Rabu, 12 Disember 2012

Telur tiruan disiasat


Telur tiruan di pasaran disiasat

ARKIB utusan : 09/04/2011 Oleh SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM
pengarang@utusan.com.my

 

KUALA LUMPUR 8 April - Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan terperinci terhadap telur tiruan yang dijual di pasaran tempatan.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sebanyak tiga sampel telur telah diambil di Pulau Pinang dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis bagi menentukan ketulenannya. Katanya, jika keputusan analisis menunjukkan ia sah tiruan seperti didakwa, maka tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab.
 
''Sehubungan itu, orang ramai tidak perlu risau dan diharap tampil membuat aduan jika meragui tentang ketulenan telur yang dibeli. ''Aduan terbabit boleh disalurkan kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan atau melalui laman web http://fsq.moh.gov.my," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurut Liow Tiong Lai, perbuatan menjual telur tiruan adalah satu kesalahan mengikut seksyen 14(1) dan 14(2) Akta Makanan 1983 dan Peraturan 171(1) Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Katanya, jika sabit kesalahan di bawah seksyen 14(1) iaitu larangan menjual apa-apa makanan yang bukan daripada jenis, bahan atau kualiti bagi makanan tersebut, boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.