Sabtu, 7 Julai 2012

Quran itu rahmat pada org beriman


Quran itu jadi rahmat dan petunjuk kepada org beriman

Dan Kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian. (Surah Al-Isra` : ayat 82)

Wahai manusia! Sungguh, telah datang kepadamu pelajaran (Al-Quran) dari Tuhanmu, penyembuhan bagi penyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman. (Surah Yunus : ayat 57)

Di bawah ni adalah senarai ayat-ayat penawar bagi mengubati penyakit2 seperti yang dinyatakan.. diperolehi dari Ustaz Haji Lokman Abd Hamid, Perubatan Syifa` Al-Hidayah, Gombak untuk dibaca dan diamalkan oleh pesakit...


KANSER

Al-A`raaf (ayat 70-81)
Ar-Rad (ayat 16-28)
Asy-Syua`raa (ayat 185-227)
Az-Zukhruf (ayat 52-70)
Az-Zumar (ayat 42-52/
Al-Mukminun (ayat 91-100)
Fussilat (ayat 41-54)
Al-Ghafir (ayat 67-77)


SAKIT JANTUNG

Al-Isra` (ayat 40-55)
An-Nahl (ayat 66-74)
Al-Maaidah (ayat 62-75)
Al-Mukminun (ayat 75-100)


BUAH PINGGANG

Al-Anbiyaa` (ayat 29-40)
An-Nahl (ayat 16-30)
Al-Maaidah (ayat 41-47)
Az-Zumar (ayat 24-37)
Ar-Rad (ayat 19-28)
Al-Kahfi (ayat 75-83)

Doa yang di amalkan oleh Nabi Ayub ketika ditimpa penyakit kronik.

Nabi Ayub membaca ayat 83 dalam surah al-Anbiya` di dalam sujudnya yang bermaksud; "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani." dan bermohon agar Allah SWT menghilangkan penyakitnya.

Doa Nabi Ibrahim ketika sakit pula : Beliau membaca ayat 78-80 surah Asy-Syu`ara yang bermaksud; "Yang telah menciptakan aku, maka Dia yang memberi petunjuk kepadaku, dan Yang memberi makan dan minum kepadaku, dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku."

Caranya: Baca Bismillah.... letak tangan kanan pada yang sakit, baca Al-Fatihah, baca doa Nabi Ayub dan doa Nabi Ibrahim dengan yakin, tiup pada tapak tangan tadi dan gosok2 pada tempat yang sakit.. insyaAllah...akan sembuh... segala-galanya dengan izin Allah jua.

Di dalam al-Quran yang berupa Wahyu Allah, banyak menerangkan contoh-contoh dan perbandingan untuk mendidik akal manusia tentang Tuhan dan kekuasaanNya terhadap alam semesta ini. Setiap seseorang yang mengakui dirinya hamba Allah (yang beriman) bila dalam jiwa mereka telah yakin tentang kekuasaan Allah dan kemuliaan kalam-Nya, maka amal dan laksanakanlah mana-mana surah atau ayat-ayat dalam al-Quran yang sesuai untuk mengubati atau melenyapkan penyakit seperti kanser dan lain-lain penyakit. InsyaAllah, kita akan mendapat hasilnya yang mempesonakan akal dan ajaib-Nya pengaruh ayat Quran itu. Dapatlah kita faham bahawa tidak ada suatu penyakit pun yang dapat melawan firman Tuhan. Sekiranya anda merasakan ada tanda berpenyakit atau memang kebetulan sedang menanggung penyakit berbahaya yang ditakuti seperti kanser atau barah dan lainnya, maka cubalah laksanakan aturan di bawah ini.  InsyaAllah anda akan melihat dengan nyata hasilnya. Keyakinan juga akan bertambah tentang kekuasaan Allah..
Setiap selepas solat lima waktu, bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Surah Al-Ikhlas (tiga kali), Selawat ke atas Nabi (tiga kali) lalu teruskan membaca Surat Al-Fil (21 kali). Selepas selesai membaca semua ayat tersebut, tiup dan hembuskan pada tempat penyakit tersebut. Setiap kali menghembuskan itu, hendaklah ingat maksud dalam hati seperti, agar Allah hancur dan lenyapkan penyakit kanser tersebut sebagaimana hancur dan lenyapnya tentera pasukan bergajah yang tersebut dalam ayat terakhir dalam Surah Al-Fil itu. Lakukan 21 kali baca dan tiup, selama 21 hari setiap kali selepas solat.5 waktu. Dan sekiranya penyakit kanser itu berada di dalam organ badan, seperti di dalam usus, limpa, buah pinggang dan di dalam kepala, maka caranya sama seperti yang tersebut di atas juga. Cuma tambahannya hendaklah tarik nafas pelahan-lahan seakan-akan kita memasukkan amalan membaca surah itu ke dalam tubuh badan. Lakukan hingga 21 kali juga selama 21 hari setiap lepas solat.

Surah Al-Fil
1.    Tidakkah engkau (Muhammad) perhatikan bagaimana Tuhanmu telah 
       bertindak terhadap pasukan bergajah?
2.    Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka itu sia-sia?
3.    Dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong
4.    Yang melempari mereka dengan batu dari tanah liat yang dibakar
5.    Sehingga mereka dijadikan-Nya seperti daun-daun yang dimakan (ulat)
Surah Al-Fil yang mempunyai 5 ayat ini diwahyukan di Makkah. Di dalam surah ini Allah SWT menceritakan kepada Rasul-Nya SAW sebuah kisah tentang pasukan tentera bergajah yang hendah menghancurkan Baitullah, Kaabah. Kemudian Allah SWT mengalihkannya kepada satu pengajaran yang menunjukkan betapa besar kekuasaan dan balasan Allah SWT terhadap orang yang mengotori kehormatan rumah suci-Nya. Allah SWT memerintahkan bala tentera-Nya iaitu sekumpulan burung Ababil untuk menghancurkan pasukan itu sehancur-hancurnya sehingga tidak ada lagi yang tertinggal kecuali kesan-kesannya sahaja. Mereka menjadi bagaikan daun-daun yang dimakan ulat.
Oleh itu, bolehlah kita cuba amalkan dengan yakin cara yang telah disebutkan diatas bagi membantu mengubati penyakit kanser dan penyakit-penyakit lain dengan wahyu Allah ia itu al-Quran. Perkongsian ilmu ini dipetik melalui pembacaan dari majalah MILENIA MUSLIM bil.90. ruangan kesihatan.
### Allah banyak sekali bersumpah dengan tumbuh tumbuhan di dalam Al Quran. Berapa banyakkah manusia yang mengambil manfaat dari tumbuhan atau mengkaji dengan terperinci akan potensi tumbuh2an dalam perawatan kanser atau sekurang kurangnya dapat menambah kualiti hidup para pesakit kanser --- hanya sedikit saja !!!

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.