Jumaat, 1 Mac 2013

Kaedah menggoreng makanan punca barah


Terbaru: Rumusan drp kajian tentang punca barah:

Kaedah menggoreng makanan punca barah

Rumusan berdasarkan perbandingan masakan Melayu, Cina dan India

LONDON: Cara menggoreng dengan merendam dalam minyak yang banyak seperti yang selalu dilakukan di gerai tukang masak Melayu boleh meningkatkan risiko barah paru-paru, barah payu dara dan barah pundi kencing, menurut penyelidikan sepasukan saintis dari Universiti Singapura.

Pasukan penyelidik membuat rumusan selepas membandingkan kaedah memasak makanan Melayu, Cina dan India. Kajian mereka yang disiarkan dalam Journal of Environmental Monitoring, menganalisis kualiti udara di dapur tiga gerai makanan berkenaan.

Menurut saintis, kaedah menggoreng terendam yang digunakan dalam masakan Melayu membebaskan lebih banyak polycyclic aromatic hydrocarbons iaitu bahan kimia penyebab barah berbanding menggoreng sambil mengacau di dapur tukang masak Cina.

Sementara di gerai makanan India, kebanyakan makanan dididihkan atau direbus, kaedah yang mengurangkan pembebasan bahan kimia itu.

Bahan kimia yang turut ditemui dalam tembakau dibebaskan apabila minyak dipanaskan sehingga suhu tinggi.

Ketua pasukan penyelidik, Dr Rajasekhar Balasubramanian berkata: “Perbandingan terhadap kaedah memasak berbeza mendapati cara menggoreng terendam membebaskan lebih banyak polycyclic aromatic hydrocarbons berbanding kaedah memasak lain, yang berpunca dari suhu tinggi yang diperlukan ketika memasak dan jumlah minyak banyak yang digunakan untuk tujuan itu.

“Di gerai Melayu, makanan yang digoreng kebanyakannya berkanji. Jadi, berkemungkinan besar kentang yang digoreng juga mengeluarkan jumlah besar polycyclic aromatic hydrocarbons, seperti di gerai makanan Melayu.”

Kajian juga mendapati pendedahan berterusan kepada minyak masak yang digunakan untuk menggoreng kentang boleh meningkatkan risiko barah.

Saintis berkata, partikel yang berpotensi mendatangkan bahaya dibebaskan ke udara apabila minyak dipanaskan sehingga mencapai suhu diperlukan untuk menggoreng kentang.

Semua minyak masak mengeluarkan partikel itu tetapi minyak sayur-sayuran paling bahaya termasuk minyak jagung dan minyak zaitun, kata penyelidik. Kentang yang digoreng mengeluarkan sejumlah polycyclic aromatic hydrocarbons.

Kajian yang disiarkan oleh Royal Society of Chemistry, menganggarkan bahawa seseorang yang kerap terdedah kepada paras tinggi kimia berkenaan mempunyai satu dalam 100 risiko menghidap barah.

Malam kelmarin, penyelidik menasihatkan tukang masak supaya memastikan dapur mereka mempunyai pengaliran udara sempurna dan sebaliknya merebus atau mengukus makanan, bukan menggoreng. – Agensi


FAKTA:
# Kaedah menggoreng makanan tingkat risiko barah paru-paru, barah payu dara dan barah pundi kencing.

# Kaedah Menggoreng bebaskan polycyclic aromatic hydrocarbons yang menyebabkan barah.

# Minyak jagung dan minyak zaitun paling berisiko kerana ada banyak unsaturated arm. Unsaturated arm bila dipanaskan akan terbuka dan boleh mengambil dioxin yang terbentuk semasa proses menggoreng makanan !!

# Minyak Kelapa Dara VCO paling selamat bila menggoreng makanan sebab medium chain saturated dan tiada arm yang boleh terbuka semasa pemanasan sebab dah saturated fat!!! Berita Harian, 11/4/2006

Posted 13 April 2006 - 06:21 AM penyakit-penyakit ini dah jadi trend pulak zaman sekarang ni. kebanyakan rakyat malaysia yang berumur 45 tahun ke atas mengalami pelbagai jenis penyakit. Sebab apa?

-pencemaran air
-pencemaran udara
-pemakanan
-kurang bersenam
-tidur yang tak cukup
-tekanan hidup
-ubat dan bahan kimia
-gelombang radio

Faktor-faktor ni merupakan antara penyebab rakyat malaysia mempunyai masalah kesihatan. Kita memang tak dapat nak elak dari memakan ayam suntik, sayur yang diracun dan sebagainya. Pengambilan makanan kesihatan adalah alternatif.



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.