Sabtu, 7 Julai 2012

Plastik Sebabkan Kanser


http://thesecretmedicines.blogspot.com/2009/12/plastik.html

Plastik Sebabkan Kanser

Kehidupan kita hari ini penuh dengan plastik. Dalam kenderaan, permainan kanak-kanak, pembungkusan, barangan rumah, komputer, sudu dan garfu, alat-alat perubatan dan banyak lagi - tidak mampu disenaraikan semuanya sekali. Plastik diperolehi secara murah, dan ia memiliki kelebihan tersendiri dari segi daya ketahanan seperti tahan kebocoran, tahan panas atau sejuk, mudah dibentuk malah ia lebih ringan berbanding logam. Penemuan plastik telah banyak membantu memudahkan kita dalam kehidupan.

Malangnya penggunaan plastik secara tidak terkawal telah mencemarkan dunia hari ini. Ia juga mengotori dunia kita, menyumbat longkang-longkang, menghalang aliran air sungai dan membunuh hidupan di laut. Plastik mengambil masa beratus-ratus tahun untuk lupus, maka ia tidak boleh musnah dalam jangka masa yang pendek. Jika dibakar, ia akan menghasilkan gas bertoksik lalu mencemar alam sekitar. Meskipun ia banyak membantu memperbaiki kehidupan kita, ia sebenarnya membawa bersama bahaya yang tidak ramai sedari.

Bahan plastik akan bertindakbalas secara kimia apabila dipanaskan. Sejenis kimia yang dipanggil bisphenol-A (BP-A) terhasil dan akan merangsang pertumbuhan sel kanser di dalam tubuh apabila ia masuk bersama-sama makanan yang kita makan atau minuman botol yang diteguk. Secara asasnya, plastik tidak merbahaya kepada kita, tetapi bila ia mengalami perubahan suhu, BPA yang terhasil itu akan meracuni tubuh kita. Oleh itu, elakkan menggunakan bekas plastik sebagai bekalan mengisi minuman sebaliknya gantikan dengan bekas logam tahan karat atau gelas.

Minuman botol yang didapati di pasaraya hari ini hampir semuanya menggunakan botol plastik. Ada yang berpendapat ia tidak mengapa jika digunakan kali pertama sejak ia dibotolkan dikilang pengeluar minuman. Mereka berpendapat ia adalah botol pakai buang - selepas digunakan ia tidak perlu lagi disimpan. Pendapat begini adalah silap. Plastik sebenarnya telah dipanaskan sebelum kita menggunakannya. Malangnya ada di kalangan masyarakat kita menggunakannya untuk mengisi air 'kosong' atau minuman kopi dan sebagainya lalu dibawa bersama ke tempat kerja sebagai bekalan.

Perlu diketahui bahawa proses membentuk botol minuman bermula dengan pemanasan. Dari tiub plastik sebesar ibu jari, ia dipanaskan dan dilentur kepada berbagai rupa bentuk yang dikehendaki oleh pengeluar minuman. Adakalanya, bentuk botol membezakan jenis minuman atau syarikat pengeluar. Sejak awal lagi, plastik yang kita minum itu sudahpun melalui proses pemanasan. Jika ia dibersihkan sebelum minuman dimasukkan, ia belum tentu menjamin botol itu bebas dari BP-A.

Bagaimana pula dengan proses penghantaran? Jika anda fikir ia masih selamat, bayangkan lori atau apa saja yang membawa botol minuman dari kilang yang sudah siap untuk dipasarkan ke kedai atau pasaraya! Tentu ia akan mengalami perubahan haba semasa dalam perjalanan. Negara kita mengalami iklim yang panas antara 29 hingga 34 Selsius. Dengan kadar suhu 25 Selsius sudah cukup untuk membuat botol plastik bertindakbalas menghasilkan BP-A.

Di Amerika, ramai Veteran perang Teluk dikesan mendapat berbagai jenis kanser seperti prostat sejak pulang dari operasi di Iraq. Dalam kajian dilakukan, mereka mengesyaki penggunaan botol plastik secara berluasa sebagai bekas minuman mereka menyumbang kepada penyakit kanser. Malah cuaca yang panas di kawasan padang pasir menambah burukkan lagi keadaan. Sejak itu, pihak pentadbiran ketenteraan menukar bekas minuman tentera mereka kepada bekas logam. Walaupun begitu, ia masih tidak mengharamkan penggunaan bekas plastik terhadap orang awam.

Kerajaan sepatutnya mengharamkan penggunaan plastik sejak dulu lagi. Tetapi untuk mengharapkan tindakan sedemikian adalah suatu keajaiban kerana plastik sudah digunakan secara leluasa di serata dunia dan belum ada mana-mana pihak yang berani mengharamkan penggunaan plastik termasuk di Amerika sendiri. Berjuta-juta perniagaan mengaut keuntungan berbilion-bilion ringgit dengan kos pengeluaran yang murah dengan adanya plastik. Harga barangan dapat diminimakan dengan penggunaan plastik. Malah kita dapat memiliki barangan dengan harga yang rendah disebabkan penggunaan bahan plastik. Itu belum lagi dikira keuntungan yang dibuat oleh syarikat atau kilang membuat plastik!


Plastik terdiri dari berbagai jenis dengan nombor kod tertentu sebagai identifikasi. Berikut antara jenis plastik yang anda MESTI ketahui dan ada di antaranya membawa risiko yang sangat merbahaya:

Plastik No. 1 - PET (Polyethylene terephthalate)
Terdapat pada minuman ringan seperti air galian dan minuman berkarbonat, botol pencuci mulut, botol minyak masakan. Ia mudah terhakis, haus dan mengeluarkan sisa-sisa toksik.
Ia hanya digunakan sekali sahaja.

Plastik No. 2 - High Density Polyethylene (HDPE)
botol detergen, karung sampah, botol minyak enjin
Hanya plastik jenis ini dikatakan mempunyai risiko yang rendah untuk digunakan berulang-kali. Jangan pula ada yang gunakan bekas minyak enjin atau bekas detergen sebagai bekas menyimpan air minuman. Bagaimanapun, ia tetap menghasilkan toksik pada kadar yang minima.

Plastik No. 3 - Poly Vinyl Chloride (PVC)
Digunakan sebagai botol syampu, botol minyak masak, salutan wayar elektrik, peralatan perubatan, paip. Ia sudah diketahui sangat merbahaya kerana boleh menghasilkan toksik pada kadar yang tinggi. Jauhkan plastik jenis ini dari menyentuh makanan semasa panas.

Plastik No. 4 - Low Density Polyethylene (LDPE)

Plastik No. 5 - Polypropylene (PP)
Biasa digunakan sebagai botol sos, botol kicap, botol ubat-ubatan, straw, botol susu bayi, penutup botol. Memerlukan suhu yang lebih tinggi untuk dicairkan. Ada yang menerimanya sebagai bekas makanan oleh sebab kadar tindakbalasnya yang perlahan terhadap haba. Ia mempunyai risiko yang rendah kepada pencemaran minuman atau makanan.

Plastik No. 6 - Polystyrene (PS)
Bekas polistrin yang biasa digunakan oleh masyarakat kita apabila membeli makanan yang dibawa balik atau 'tapau'. Bekas telur juga adalah dari jenis polisterin tetapi ia tidak memberi kesan sampingan jika setakat digunakan untuk menyimpan telur. Polisterin adalah plastik yang merbahaya digunakan sebagai bekas makanan tetapi di Malaysia, ia adalah pilihan yang popular bagi peniaga-2.

Plastik No. 7 - lain-lain
Semua jenis plastik selain jenis di atas dikategorikan sebagai kod 7. Antaranya seperti plastik sunglass, cakera DVD, papan tanda, casing komputer. Antara yang merbahaya adalah polikarbonat (PC).
comments:
As salam. bagaimana dgn plastik yg boleh dipanaskan dgn microwave? bolehkah ia diguna utk letak makanan panas. bagaimana pula plastic yg di guna utk letak teh tarik.sapa2 yg boleh jelaskan? w'salam, plastik yg dipanaskan di dlm microwave adalah sgt merbahaya tapi itulah kebanyakanpaling org amalkan di zaman moden ini, kerana ianya mudah dan cepat. begitu juga dgn teh tarik yang dituang ke dlm gelas plastik, kesannya tetap sama selagi bekas yang menampung bahan makanan atau minuman itu diperbuat dari plastik. Microwave merupakan suatu kemajuan tetapi ia sebenarnya membawa kesan sampingan kpd manusia.January 6, 2012 1:30 AM



TAHU atau tidak, bahan plastik memerlukan 100 hingga 500 tahun untuk lupus jika ditanam dan jika dibakar ia memberikan impak yang lebih besar kepada alam sekeliling termasuk manusia. Dan ada kajian yang menunjukkan statistik rakyat Malaysia membuang plastik yang sebenarnya boleh dikitar semula bernilai kira-kira RM163 juta.Jumlah yang banyak itu bukan hanya membazir dan sepatutnya boleh dikitar semula, namun dalam masa yang sama ia turut merosakkan alam sekitar. Dalam erti kata lain, masyarakat Malaysia masih kurang peka terhadap keadaan alam sekeliling yang semakin merosot tanpa mengambil pendekatan yang serius. Apa pun, kini ada sedikit kesedaran di mana Pulau Pinang, Selangor dan Sarawak berjaya mengumumkan Hari Tanpa Plastik dan dilihat memberi sedikit sinar kepada bumi.Malah bukan hanya dua negeri ini, kompleks membeli-belah, institusi pengajian tinggi, syarikat-syarikat produk tempatan dan banyak lagi yang mengambil inisiatif sama untuk mengurangkan atau tidak menggunakan plastik sama sekali. Tapi kenapa plastik menjadi agenda utama dalam pemuliharaan alam sekitar. “Bukan penggunaan plastik menjadi masalah utama tetapi cara pelupusan bahan tersebut yang memberi impak pada alam sekitar,” respons spontan Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Tan Sri Dr. Salleh Mohd Nor mengenai penggunaan beg plastik di Malaysia. Dalam satu temu bual yang diadakan sebelum ini, Dr. Salleh mengatakan beg plastik mampu memberi ancaman paling besar jika tiada rancangan yang teliti mengenai pengurusan pembuangan bahan plastik tersebut. Kata beliau: “Plastik memerlukan lebih daripada program kitar semula yang biasa dan teknologi yang digunakan haruslah berkesan untuk menyelesaikan isu ini. “Jadi kenapa sehingga sekarang, kita masih belum mampu menetapkan peraturan ketat seperti dilakukan oleh beberapa negara Eropah yang mewajibkan pengguna membawa beg sendiri atau dikenali sebagai Green Bag sebagai ganti beg plastik ketika membeli-belah.” Satu perangkaan lain pula mengatakan, secara purata di Malaysia, seorang individu menggunakan hampir lapan beg plastik seminggu dan ada di antara mereka membuang beg plastik berkenaan selepas hanya dipakai sekali. Tidak banyak yang diketahui kenapa bahan ringan, tidak mudah pecah, dan murah ini menjadi ancaman kepada alam sekitar jika pembaca tidak meneliti jurnal dan makalah saintifik. Yang nyata, beg plastik mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai sebatian organik Bis(2-ethylhexyl)phthalate atau lebih dikenali sebagai DEHP atau phthalates (disebut THA-lates), satu bahan yang akan membuatkan bahan plastik menjadi lembut dan mudah dilentur. Penyelidik di Universiti Harvard pada tahun 2002 berjaya membuat penemuan baru mengenai kesan kimia phthalates yang mampu merosakkan DNA sperma manusia. Walaupun pengeluar mengatakan dos phthalates yang digunakan mematuhi syarat standard pengeluaran, namun dalam tempoh yang panjang, pengguna sebenarnya terdedah secara berterusan kepada kimia ini yang mampu memudaratkan manusia. Puncanya adalah daripada kita, maka kita juga mampu untuk menyelesaikannya. Apa kata, bermula hari ini, hindarkan daripada menggunakan beg plastik.    Dipetik daripada : Utusan Malaysia

http://alamsains.blogspot.com/2009/10/selamatkan-bumi-dari-plastik.html
Dianggarkan lebih 500 juta beg plastik digunakan di dunia setiap tahun. Jika plastik-plastik ini dibentangkan, ia dapat membungkus permukaan bumi sekurang-kurangnya 10 lapis. Bahan plastik ini mengambil masa sekurang-kurangnya 100 hingga 500 tahun untuk lupus sekiranya ditanam manakala impak pencemaran lebih besar jika dibakar. Jika proses pembakaran tidak sempurna, plastik akan terurai di udara sebagai dioksin. Dioksin sangat merbahaya jika dihidu oleh mausia. Impaknya antara lain adalah pemangkin penyakit kanser, hepatitis, bengkak hati, gangguan sistem saraf dan pemangkin depresi. Pengeluaran, pembuangan dan pereputan beg plastik juga bukan semudah yang disangka. Walaupun sebahagiannya dilihat sudah hancur, tetapi bahan-bahan kimia masih terdapat dalam bentuk habuk yang stabil. Menurut kajian yang dijalankan oleh Made Arcana dari Institut Teknologi Bandung, bahan pewarna yang umumya terkandung di dalam beg plastik merbahaya untuk kesihatan. Bahan pewarna ini jika terkena panas akan terurai dan mengeluarkan bahan yang merupakan pemangkin kanser. Maka, dinasihatkan agar tidak meletakkan makanan bergoreng atau makanan panas terus di dalam beg plastik. Plastik juga banyak mendatangkan masalah. Disebakan lambat reput, ia mudah menyumbat saluran air dan menjadi salah satu punca banjir besar yang mampu meragut banyak nyawa.

http://khadijah6232.blogspot.com/2011/01/esei-keburukan-penggunaan-plastik.html

Keburukan Penggunaan Plastik

Tahukah anda bahawa sebuah beg plastik yang kita buang boleh berada di tapak pelupusan untuk beribu-ribu tahun dan memerlukan 100 hingga 500 tahun untuk lupus jika ditanam dan jika dibakar ia memberikan impak negatif yang lebih besar kepada alam sekeliling termasuk manusia? Kekerapan kita menggunakan beg-beg plastik untuk mengisi barang semakin bertambah. Jikalau beberapa dekad dahulu, kertas atau suratkhabar lama digunakan untuk membungkus barang keperluan harian di kedai-kedai runcit atau pasar, kini ia telah digantikan hampir sepenuhnya oleh beg-beg plastik. Terdapat kajian yang menunjukkan statistik rakyat Malaysia membuang plastik yang sebenarnya boleh dikitar semula bernilai kira-kira RM163 juta.Dalam erti kata lain, masyarakat Malaysia masih kurang peka terhadap keadaan alam sekeliling yang semakin merosot tanpa mengambil pendekatan yang serius serta memandang enteng masalah ini.  

Apakah yang membahayakan tentang plastik? Plastik merupakan bahan yang merangkumi produk polimer sintetik atau semi-sintetik dan terbentuk daripada kondensasi organik atau penambahan polimer dan boleh juga terdiri daripada bahan lain. Selain itu, plastik juga diperbuat dari sebuah sumber yang amat berharga iaitu minyak. Jika lebih banyak plastik kita gunakan hari ini, berkuranglah bekalan minyak kita pada masa hadapan. Sewaktu beg plastik dihasilkan, satu bahan karsinogen benzen, dihasilkan. Beg plastik tidak mudah dilupuskan dari muka bumi. Walaupun kita mengurangkan penggunaan beg-beg plastic, namun sekarang, masih tendapat banyak lagi beg plastik yang sudah sedia terkumpul. Beg plastik juga sukar dihapuskan. Sekiranya dibakar, ia membebaskan karsinogen, satu bahan penyebab kanser. Sekiranya ditanam, bahan toksin di dalamnya boleh menyerap kedalam tanah dan memasuki sumber air kita dan juga menyebabkan tanah tidak sesuai dijadikan kawasan pertanian. Binatang yang menyangka beg plastik makanan dan menghadamnya boleh mati apabila termakan beg plastik tersebut.

Kajian di beberapa negara menunjukkan bahawa pengguna lazimnya malas membawa beg sendiri ketika membeli-belah. Justeru itu mereka lebih cenderung menerima beg plastik yang diberi oleh penjual. Sebenarnya penjual boleh menggalakkan pengguna menggunakan beg kain ketika membeli-belah dengan menyediakan beg tersebut dengan mengenakan bayaran atau meminta pengguna menggunakan semula beg plastik.
Satu perangkaan lain pula mengatakan, secara purata di Malaysia, seorang individu menggunakan hampir lapan beg plastik seminggu dan ada di antara mereka membuang beg plastik berkenaan selepas hanya dipakai sekali. Tidak ramai yang menyedari kenapa bahan ringan, tidak mudah pecah, dan murah ini menjadi ancaman kepada alam sekitar jika kita jarang meneliti jurnal dan majalah saintifik.

Izharnya, beg plastik mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai sebatian organik Bis(2-ethylhexyl)phthalate atau lebih dikenali sebagai DEHP atau phthalates yang disebut THA-lates iaitu satu bahan yang akan membuatkan bahan plastic menjadi lembut dan mudah lentur. Penyelidik di Universiti Harvard pada tahun 2002 berjaya membuat penemuan baru mengenai kesan kimia phthalates yang mampu merosakkan DNA sperma manusia. Walaupun pengeluar mengatakan dos phthalates yang digunakan mematuhi syarat standard pengeluaran, namun dalam tempoh yang panjang, pengguna sebenarnya terdedah secara berterusan kepada kimia ini yang mampu memudaratkan nyawa manusia.

Membawa beg sendiri apabila membeli-belah juga memberikan banyak kelebihan sebenarnya dan barangan kecil yang dibeli tidak perlu dibungkus menggunakan beg plastik.Kita juga digalakkan membawa bekas sendiri apabila hendak membeli makanan yang biasanya dibungkus. Terdapat juga pasar raya hyper merekacipta beg plastik yang akan terlerai sendiri dalam masa beberapa bulan dan ia mengurangkan masalah sampah.

Antara manfaat yang bakal kita perolehi ialah, kita mudah membawa barang samada kecil mahupun besar dan tidak mudah tercicir semasa membeli-belah.Kita juga tidak perlu menghabiskan masa membuka bungkusan satu persatu dan sampah juga berkurangan kerana biasanya plastik bersaiz kecil tidak digunakan semula. Membungkus makanan dalam bekas yang kita bawa lebih terjamin dari aspek kebersihan kerana kita sendiri yang mencuci malah masa membeli juga dapat dijimatkan.

Apa pun, kini wujud sekelumit kesedaran apabila sebahagian negeri di Malaysia berjaya mengumumkan Hari Tanpa Plastik dan dilihat memberi sedikit sinar kepada bumi.Bukan sahaja kompleks membeli-belah malah institusi pengajian tinggi, syarikat-syarikat produk tempatan dan banyak lagi yang mengambil inisiatif sama untuk mengurangkan penggunaan plastik sama sekali.Tapi kenapa plastik masih lagi menjadi isu yang polemik mutakhir ini?

Terdapat sebuah artikel yang menyatakan bahawa presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Tan Sri Dr. Salleh Mohd Nor memberitahu bahawa penggunaan plastik tidak menjadi masalah utama tetapi cara pelupusan bahan tersebut yang memberi impak pada alam sekitar. Beg plastik juga mampu memberi ancaman yang besar jika tiada rancangan yang teliti mengenai pengurusan pembuangan bahan plastik tersebut.

Plastik memerlukan lebih daripada program kitar semula yang biasa dan teknologi yang digunakan haruslah berkesan untuk menyelesaikan isu ini. Masalah yang kita hadapi sehingga sekarang ialah, kita masih belum mampu menetapkan peraturan ketat yang dan konsisten yang tidak lekang dek panas, tidak lentur dek hujan seperti yang diamalkan oleh beberapa negara Eropah yang mewajibkan pengguna membawa beg sendiri atau dikenali sebagai Green Bag sebagai ganti beg plastik ketika membeli-belah. Sebagai contoh, Australia Selatan juga telah melarang penggunaan beg plastik untuk mengisi barangan yang dibeli. Larangan ini akan mengurangkan jumlah sampah di tapak pelupusan, mengurangkan jumlah sampah di jalan, di taman dan aliran air. Pengguna akan diberi beg kompos selain beg yang boleh digunakan semula dengan mengenakan sedikit bayaran. Pembeli juga perlu menyediakan ‘green bags’, atau membayar sehingga A25 sen di kedai utama untuk beg tersebut. Larangan ini berjaya mengurangkan 400 juta beg plastik daripada sampah di Selatan Australia setiap tahun.

Tuntasnya, pihak yang bertanggungjawab telah bersinergi bagai aur dengan tebing berhempas pulas menghasilkan satu tenaga yang efisien merealisasikan program-program supaya mengecapi aspirasi menangani kemelut ini. Sebagai contoh apabila kita pergi ke pasar raya besar lazimnya, kita akan dikenakan bayaran sebanyak RM0.20 bagi setiap beg plastik yang disediakan.Pernahkah kita terfikir apakah yang akan terjadi sekiranya bilangan bahan buangan yang sinonim dengan plastik ini semakin meningkat dengan optimum di muka bumi ini?

Konklusinya, tidak perlulah kita bersikap evasif kerana punca masalah ini timbul adalah kerana diri kita sendiri, maka kita juga tidak mustahil untuk menyelesaikannya bak kata pepatah tiada gunung yang tidak dapat didaki, tiada lurah yang tidak dapat dituruni. Sebagai pengguna yang bijak, marilah kita sama-sama mengorak langkah menyumbang komitmen seoptimum yang mungkin bagi mengurangkan penggunaan beg plastik mulai detik ini.Kita juga perlulah melentur buluh dari rebungnya dengan menyemai amalan ini kepada generasi muda pewaris harapan bangsa . Biarpun kita mungkin merasa kekok pada awalnya tetapi fikirkanlah manfaat yang lebih besar yang akan kita dapati serta kesannya kepada alam sekitar yang kita sayangi.

http://www.inchem.org/documents/iarc/vol56/08-phip.html    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Catat Ulasan