Ubat
Gigi Arang
Pernah
dengar gigi orang zaman dulu utuh sampai ke usia tua dan tidak reput malah
kekal putih bersih? Mereka tidak menggunakan bahan kimia florida yang
ditambah ke dalam ubat gigi pun !!!
Arang yang terbaik mutunya bunyi ceritanya disediakan dari tempurung kelapa.
Pokok kelapa memang tersohor mempunyai 1001 kegunaan dan orang kita memang
tidak lengkap hidup mereka tanpa kelapa! Manakala arang kedua terbaik
disediakan dari kayu bakau yang dibakar (dihangatkan) menjadi arang ! Kayu atau
tempurung yang dihangatkan menjadi hitam ( dipanggil arang kayu bakau/tempurung
) mempunyai banyak ruang poros yang mampu memerangkap sebarang toksin dalam
mulut anda. Ia mampu menyerap bahan
kimia dalam mulut dan menyebabkan pH mulut menjadi neutral. pH mulut yang baik
sebenarnya bersifat sedikit alkali! Namun demikian, sisa makanan yg terlekat
dicelah gigi dan gusi akan menjadi makanan bakteria. Hasil sampingan
metabolisma bakteria menghasilkan asid yang boleh mereputkan gigi!! Justeru
penggunaan arang dapat mengurangkan kesan asid daripada aktiviti bakteria dalam
mulut anda ! ! !
Malang
sekali, orang sekarang malas untuk menyediakan arang bagi membilas gigi mereka.
Kononnya ia kerja remeh dan lebih mudah membeli ubat gigi di pasaraya! Sedih
juga kerana tiada syarikat ubat gigi mahu menjadikan arang sebagai produk
kerana warnanya yang hitam boleh menggelapkan lantai bilik mandi anda dan
memburukkan pandangan dalam bilik air.
Bahaya
Ubat Gigi Florida
Tahukah kita tentang ubat
gigi yang berada di pasaran kini mengandungi bahan ramuan yang lebih beracun
daripada plumbum dan hanya kurang sedikit kadar keracunannya daripada arsenik?
Bahan ramuan ini merupakan sisa keluaran industri baja dan ia digunakan dalam
sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Dan
bahan itu ialah Fluorida.
Penggunaan fluorida yang
tercatat di atas label sebagai “sodium monofluorophosphate” (smlp) atau “sodium
fluoride” dalam ubat gigi bagi mencegah kerosakan gigi juga di pertikaikan
kerana terdapat bukti mengenai keracunannya. Dan menurut beberapa laporan,
fluorida boleh mengubah sel-sel normal menjadi sel kanser.
Tinjauan CAP (Persatuan
Pengguna Pulau Pinang) keatas label mendapati semua ubat gigi berfluorida juga
mengandungi enam bahan kimia yang berkarsinogen. Jadi, untuk mengetahui sejauh
manakah ubat gigi anda bertoksik lihat gambar gambar berikut.
KENAPA
UBAT GIGI BERFLOURIDA BAHAYA?
Pentadbiran Makanan &
Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai ‘ubat baru yang tidak
diluluskan’ kerana tiada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya.
Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan
kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang
digunakan dalam pergigian) telah mengelaskan fluorida sebagai ubat untuk gigi
yang tidak diluluskan disebabkan kandungan racunannya yang tinggi.
Satu tinjauan dijalankan
dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat dan
didapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida, telah
menelan antara 0.3 – 0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi. Bermakna anda
menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang sepatutnya dengan
hanya memberus gigi.
MENGAPA
KITA TIDAK PERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?
- Dos fluorida harian yang diterima
melalui pemakanan sudah mencukupi untuk keperluan seseorang.
- Pihak berkuasa di Malaysia telah
menambah fluorida ke dalam sistem bekalan pengairan. Oleh itu, setiap
titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang
kepada penambahan fluorida sedia ada.
- Makanan harian seperti sayuran juga
terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain.
- Fluorida juga terdapat pada tulang ikan
seperti ikan bilis dan sardin.
Oleh sebab itu, kita tidak
memerlukan fluorida tambahan daripada ubat gigi atau ubat kumur, yang mampu
memudaratkan kesihatan.
KESAN FLUORIDA :
- Kematian
- Kanser
- Ruam kulit
- Luka kanser
- Kelunturan warna gigi
- Masalah gastrik
- Kerapuhan tulang
- Keracunan saraf
- Kanser tulang
- Keretakan tulang
- Menyebabkan masalah IQ di kalangan kanak-kanak
- Meransang masalah buah pinggang
Mengikut kajian, fluorida
mampu meresap menerusi gusi, kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yang menelan 50%
daripada ubat gigi ketika memberusnya, terdedah kepada risiko kanser.
PERINGATAN:
Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan
kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama.
Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.