Ahad, 15 April 2012

Info Penting Mengenai Kanser

Info Penting Mengenai Kanser
Setiap orang dari kita mempunyai sel kanser di dalam tubuh masing- masing. Sel kanser ini tidak dapat dikesan melalui ujian biasa sehingga ianya membiak ke jumlah beberapa ribu juta. Sel kanser hanya akan dikesan apabila ia telah membesar ke satu saiz yang mampu dikesan.
Disenaraikan maklumat penting agar kita dapat mengambil langkah bagi mencegah penyakit kanser:
1. Seseorang akan mendapat sel kanser sebanyak 6 hingga 10 kali di dalam hayatnya.

2. Sistem imun yang sihat akan memusnah dan menghalang sel kanser dari membiak dan membentuk tumor.

3. Kanser mungkin disebabkan oleh kekurangan zat makanan, alam sekitar, gaya hidup, makanan dan genetik.

4. Perubahan diet dan pengambilan makanan tambahan yang sesuai boleh mengekalkan kesihatan sistem imun.

5. Rawatan kemoterapi memusnahkan sel kanser, tetapi dalam masa yang sama ia turut memusnahkan sel tubuh yang sihat. Begitu juga dengan rawatan radiasi.

6. Untuk membiak, sel kanser memerlukan makanan yang diperolehi melalui:
o Pengambilan gula; dengan mengurangkan pengambilan gula, ianya dapat memutuskan bekalan makanan kepada sel kanser. Pemanis tiruan bukan pengganti yang baik. Pengganti yang lebih baik ialah madu asli. Pemanis tiruan = Aspartame = boleh merosakkan buah pinggang – kalau ginjal rosak = anda kena dyalisis pula. Sekali dyalisis RM 200++ ; dyalisis 3 x seminggu oleh itu anggaran sebulan = RM 200 x 12 = RM 2400!!! Belum termasuk bayaran caj pakar dan caj ubat-uabatan yang sudah tentu tidak murah!!!
o Garam halus; bahan kimia digunakan untuk membuat ia kelihatan putih, baik untuk sel kanser. Bertukar kepada garam laut atau garam bukit yang tidak mengandungi sebarang pewarna dan kimia anti beku (anti-caking agent).
o Susu membuat tubuh menghasilkan mukus/lendir terutamanya di trek usus perut. Sel kanser memakan mukus. Bertukarlah kepada susu soya tanpa gula.
o Sel kanser subur dalam persekitaran berasid. Makanan berasaskan daging adalah berasid. Lebih baik untuk memakan ikan atau sedikit ayam. Daging juga mengandungi antibiotik, hormon pembiakan dan parasit yang membahayakan terutamanya kepada pesakit kanser.

Sejak bertahun dipercayai bahawa keturunan (genetik) merupakan faktor utama yang menyumbang kepada risiko seseorang akan mengidap kanser. Kajian terbaru mendapati bahawa kira-kira 90% dari pengidap kanser tidak mempunyai sejarah kanser dalam keluarga mereka. Kajian tersebut juga mendapati bahawa penyumbang terbesar kepada risiko kanser adalah faktor persekitaran seperti merokok, permakanan, infeksi, arak, dadah, bahan kimia, tekanan dan radiasi. Kebanyakkan julat umur pengidap kanser telah menurun dari 40 – 70 tahun ke 20 – 40 tahun iaitu umur pengidap telah menjadi semakin muda !!!
Berikut disenaraikan maklumat tambahan yang anda perlu tahu mengenai kemoterapi dan radiasi:
1. Rawatan awal kemoterapi dan radiasi biasanya dapat mengecilkan saiz tumor. Namun begitu penggunaan kemoterapi dan radiasi yang berpanjangan tidak menjamin lebih kemusnahan tumor.

2. Kemoterapi dan radiasi meninggalkan banyak toksid yang boleh menjejaskan atau memusnahkan sistem imun, jesteru pesakit akan terdedah kepada pelbagai jangkitan dan masalah kesihatan.

3. Kemoterapi dan radiasi juga boleh menyebabkan sel kanser membina sistem pertahanan sendiri yang membuat ia lebih susah dimusnahkan.
Kita teruskan dengan langkah yang boleh diambil untuk mencegah dan mengatasi masalah kanser:
Sistem imun yang sihat merupakan pelindung utama dari penyakit kanser. Sistem imun mempunyai sel dinamakan "Sel NK (pembunuh semulajadi)", yang bertanggungjawab untuk memerangi sel kanser. Setiap saat dalam hidup kita, sel NK bekerja keras untuk membunuh sel kanser. Apabila sel NK gagal melaksana tugasnya, kita mendapat penyakit kanser. Kesihatan sel NK terjejas oleh faktor persekitaran yang dinyatakan di atas.

Perubahan diet boleh membantu anda memelihara kesihatan sistem imun dan seterusnya mencegah kanser. Diet yang terdiri dari 80% sayuran, buah-buahan dan jus segar, bijirin dan kacang dapat membantu tubuh berada dalam persekitaran alkali, atau persekitaran yang tidak baik untuk pertumbuhan sel kanser. Untuk memperolehi enzim bagi membina sel yang sihat, anda boleh meminum jus sayuran segar 2 atau 3 kali sehari. Enzim dari sayuran segar akan rosak pada suhu 104 darjah F (40 darjah S). Buah atau jus hendaklah diambil sekurang-kurangnya 30 minit sebelum mengambil makanan ruji. Beberapa makanan tambahan (Transfer Factor, IP6, Plant Polysaccharide, Echinacea, cendawan susu rimau , cendawan Shiitake, Cordyceps dll. ) telah dibuktikan (melalui ujian makmal) dapat memulihkan kesihatan sel NK. Untuk lebih berkesan ia perlu diambil bersama antioksidan dan coenzyme Q10.

Ingin bersama kami memerangi kanser? Jika ya, mula makan sihat dan hidup sihat sekarang!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.