Selasa, 12 Jun 2012

Duduk di Hutan Lebih Sihat

Duduk di Hutan Lebih Sihat

Mahligai ‘orang batu’

Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz dan Syazwan Msar
rnorain@hmetro.com.my
KUALA LIPIS: “Si orang batu.” Itu gelaran paling sesuai untuk menggambarkan corak kehidupan seorang warga emas di Kampung Mentara Baru, Merapoh, dekat sini, yang memilih untuk tinggal di celah batu. Bukan sehari dua, tetapi sudah lebih 50 tahun Chang Kee, 73, menjadikan kawasan berbukit batu di kampung berkenaan sebagai kediamannya, tanpa memperdulikan apa pun kata orang di sekelilingnya. “Walaupun rumah saya ini tidak sempurna, ia syurga bagi saya dan tidak sedikit pun berasa apa-apa kekurangan,” katanya yang lebih mesra dipanggil Ah Kee ketika ditemui Harian Metro, semalam.
Berdindingkan batu gunung dan beratapkan beberapa keping zink usang, Ah Kee yang masih bujang, tinggal dan menguruskan kehidupan hariannya seperti memasak dan sebagainya dengan sumber air diperoleh dari sungai berhampiran serta air hujan. Menurutnya, walaupun ada yang memandang sinis dan mencemuh ‘rumahnya’ itu, ia tidak sedikit pun menjadi ‘kudis’ buatnya, malah pernah menolak tawaran seorang individu yang ingin memberi rumah kepadanya.
P/S : Kisah ini dipetik sempena memerhatikan tahap kesihatan warga emas ini masih utuh, walaupun sedikit bongkok tetapi masih boleh berkebun pisang serta sayur seorang diri pada usia 73 tahun! Bekerja dalam suasana stres, hawa sejuk dan sedentari dikenalpasti serta telah disahkan dalam kajian saintifik sebagai faktor penyumbang kepada penyakit2 seperti darah tinggi, kencing manis, stroke mahupun kanser !!
Pak Cik Chang Kee, 73 tahun tidak mahu balik ke kampungnya walaupun setelah dipelawa oleh saudara mara! Beliau lebih selesa tinggal di dalam hutan dalam gua batu. Sebenarnya apabila memandang kehijauan hutan pada kedudukan objek infiniti, mata anda akan terpelihara daripada astigmatism!!! Justeru anda tak perlu pakai kaca mata walaupun anda sudah tua!! Sementara itu, bunyi cengkerik dan irama serangga/unggas hutan adalah ubat kepada telinga!!! Justeru, telinga anda akan terpelihara dari Noise Induce Hearing Lost (NIHL)...
Pak Cik Chang Kee juga meminum air mata air! Justeru dia terpelihara dari keracunan Klorin, Florin, Logam berat seperti paip air plumbum dsbnya!!! Selain itu, beliau menanam sayur sendiri justeru terhindar dari memakan racun rumpai, racun serangga dan racun kulat yang ada atas permukaan sayur seperti yang anda telah amalkan hari ini dan amalkan esok hari juga .... Pak Cik Chang Kee tidak memakan makanan segera justeru beliau terselamat dari ancaman trans-fat, MSG, pengawet makanan, pewarna makanan, perisa makanan, perasa tiruan makanan, aroma tiruan makanan, benzoic acid, pengawet formalin serta benzoic acid atas ikan dsbnya!!!
Pakcik  Chang Kee tidak punyai sebarang peralatan elektrik atau hand phone dalam rumahnya, justeru beliau terhindar dari pendedahan kepada medan elektrik, ELF, medan elektromagnet serta pancaran radiasi !!!
Perhatikan serta selamilah bagaimana Pak Cik Chang Kee masih boleh hidup gagah sendirian pada umur 73 tahun!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.