Rabu, 12 Disember 2012

Bergelumang dengan Radioaktif


Bergelumang dengan Radioaktif


Dr Nor Salita Ali.... = personaliti menghiasi kolum Kerjaya dan Perubatan. Dr Nor Salita Ali mencatat sejarah menjadi antara  5 orang graduan sulung peringkat sarjana perubatan nuklear pertama di Msia dan Asia. Ruj : iSihat Disember 2012.

Dr Nor Salita Ali.... = bekerja dengan radioaktif yakni beliau menjalankan diagnosis hasil imbasan dari MRI, PET CT Scan dsbnya.

Semasa menjalankan prosedur PET CT, pesakit barah akan diberi cecair radioaktif Fluorodeoxyglucose (FDG18) atau Galium 68. Biasanya 30 mCi akan diberi kepada anda! Sekiranya sel sel kanser anda itu biol (poor uptake by cancer cells) dan tak berapa nak mengambil Fluorodeoxyglucose (FDG18) atau Galium 68 ini, dos sukatan radioaktif yang lebih besar setinggi 80 - 150 mCi akan diberi kepada anda melalui suntikan intra vena!  Dos sukatan radioaktif yang lebih besar setinggi 80 - 150 mCi  ini sebenarnya boleh memudaratkan orang di sekitar pesakit!! Tetapi malangnya, kesan sampingan atau kesan advers Fluorodeoxyglucose (FDG18) atau Galium 68 ini tidak diberitahu kepada anda sebagai pesakit kanser yang sedang berbaring dalam mesin PET CT!!! Mereka menganggap anda sebagai pesakit kanser wajib menjalani  prosedur mesin PET CT itu walau apa pun kesan sampingannya ... Tanda tanda keracunan radioaktif Fluorodeoxyglucose (FDG18) atau Galium 68 juga tidak diberitahu kepada anda sebagai pesakit kanser !!! Kesemua pakar pakar seperti Dr Nor Salita Ali dan anggota anggota pembantunya akan menyorok di sebalik dinding konkrit semasa mereka menembak PET CT kepada anda. Mereka hanya melihat anda yang terbaring dalam mesin PET CT melalui dinding kaca ! Ya benar, mereka memisahkan diri mereka daripada anda kerana mereka tidak mahu terdedah kepada radioaktif yang telah disuntik ke dalam badan anda !! Bayangkan selepas prosedur ini, organ perkumuhan anda ( buah pinggang, hati, kelenjar peluh ) akan bertungkus lumus berusaha mengeluarkan radioaktif ini dari badan anda !!

Semasa anda berbaring dalam mesin PET CT Scan, tenaga radiasi yang dikeluarkan daripada Fluorodeoxyglucose (FDG18) atau Galium 68 yang telah disuntik ke dalam badan anda akan dikesan oleh mesin PET CT dan diterjemahkan dalam bentuk filem imbasan hitam putih! Selalunya sel sel kanser akan aktif mengambil Fluorodeoxyglucose (FDG18) atau Galium 68 dan uptake aktif dari sel kanser mungkin berwarna putih dalam filem ...

Tetapi, di manakah hak pesakit kanser bagi mengetahui apa yang disuntik ke dalam badan mereka. Pesakit dinafikan hak untuk memilih rawatan terbaik bagi diri mereka dan di mana etika kedoktoran yang gagal memberitahu akan kesan sampingan radioaktif yang mereka gunakan ? Ya ini kerana doktor doktor moden berpegang kepada prinsip dibawah yang digantungkan dalam wad/klinik onkologi:

Berapa tahun anda dapat hidup selepas menjalani kimoterapi @ radioterapi
Kadar kejayaan rawatan kanser yang telah diberikan kepada anda
1
20% telah berjaya
2
40% telah berjaya
3
60% telah berjaya
4
80% telah berjaya
5
100% telah berjaya
6
100% telah berjaya + bonus setahun dapat hidup

Ya memang benar, mereka hanya berikan 5 tahun sahaja untuk pesakit kanser dapat hidup walhal ajal maut itu adalah ketentuan Allah. Inilah akibatnya apabila sangat bergantung kepada Barat untuk belajar ilmu-ilmu perubatan sedangkan pada awalnya dahulu, bangsa Barat itu sendiri merempat untuk merujuk kepada ilmuwan perubatan muslim. Tahukah anda semasa mereka hendak membancuh ubat kimoterapi ini, mereka sangat risau akan kesan samping ubat kimoterapi lalu mereka memakai 2 helai sarung tangan, face mask, face shield, apron dsbnya takut2 kalau ubat kimoterapi yang mereka bancuh itu terpercik ke kulit mereka lalu mencemarkan badan mereka melalui resapan...

Selepas prosedur PET CT Scan selesai, anda sebagai pesakit akan dikuarantin dalam wad sehingga paras radioaktif Fluorodeoxyglucose (FDG18) atau Galium 68 dalam badan anda kembali ke aras Normal dan tidak memudaratkan orang lain! Kemudian barulah anda boleh di discaj dari wad ! Masa anda dikuarantin dalam wad mungkin antara 1 hingga 3 hari sebelum aras radioaktif dalam badan anda kembali rendah menghampiri paras Normal ( paras Normal = radioaktif tidak dapat dikesan dalam air kencing anda ).

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.