Ahad, 15 April 2012

KHASIAT MINYAK KELAPA DARA

Kelapa merupakan satu buah yang cukup terkenal sekali, bahkan hampir satu dunia mengetahuinya. Jika dilihat di negara kita sendiri, penggunaannya cukup meluas, airnya sebagai penyejuk badan, santannya digunakan dalam masakan dan pelbagai lagi. Tetapi ramai di antara kita masih belum tahu lagi keajaiban yang terkandung di dalamnya. Bebaru ini, mungkin sudah beberapa tahun, orang semakin mengenali Minyak Kelapa Dara ataupun dalam Inggerisnya, Virgin Coconut Oil (VCO). Dr. Bruce Fife, pakar pemakanan dan kesihatan yang mengkaji mengenai minyak ini telah memperkenalkan dan menyedarkan ramai orang mengenai khasiat dan keajaiban minyak kelapa ini.
http://www.coconutresearchcenter.org/savethechildren.htm

Sesetengah orang menganggap bahawa santan dan minyak kelapa ini antara penyebab penyakit jantung, kegemukan. Kajian mendapati bahawa minyak kelapa terdiri daripada asid lemak rantai sederhana, Medium Chain Fatty Acid (MCFA) yang sebenarnya tidak merbahaya. Kebanyakan minyak sayuran seperti minyak jagung, kacang soya, sebenarnya lebih merbahaya kerana ianya terdiri dari LCT (Long Chain Triglyceride).

Medium Chain Triglyceride yang terdiri daripada MCFA mempunyai saiz molekul yang lebih kecil berbanding LCT. Kadar metabolism berbeza bergantung pada kepanjangan rantai lemak tersebut. Kadar kalori MCT lebih rendah berbanding LCT, malah ianya mudah ditukarkan kepada tenaga untuk sel-sel badan. Ianya juga tidak bebas dalam darah seperti lemak, juga boleh merentasi membran sel tanpa menggunakan 'carnithine trasferase', membuatkan minyak kelapa ini sesuai untuk mengubati pesakit diabetes.
Dr. Bruce menerangkan bahawa apabila dunia sedang menjauhi lemak (low-fat/ free-fat), kadar obesiti dan pesakit yang menghidap sakit jantung sebenarnya semakin meningkat. Sebahagiannya telah saya tulis diatas, tetapi untuk pemahaman lebih lanjut, layari
http://www.coconutresearchcenter.org/article10065.htm

Minyak kelapa dara bukan sahaja membekalkan tenaga kepada badan, tetapi ianya juga mempunyai sifat anti-bakteria, anti-fungi malahan sebagai anti-virus. Kajian mendapati ianya mengandungi asid lemak dipanggil lauric acid ataupun "monolaurin". Di sini saya sertakan link yang menunjukkan beberapa kajian mengenai kesan anti-microb oleh minyak kelapa.
http://www.coconutresearchcenter.org/coconut-research.htm

Dr. Mary Enig juga menerangkan mengenai kesan monolaurin yang didapati dapat mengubati AIDS. Ianya dapat menyahaktifkan virus seperti measles, herpes, vesicular stomatitis dan cytomegalovirus. Monolaurin mengganggu dan merosakkan membran lipid pada enveloped virus, malah kesan antiviralnya lebih baik dari caprylic acid (C-10) dan myristic acid (C-14).
http://www.aspartame.ca/page_oho2b.htm

Selain itu, minyak kelapa juga menghalang pembentukan "free-radical" dan mencegah kanser. Ini kerana sesetengah kanser adalah disebabkan oleh virus yang menyerang sel-sel badan dan mengganggu DNA sel tersebut. Jika kita lihat balik, sebenarnya didalam susu ibu juga mengandungi MCT yang membantu memberikan daya tahan badan kepada bayi. Secara tidak sedar, bahan semulajadi seperti kelapa ini sudah cukup menjadi "antibiotik" bagi kita. Semoga dengan penjelasan yang serba ringkas ini dapat memberi manfaat kepada kita, insyaAllah.


 
Cara Buat Minyak Kelapa Dara
Natharuddin berkata, bagi menghasilkan minyak kelapa dara memerlukan kelapa yang betul-betul tua atau telah gugur dengan sendiri. Menurutnya, apa saja jenis kelapa boleh digunakan asalkan sudah cukup matang atau tua. Bagi menghasilkan satu liter minyak kelapa dara, Natharuddin memerlukan 10 hingga 20 biji kelapa. Kelapa parut diperah dan ambil santannya. Santan + air dengan nisbah 1:1. Umpan dibubuh pada campuran santan tadi bagi menarik minyak kelapa dara. Simpan campuran ini selama 10 hingga 15 jam pada suhu bilik. (Minyak kelapa dara yang diletakkan di atas lapisan santan bertindak sebagai ‘umpan’ atau pemangkin dalam penghasilan minyak kelapa dara). Selepas 10-15 jam akan terdapat tiga lapisan. Lapisan minyak kelapa dara terletak di lapisan tengah. Lapisan minyak tadi akan diasingkan dan ditapis menggunakan kertas turas atau tisu dengan kapas. Selepas itu hasil turasan akan dibekukan bagi mengasingkan getah kelapa yang menyebabkan bau tengik. Selepas minyak tadi cair, ia akan dituras dua kali lagi dengan menggunakan lapisan kapas lebih ketat yang mengambil masa lebih kurang lima hari. “Biasanya proses menghasilkan minyak kelapa dara mengambil masa lebih kurang seminggu,” katanya. Natharuddin berkata, secara purata beliau boleh memproses sehingga 200 biji kelapa sehari bagi menghasilkan 10 liter minyak kelapa dara bergantung kepada permintaan. Mengenai pasaran, beliau menjalankan pemasaran secara kecil-kecilan dan menerusi ekspo dan pameran. Mereka yang berminat untuk mendapatkan minyak kelapa dara Natharuddin boleh menghubunginya di 019-2991347
ruj: http://harizamrry.com/2009/05/15/minyak-kelapa-dara-sungai-besar/

 


2 ulasan:

  1. Salam,
    Kami memproses VCO secara kecil-kecilan, sebelum menemui VCO, kami sering masak minyak kelapa untuk kegunaan sendiri, namun alhamdulillah dalam trial n error kami menemui cara mendapatkan VCO tidak pula kami di kampung ni menjalani kursus. Kemudian pabila masuk ke internet baru tahu bahawa sudah berkembang product ini. Syukranlillah.
    Persoalan nya,, setelah seminggu,, minyak ni ada mengeluarkan bau tengek sedikit, bagaimana harus kami hilangkan bau nya. Minta nasihat dari en, Nasruddin dan en. Faiz,, terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Untuk hilangkan bau tengek boleh dihilangkan dengan menapisnya dengan kain kapas bersih beberapa kali. Jangan guna penapis nylon atau plastik kerana ia mengeluarkan sebatian dioxin, agen penyebab barah. Kelapa perlu dari yg benar benar matang dan jangan terambil produk kukuran tempurung kelapa. Untuk lebih terperinci, tuan boleh berhubung atau dapatkan bantuan dari Jabatan Pertanian atau Pejabat Mardi terdekat. Tak silap saya ada kursus percuma untuk pengusaha VCO kecil kecilan.

      Padam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.