Rabu, 12 Disember 2012

Kayu Beracun


Kayu Beracun

Tahukah anda bahawasanya kayu yang membuat alang atau kekuda atap rumah anda adalah beracun? Memang benar, kayu yang digunakan untuk membuat rumah di Malaysia dirawat dengan bahan kimia terlebih dahulu untuk mengelakkan kayu-kayu dari dimakan anai anai, bubuk atau serangga perosak kayu. Kayu kayu akan direndam dalam pengawet kimia sehingga beberapa waktu sehingga kimia ini sebati dalam kayu. Kemudian barulah kayu ini akan dijual kepada anda.

Apakah bukti kayu kayu dalam rumah anda beracun?

Bagi di kalangan para penternak lebah kelulut, spesis lebah kelulut amat sensitif kepada kimia dalam kayu. Umpamanya, pekerja lebah kelulut mati hanya dalam masa 30 minit saja selepas mereka dipindahkan dari sarang asal ke dalam kotak kayu yang telah dirawat dengan bahan kimia perawat kayu. Ratu lebah kelulut juga akan mati selepas diletakkan ke dalam kotak kayu yang telah dirawat dengan bahan kimia perawat kayu. Lebah kelulut sangat bergantung kepada deria bau bagi mengenalpasti sarang, ratu, kawan atau lawan. Apabila kotak kayu yang digunakan sebagai sarang lebah kelulut mengandungi pegawet kimia, kimia ini akan mengganggu deria bau lebah kelulut dan juga boleh meracuni lebah kelulut seterusnya membunuh seluruh lebah kelulut. Perkara ini telah dibuktikan oleh MARDI sendiri.

Bagaimana mengetahui kotak kayu itu beracun?

1.   Ratu lebah kelulut keluh kesah dan keluar dari sarang (Biasanya ratu tidak keluar dari sarang).

2.   Anak anak lebah kelulut mati serta merta.

3.   Ratu tidak berada di kawasan telur atau involukrum (Biasanya ratu akan berada di kawasan ini sahaja ).

4.   Ada lebah pekerja mengejar atau menyerang lebah ratu .

Jika kayu dalam rumah anda beracun apa kesan kepada kesihatan anda?

 

Badan manusia mengambil masa yang lama untuk dapat melihat kesan kesan sampingan pendedahan bahan kimia kepada badan anda. Cara sistem pernafasan manusia berbeza dan lebih rumit berbanding sitem pernafasan lebah kelulut yang lebih ringkas. Bagi badan manusia, gas oksijen larut dalam cecair alveolus dan meresapi masuk ke dalam jaringan salur darah halus dalam paru paru anda. Kimia berbahaya juga memasuki darah manusia dengan cara yang sama. Semua oksijen, vitamin zat-zat yang berguna serta kimia berbahaya akan dibawa ke seluruh bahagian tubuh manusia. Kimia terlarut ini mengambil masa bagi merosakkan buah pinggang, sistem saraf, hati dan lain lain organ manusia. Pembentukan sel sel kanser juga berlaku secara beransur ansur, senyap senyap, perlahan lahan tanpa anda sedari dan tidak seperti lebah kelulut yang kesannya adalah kematian serta merta.

Kenapa dalam badan lebah kelulut, kesan keracunan kimia berlaku secara serta merta?

Ini kerana badan lebah kelulut adalah berjuta kali ganda lebih kecil dari badan anda. Bahan kimia dapat sampai ke serata pelusuk badan lebah kelulut terutamanya sistem saraf lebah kelulut dengan sempurna. Lebah kelulut bernafas terus dari udara di luar badannya yang dapat memasuki badan mereka melalui sistem rongga. Ia sama seperti sistem pernafasan lipas, kala jengking, lipan, lelabah dsbnya. Justeru, bahan  kimia dalam udara akan terus meracuni sistem saraf lebah kelulut dan menyebbakan kematian mereka. Justeru lebah kelulut boleh menjadi petunjuk biologi bagi melihat kayu di rumah anda tercemar dengan bahan kimia atau tidak.

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.