Rabu, 12 Disember 2012

susu bayi tercemar sangat teruk


Keadaan masalah susu tepung tercemar sangat teruk

19/09/2008 3:51pm

ARKIB : 19/09/2008

 

BEIJING 19 Sept. _ Hampir 10 peratus daripada contoh susu yang diambil daripada syarikat tenusu utama di China didapati tercemar kerana mengandungi bahan melamine, lapor sebuah badan pemerhati kualiti China.

Mereka melakukan ujian ke atas susu-susu tepung yang telah menyebabkan kematian ke atas empat orang bayi di negara ini.

Pemeriksaan yang dijalankan di seluruh negara itu, mendapati masalah pencemaran susu tersebut adalah lebih teruk berbanding masalah susu tepung basi yang telah menyebabkan beribu-ribu bayi mengalami masalah kesihatan.

Namun, para pegawai mengeluarkan kenyataan bahawa kebanyakan susu adalah selamat untuk diminum, bagi mengembalikan keyakinan orang ramai yang sebelum ini merungut mengenai keselamatan makanan termasuk telur, daging babi dan makanan laut sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Agensi Pentadbiran Umum untuk Pengawasan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin menyalahkan dua syarikat keluaran tenusu utama di China melalui kenyataan dalam laman web mereka (www.aqsiq.gov.cn).

Hampir satu persepuluh sampel susu-susu tepung dari Mengniu Dairy dan Inner Mongolia Yili Industrial Group Co Ltd. setelah diuji didapati mengandungi melamine, bahan yang diharamkan dalam makanan, kata agensi itu. - Reuters

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.