Selasa, 12 Jun 2012

Persekitaran Suhu Sejuk Sebabkan Kanser

Persekitaran Suhu Sejuk Sebabkan Kanser

Anda tinggal dalam suasana sejuk berhawa dingin sepanjang waktu? Anda melihat komputer selama 8 jam terus menerus tanpa berehat? Tiada beriadah untuk melonggarkan otot-otot dan sendi badan anda? Anda tidak menjaga makan tetapi makan apa2 saja yang ada iaitu yang mengandungi pengawet, pewarna, perisa, tran-sfat, MSG dsbnya? Anda terdedah kepada medan elektrik dan medan elektromagnet dari hand phone, komputer, ipad, smartphone, mesin fotostat, mesin cetak, microwave oven dan berbagai jenis lagi peralatan elektrik? Jika jawapan anda ya, wajarlah anda merasa risau dan mulai ambil langkah langkah yang sepatutnya!!!
Persekitaran Suhu Sejuk Sebabkan Kanser adalah satu hipotesis yang belum dibuktikan secara statistik atau saintifik; Namun demikian, teori di belakangnya adalah kukuh bagi memperjelaskan kejadian kanser di kalangan pengamal hidup pekerjaan sedentari di dalam persekitaran suhu sejuk. Persekitaran suhu sejuk yang dimaksudkan di sini adalah suhu tempat kerja anda yang bersuhu kurang dari 24Celcius. Umpamanya suasana anda bekerja yang bersuhu 18C atau 20C atau 21C adalah berisiko. Jika suhu lebih rendah keadaannya adalah lebih buruk dan tidak selesa!!!
Apabila berada dalam suasana sejuk dan sedentari, pernafasan anda menjadi amat perlahan dan penarikan udara ke dalam paru-paru tidak secara dalam dalam atau maksimum! Ia diburukkan lagi dengan tindak balas refleks rongga hidung anda yang bengkak mengembang ( Edema kerana dipenuhi air atau darah ). Tindakbalas otomatik ini adalah usaha semulajadi  badan anda bagi menghangatkan udara yang masuk ke dalam badan melalui rongga hidung. Badan anda cuba sedaya upayanya bagi memastikan udara yang masuk ke dalam peparu adalah bersuhu 37C. Akibatnya - sedikit saja udara dapat masuk ke dalam peparu kerana rongga hidung anda telah sempit.... Jika anda hipersensitif, rongga trachea dan bronchus serta bronchiole pula akan menyempitkan rongga mereka bagi memperlahankan udara sejuk dari masuk ke peparu. Memburukkan keadaan apabila saluran udara ini disempitkan lagi dengan bendalir atau mucous yang dikeluarkan oleh kilang mucous! Ini semua akan menyebabkan hanya sedikit udara yang dapat digunakan bagi proses pertukaran gas oksijen dan karbon dioksida berlaku dalam peparu anda !
Keadaan ini menyebabakan karbon dioksida terkumpul dalam badan anda! Oksijen pula sedikit saja yang berjaya dibawa masuk ke dalam aliran darah di dalam alveolus... Karbon dioksida dalam darah anda melarut dan membentuk karbonik asid! ini menjadikan darah anda berasid!!! Persekitaran berasid amat disukai oleh sel sel kanser untuk membiak serta untuk mereka hidup subur! Ingatlah bahawa sel sel kanser tidak dapat hidup dalam persekitaran beralkali!
Hidup sedentari memburukkan lagi keadaan di mana kaki anda yang selalu duduk tidak bergerak-gerak akan menyebabkan darah terkumpul di bahagian betis! Otot Soleus dan Gastrocnemius tidak digunakan semasa anda sedentari!! Otot Soleus dan Gastrocnemius ini sebenarnya berperanan sebagai jantung set assessori yang menolak darah dari kaki balik ke bilik kanan jantung!!! Akibat pengaliran darah yang lemah ini, sel sel kaki terus menerus bernafas menggunakan darah yang telah kehabisan oksijen di kaki anda! Ini memburukkan lagi keadaan berasid dalam badan anda!!! Justeru anda perlu bergerak gerak atau beriadah walau pun semasa anda bekerja di dalam opis!! Ingatlah bahawasanya beriadah adalah satu  bentuk cara berehat yang baik!! yang penting sekali adalah mematikan punca segala galanya iaitu suhu terlampau sejuk. Pihak pengurusan sesebuah bangunan dan jurutera bangunan seharusnya peka terhadap pengawalan suhu bilik dikekalkan pada suhu optimum iaitu 25C bagi mengekal serta memelihara tahap kesihatan manusia!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.