Ahad, 15 April 2012

KHASIAT TUNJUK LANGIT

KEHEBATAN BUAH TUNJUK LANGIT (SKY FRUIT) KENAPA SKY FRUIT (TUNJUK LANGIT)

LAPORAN TERKINI
Sehingga tahun 2004, seramai 1.6 JUTA rakyat Malaysia mengidap kencing manis. Mengenai AIDS pula, 3 orang mati kerana AIDS dalam sehari, manakala 19 kes baru HIV dikesan setiap hari di seluruh negara - kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia.

TAHUKAH ANDA
Malaysia merupakan NEGARA KEDUA TERTINGGI di Asia Tenggara dengan 3,825 kes kanser payudara yang dikesan dan 1,707 kematian yang disahkan pada tahun 2000.
STROK/ANGIN AHMAR:
Setiap tahun, terdapat seramai 40,000 - 50,000 orang penduduk Malaysia diserang strok (80% berbangsa Cina). Setiap hari, purata seramai 137 orang yang diserang penyakit tersebut.

KENCING MANIS:
Kajian penyelidikan tahun 2000, menjangka bahawa pada tahun 2005, 25% daripada penduduk di Malaysia akan diserang penyakit kencing manis.

SAKIT JANTUNG:

Sepanjang sepuluh tahun iaitu dari 1990 hingga 2000, mangsa penyakit jantung meningkat sebanyak 46%. Tahun 2000 sahaja, 103,512 mangsa penyakit jantung dan dari jumlah itu seramai 7,037 telah meninggal dunia akibat sakit jantung. Ini menunjukkan bahawa purata seramai 287 orang diserang penyakit jantung pada setiap hari.

KANSER:
Setiap tahun, 9 juta orang mengidap penyakit barah atau kanser ini. Seramai 5 juta dari jumlah itu telah meninggal dunia akibat jangkitan penyakit barah.

Di Malaysia, kira-kira 30,000 - 40,000 orang mengidap penyakit barah setiap tahun dan ini menunjukkan bahawa purata 109 orang dijangkiti penyakit barah setiap hari
KEBANYAKAN TUBUH BADAN RAKYAT MALAYSIA DICEMARI RACUN MAKHLUK PEROSAK YANG TINGGI
(Dipetik dari artikel akhbar tempatan bertarikh 24hb Ogos, 2002)
Dua juta rakyat Malaysia meninggal dunia akibat serangan penyakit asma. Kebanyakan tubuh badan penduduk Malaysia tercemar denga kandungan pembasmi serangga yang tinggi. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO): Taraf kesihatan di Malaysia amat membimbangkan di mana 23 tahun kemudian bilangan mangsa yang mengidap kencing manis akan mencecah 1.6 juta orang.Mangsa penyakit jantung meningkat seratus peratus. 61% daripada penduduk Malaysia dilaporkan mengandungi tahap kolestrol yang tinggi dalam badan.
KEISTIMEWAAN SKY FRUIT TERHADAP MANUSIA
Pada tahun 1996, sekumpulan pakar teknologi Bio-kimia yang menjalankan penyelidikan (R&D) telah berjaya memperolehi suatu pertemuan yang penting tentang Sky Fruit ini iaitu kandungan Flavonoids dan Saponins yang tinggi. Kandungan ini hanya diketahui terkandung di dalam ginseng, ginkgo biloba, tongkat ali ataupun kacip fatimah sebelum ini. Kandungan flavonoids dan saponins yang tinggi secara semula jadi di dalam buah Sky Fruit mengatasi kandungan yang terdapat di dalam herba lain yang tersenarai di atas. Sky Fruit bukan sahaja mengandungi Flavonoids dan Saponins, malah juga mengandungi pelbagai sumber semulajadi seperti protein, mineral, vitamin, enzim, kabohidrat, asid lemak perlu, dan beberapa zat-zat penting yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Apakah fungsi utama Saponins dan Flavonoid itu?
FLAVONOIDS
1.Kajian penyelidikan menunjukkan bahawa Flavonoids berupaya membesarkan saluran darah, memperkuatkan keanjalan saluran darah dan berkesan dalam memperbaiki kelancaran peredaran darah.
2.Ia dapat mengurangkan kandungan kolestrol yang tidak baik dalam darah iaitu LDL.
3.Kajian penyelidikan menunjukkan bahawa Flavonoids dapat mengurangkan tahap gula, menyeimbangan tahap gula dalam darah.
4.Ia mempunyai fungsi penyingkiran redikal bebas.
5.Bertindak sebagai anti oksidan.
SAPONINS
1.Saponins dapat mempertingkat daya pertahanan tubuh badan manusia (sistem imuniti badan).
2.Dapat merangsang perembesan insulin dari pankrias dan seterusnya merendahkan tahap gula dalam darah, sesuai untuk kencing manis.
3.Saponins dapat mempertingkatkan fungsi pembinaan darah.
4.Kajian menunjukkan bahawa Saponins dapat melicinkan saluran nafas dan seterusnya menangani pelbagai penyakit yang berhubung kait dengan system pernafasan.
5.Saponins turut dapat mempertingkatkan daya penghasilan sperma kaum lelaki.
6.Ia dapat memperbaiki system peredaran darah sesuai digunakan untuk penyakit tekanan darah rendah, kekejangan otot, kesakitan dan sebagainya.
7.Ia juga dapat mengurangkan kandungan kolestrol tidak baik dalam darah iaitu LDL.
8.Saponins berkebolehan untuk menghilangkan kelesuan, mententeram fikiran dan otak serta memperbaiki insomnia.
9.Ia mampu untuk menguatkan hati dan mengelakkan kesan kemabukan terhadap toksin yang dimakan.
10.Sebagai agen untuk melambatkan proses penuaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.