Rabu, 12 Disember 2012

Mi Kuning Selamat dimakan?


Adakah Mi Kuning Selamat dimakan?

Semua penjual mi mahukan untung. Tiada peniaga yang mahu rugi apabila berniaga. Justeru, mi yang dijual mesti tahan lama. Lagi lama laaaaaagiiiii bagussszz. Mi yang tahan lama maksudnya, ia tidak mudah basi. Basi erti katanya telah dimakan oleh bakteria yang menapaikan zat kanji yg ada dalam mi bertukar menjadi masam. Oleh itu, bagi menghalang bakteria dari dapat tumbuh pada kanji mi, bakteria ini perlu dibunuh (dibasmi kuman atau dinyah kuman). Justeru setiap mi perlu dibubuh pengawet. Bagi meningkatkan julat keuntungan, pengawet mestilah murah dan kuat iaitu apa jenis bakteria pun mesti mati apabila tercium atau tersentuh saja pengawet jenis ini. Pengawet yang dimaksudkan adalah borik asid. Telah dibincangkan bahawa barah suka persekitaran darah berasid! Bagi menjadikan mi tampak menarik, ia perlu dibubuh warna kuning dan seboleh bolehnya warna pun mesti murah bagi meningkatkan lagi untung!

Mi tanpa pengawet hanya tahan 2 hari sahaja. Paling lama pun 3 hari itupun kalau nasib baik... Justeru bagi memastikan mi tahan sekurang kurangnya 5 tahun, jumlah pengawet yang digunakan mesti dalam kuantiti yang banyak! Jika tidak, mi akan cepat basi dan peniaga akan rugi. Peniaga dan pembuat mi tidak sekali kali akan membenarkan perkara ini berlaku. Justeru, selalunya mereka akan meletakkan kuantiti borik asid dengan banyak ke dalam mi kuning.

Ujian ringkas : Jika produk mi mengandungi pengawet borik asid yang banyak, mi akan bertukar warna merah jambu apabila terkena kuah kari. Mungkin perubahan warna ini disebabkan oleh kunyit di mana kunyit bertukar merah dalam persekitarn berasid

Lain kali apabila membeli mi:

1.   Pastikan mi itu tiada berpengawet:

a.   Mi tiada pengawet tak tahan lama ( mi itu basi dalam masa kurang 2 hari).

b.   Mi berpengawet boleh tahan bertahun tahun bergantung kepada kuantiti pengawet yang digunakan. Semakin banyak pengawet digunakan semakin lama mi itu tahan tanpa basi, semakin untung empunya kedai.

 

2.   Pastikan mi itu tidak bertukar kepada merah jambu apabila terkena kuah kari.

a.   Mi tidak bertukar warna ke merah jambu – tiada pengawet

b.   Mi bertukar warna ke merah jambu – ada pengawet

 

3.   Pastikan anda percaya dengan syarikat pengeluar mi atau penjual mi seorang yang jujur serta boleh dipercayai.

Hal yang diatas adalah lebih kurang sama ceritanya dengan kue tiaw, bee hoon, kicap, sos dan produk yang seangkatannya di mana kimia pengawet digunakan secara berleluasa.. untuk menyebabkan makanan menjadi putih, chemical bleaching ( pelunturan warna secara kimia ) digunakan.

Psst-psst : -  Untuk jangka waktu lama, kesan jangka panjang pendedahan kepada berbagai kimia dalam makanan ( asid borik, kimia pengawet, pengemulsi, pewarna tiruan, perisa tiruan, aroma tiruan, aditif makanan dsbnya ), tidak keterlaluan dikatakan setiap orang yang memakannya boleh dihinggapi penyakit rosak buah pinggang, bayi dilahirkan cacat, masalah mandul, IQ rendah, barah usus, barah hati dan lain lain barah lagi ....




8 kali denda tapi tak serik


Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my
GEORGE TOWN - Seorang pemilik kilang memproses makanan di Jelutong di sini tidak serik walaupun telah lapan kali didenda atas kesalahan sama menggunakan bahan pengawet asid borik dan asid benzoik dalam produk makanan yang dikeluarkan sejak lima tahun lalu. Semalam, tertuduh Gooi Soon Chye, 45, iaitu pemilik kilang Teoh Guan Hup Food Stuff Industries buat kali kesembilan dijatuhi hukuman denda atas kesalahan menggunakan bahan pengawet itu oleh Mahkamah Majistret Balik Pulau di sini. Soon Chye mengaku bersalah atas keenam-enam pertuduhan terhadapnya kerana menggunakan asid borik dan asid benzoik dalam produk makanan keluaran kilangnya. Majistret Mohd. Firdaus Abdul Wahab kemudian menjatuhi hukuman denda sebanyak RM22,500 terhadap enam kesalahan itu dan penjara 22 bulan jika tertuduh gagal menjelaskan denda tersebut. Mengikut pertuduhan, kilang tersebut didakwa menggunakan bahan pengawet asid borik dan asid benzoik ketika menghasilkan mee kuning, kuey teow, hor fun dan bee tai bak. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 13B(2)(d) Akta Makanan 1983 (Pindaan 2002) dan dihukum mengikut Seksyen 13B(4) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.









 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.