Selasa, 12 Jun 2012

Ikan Berformalin

Tertarik dengan berita di tv Indonesia mengenai penggunaan berleluasa kimia Formalin dalam mengawetkan ikan, ayam dan daging, aku ingin berkongsi tajuk ringkas dan bermanfaat ini. Pengusaha ikan dan ayam akan merendamkan ayam dan ikan mereka dengan larutan Formalin bagi memastikannya terus nampak segar dan bertahan lebih lama. Idea bijak dan merbahaya penjual ikan ini juga diamalkan di Malaysia.

Formalin adalah sejenis bahan kimia berbahaya yang disuntik  ke dalam vein mayat supaya mayat diawet menjadi tahan lama.  Namun bahan kimia ini amat merbahaya kepada kesihatan kita dan boleh menyebabkan kanser serta penyakit penyakit lain.... Sila googlekan di H S D B  


Jadi, bagaimana kita mengenalpasti bahawa ikan atau ayam yang kita hendak beli itu telah direndam dalam larutan Formalin?  Menurut berita tv Indonesia tersebut, ayam dan ikan yang mengandungi Formalin akan kelihatan melekit dan  berlendir.

Ada satu cara paling terbaik untuk mengetahuinya kerana  ikan-ikan itu TIDAK akan sesekali dihinggapi lalat.. Lalat akan berusaha menjauhi ikan ikan ini sejauh mungkin walaupun perutnya sedang bergerincing kelaparan.   .... Allah telah melengkapi lalat dengan deria yang lebih sensitif bagi memberitahu lalat tentang bahaya ikan ikan yang tercemar dengan formalin. Manusia pula walaupun tidak dikurniakan deria bau yang amat sensitif seperti lalat, insan telah dilengkapi Allah dengan akal serta ilmu yang telah mengatasi segala bentuk deria yang diberikan kepada haiwan..., mudah2an anda sebagai manusia menggunakan akal yang diberi Allah itu sebaik baiknya!!! Allah banyak kali mengingatkan manusia  agar mudah-mudahan manusia itu berfikir dengan akal kurniaan Allah itu... Sewajarnya kita amat berterima kasih kepada Allah yang telah mengurniakan kita akal fikiran yan telah mengatasi sekalian mahkluk Allah.... Sekarang tinggal lah anda sendiri samada mau berfikir atau pakai hentam kromo saja memakan ikan atau sayur yang masih beracun serta tidak selamat kepada anda !!!

 

Jika lalat tak mau hampir, bermakna ikan-ikan itu telah direndam dengan kimia Formalin… Lalat lebih tahu…….


Formalin = Formaldehyde

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.