Sabtu, 7 Julai 2012

kunyit Lawan Kanser


Kunyit Lawan Kanser

Kunyit merupakan salah satu penyembuh semula jadi yang berkuasa. Berkurun lamanya kunyit telah digunakan dalam kehidupan manusia. Di India, kunyit banyak sekali kegunaannya. Ia juga adalah tempat pertama kunyit digunakan sebagai pewarna sebelum ia menjadi herba yang popular dan terkenal seperti sekarang. Kunyit atau nama saintifiknya Curcuma longa merupakan tanaman yang berkait rapat dengan halia. Dikenali juga dengan nama turmeric (Inggeris), herba ini banyak ditanam di negara Asia, iaitu India terutamanya dan Afrika.
Tanaman kunyit merupakan tumbuhan bercabang. Batangnya tegak, bulat dan membentuk rimpang dengan warna hijau kekuningan. Batangnya tersusun dari pelepah daun. Daunnya tunggal, berbentuk bulat telur, mempunyai tulang dan berwarna hijau. Pokok kunyit mempunyai bunga yang akan keluar dari pucuk batang. Bunganya mempunyai mahkota dan berwarna putih kekuningan. Rimpang kunyit berwarna oren kecoklatan. Manakala isi rizomnya berwarna oren kekuning-kuningan.
Akar atau rizom dan daunnya, adalah bahagian pokok yang digunakan untuk tujuan perubatan dan penyediaan makanan. Secara umumnya, sebelum bahagian-bahagian ini digunakan, ia akan direbus dam kemudiannya dikeringkan sebelum diproses menjadi serbuk. Curcumin, bahan aktif di dalam kunyit memiliki kandungan antioksidan dan dikatakan amat kuat seperti vitamin C dan E.
Selain digunakan untuk tujuan pewarnaan fabrik, kunyit juga adalah bahan yang amat penting dalam penyediaan makanan. Bukan itu sahaja, melalui pelbagai kajian juga telah mendapati bahawa kunyit juga turut mempunyai khasiat ubatan yang dikatakan mampu digunakan untuk merawat pelbagai masalah kesihatan.
Kunyit telah digunakan dalam perubatan Ayurveda dan perubatan Cina sebagai antiradang, bagi merawat masalah pencernaan dan hati, penyakit kulit, dan juga luka-luka. Bukan itu sahaja, melalui penyediaan juga telah mendapati bahawa kunyit juga mampu memberi khasiat berguna dalam rawatan penyakit daripada kanser sehinggalah kepada penyakit Alzheimer.
Dalam perubatan Ayurveda, ekstrak rizom yang telah dicampurkan dengan air panas digunakan sebagai minuman bagi mengurangkan masalah keradangan. Dalam perubatan ini juga kunyit dianggap sebagai herba ‘rasayana’. Untuk tujuan ini, kunyit digunakan untuk menghalang proses penuaan.
Rawat kemurungan Curcumin di dalam kunyit dikatakan mampu merangsang pundi hempedu dalam menghasilkan hempedu, dan tindakan ini mampu memperbaiki pencernaan. Malah di negara Jerman kunyit telah diterima sebagai herba yang selamat untuk merawat masalah pencernaan. Perubatan Yunani telah menggunakan kunyit untuk merawat pelbagai masalah kesihatan seperti masalah hati yang tersekat dan demam kuning. Ia juga turut digunakan untuk kegunaan luar bagi merawat ulser dan keradangan. Kunyit yang telah dipanggang pula digunakan sebagai ramuan untuk merawat disenteri. Kunyit turut digunakan dalam serbuk atau ubat gigi.
Di negara seperti India,Pakistan dan Bangladesh, rizom kunyit adalah bahagian yang banyak digunakan dalam pelbagai cara. Reputasi rizom kunyit ini amat terkenal sehinggakan ia mampu melegakan asma dan batuk. Malah kebanyakan daripada penggunannya secara tradisional ini juga banyak disokong oleh bukti saintifik.
Selain khasiat yang telah diceritakan ini, kunyit juga memiliki pelbagai kebaikan lain. Agen antiseptik dan antibakteria semula jadi dalam kunyit berguna dalam membersihkan luka. Dikatakan jika dicampurkan dengan kubis bunga, kunyit menunjukkan mampu mencegah kanser prostat dan menghentikan pembesaran kanser prostat yang wujud.
Dalam kajian yang telah dilakukan terhadap tiks ujian, dikatakan kunyit mampu mencegah kanser payudara daripada merebak ke organ paru-paru. Kunyit juga mampu mencegah dan memperlahankan peningkatan penyakit Alzheimer melalui cara membuang pembinaan plak amylod dalam otak.
Kunyit juga dikatakan mampu mencegah metastates muncul dalam kebanyakan bentuk kanser yang berbeza. Ia juga disebutkan mampu mengurangkan risiko leukemia ketika kanak-kanak. Tumbuhan ini turut mampu membantu dalam metabolisme lemak dan pengawalan berat badan. Dalam perubatan Cina, kunyit telah lama digunakan dalam rawatan kemurungan.
Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan yang ditunjukkan oleh kunyit, namun begitu penggunaanya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.
Artikel ini dipetik dari Majalah Mingguan Wanita Jan 2011 m/s 50

KUNYIT RAWAT KANSER

*Saintis di University of Leicester telah memulakan ujian ke atas pesakit bagi menguji sama ada rempah boleh membantu merawat kanser usus. Penyelidik universiti berkenaaan menjalankan kajianmengenai curcumin yang ditemui dalam kunyit iaitu rempah. Kunyit merupakan bahan yang popular dalam masakan dan kari. Profesor Akon Steward berkata, mereka telah memeriksa sama ada curcumin dapat "mengurangkan perkembangan kanser" terutama apabila di gunakan semasa kemoterapi.




Curcumin

Curcumin is a polyphenol derived from the rhizome of the plant curcuma longa, a member of the ginger (Zingiberaceae) family. Also known as turmeric, Indian yellow root or Indian saffron, is cultivated throughout Asia and used extensively as a spice. Curcumin also has a long history of use as a botanical medicine in both traditional Chinese and Indian (Ayurvedic) medicine to treat a wide variety of conditions. In these traditions, it is usually prescribed along with piperine (black pepper) to improve absorption from the GI tract.

Efficacy

The weight of the experimental data suggests that curcumin favorably affects several key processes in carcinogenesis including promotion of apoptosis and inhibition of inflammation, angiogenesis, cell motility and metastasis. Trials have begun at MD Anderson to evaluate efficacy of curcumin in the treatment of many different types of cancer. Curcumin has been shown to reduce colon polyps in human trials.

There is an impressive amount of peer-reviewed literature on curcumin, including more than 600 publications on PubMed describing curcumin's effect on carcinogenesis.

Pre-clinical studies have shown that Curcumin is a potent anti-inflammatory and that it interferes with carcinogenesis via various mechanisms, including inhibition of pro-inflammatory cytokines and inhibition of specific genes involved in inflammation and leukocyte recruitment. Other effects described in the literature include promotion of apoptosis, interference angiogenesis, reduction in cancer cell motility and possibly synergistic effects with some chemotherapeutic agents and radiotherapy. Effects have been shown in almost every type of cell line.

There are currently limited data on the effects of curcumin in combination with conventional chemotherapy and radiotherapy, however initial reports suggest that curcumin may sensitize cancer cells to cisplatin, may reduce resistance of cancer cells to chemotherapy, and may act synergistically to radiation therapy.

Safety

Oral administration of curcumin in doses up to 8-10 grams per day have been shown to be safe for human consumption.

Recommendations

Curcumin is perhaps the most widely researched botanical in oncology. It is safe for oral administration in humans and is recommended to prevent recurrences and as anti-cancer therapy. Patients taking curcumin during chemotherapy and radiation treatments should be carefully monitored as curcumin has been shown to act synergistically with chemotherapy.

http://depts.washington.edu/integonc/clinicians/act/curcumin.shtml

 




 

2 ulasan:

  1. saya pernah mengalami sakit gout. setelah surf dalam internet saya jumpa bahawa kunyit dapat mengurangkan kesakitan gout. setelah mencuba ternyata ia berkesan dan kini saya tidak lagi perlu menggunakan ubat klinik. caranya ialah ambil setengah sudu serbuk kunyit atau kunyit hidup, bancuh dengan secawan air panas, minum ketika sejuk. insya Allah.

    BalasPadam
  2. Ketahuilah bahawasanya ubat klinik adalah berdasarkan bahan kimia yang pasti ada kesan sampingannya masing masing. Lain kali jika tuan ke Klinik jangan lupa hak tuan untuk bertanyakan nama ubat yang diberi serta kesan sampingan ubat ubat yang diberikan oleh doktor atau Farmasi. Tanggungjawab doktor dan farmasi untuk beritahu nama ubat. Jika mereka enggan, mereka tidak beretika sebagai profesional.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.