatan risiko barah akibat penghiduan bedak talkum kosmetik. Kajian ke atas pelombong talkum memberikan gambaran terdapat peningkatan dalam risiko barah paru-paru dan lain-lain penyakit paru-paru. Ini mungkin juga disebabkan oleh kandungan bahan galian lain termasuk juga sebatian asbestos dan silika semasa aktiviti melombong.

Talkum yang dijual sebagai bedak kosmetik kepada pengguna sepatutnya tulen dan tidak mengandungi sisa asbestos, silika dan lain-lain galian.


Nasihat kepada pengguna yang risau tentang talkum dan risiko barah

Kajian ke atas bedak talkum menunjukkan keputusan yang tidak konsisten, walaupun terdapat risiko barah ovari. Sehingga kini tiada barah jenis lain yang dilaporkan berkaitan dengan penggunaan bedak talkum.

Pengguna yang risau tentang risiko barah akibat penggunaan bedak talkum boleh mempertimbangkan alternatif lain seperti serbuk kanji jagung (cornstarch powder) yang tidak mengandungi talkum. Tiada bukti sehingga sekarang (tahun 2009) yang menunjukkan kanji jagung boleh menyebabkan sebarang bentuk barah. 

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:

Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional      ATAU            Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan
(NCCC)                                                                                 Jalan Universiti, Peti Surat 319, 
No. 1D, Bangunan SKPPK,                                                   46730 Petaling Jaya, Selangor 
Jalan SS 1/9A                                                                       Tel: 03 7883 5487   Faks : 03 7958 1312
47300 Petaling Jaya
Selangor

Tel : 03 7877 9000                                                               

Nota: Sekiranya habuk asbestos ujud dalam bedak talkum, habuk asbestos boleh menyebabkan kanser paru paru (mesothelioma) dalam tempoh masa antara 30 – 50 tahun dari tarikh pendedahan kepada habuk / fiber asbestos.
Dalam majalah info sihat Mac 2012 bil 52; muka surat 41 menyebut penggunaan bedak talkum = kanser ovary! Penggunaan bedak talkum yang mengandungi asbestos dengan peningkatan risiko kanser . Kajian Universiti Harvard menunjukkan peningkatan 40% kadar kejadian kanser ovari jenis serous  pada wanita yang menggunakan bedak talkum di alat genital mereka! Bacaan lanjut – sila beli majalah info sihat Mac 2012 bil 52.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.