Ahad, 15 April 2012

KEMUNTING CINA UBAT BARAH

Assalamualaikum guys... Suka tidak dengan pokok atas nih. Cantik bukan. Hmmmm... Sudah ler cantik ditambah pula boleh menjadi penawar penyakit barah darah atau LEUKEMIA. Penyakit LEUKEMIA memang sangat2 merbahaya dan boleh membawa maut kepada manusia. Kesakitan yang ditanggung amatlah terasa peritnya hingga si pesakit boleh tidak sedar dan pengsan. Tak sanggup rasanya melihat keadaan itu.

Disini kemungkinan ada yang sudah tahu akan khasiat pokok bunga Kemunting Cina. Difahamkan pokok Kemunting Cina ini boleh menghasilkan alkaloid vinblastina dan vinkristina yang boleh mengubati barah barah atau LEUKEMIA. InsyaAllah semua itu atas izin-Nya.

Cara2nya...
Ambil 20 gram Bunga Kemunting Cina yang berwarna merah atau putih dan jemur hingga kering. Sesudah itu rebus bunga tersebut dengan segelas air masak hingga menjadi separuh gelas. Biaran sejuk dan minumlah 2 kali sehari. Lakukan berulang kali setiap hari hingga sembuh. InsyaAllah....

Nota
Setiap yang kita lakukan haruslah disertakan dengan niat dan doa. Mohonah pada-Nya agar penyakit yang ditanggung sembuh sepenuhnya.. Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.