Jumaat, 1 Mac 2013

Ubat Demam sebabkan kanser


Ubat Demam sebabkan kanser


Anda sering menjadikan Paracetamol sebagai ubat pilihan utama ketika kepala dan demam? Jika ‘YA’ anda seharusnya mengubah ubat pilihan utama anda kepada ubat yang lain. Ini kerana kajian terkini yang dijalankan di University of Washington telah mendapati bahawa pengambilan acetaminophen secara kerap berkemungkinan meningkatkan peluang si pengambilnya untuk mendapat kanser darah tertentu.


Apa Itu Acetaminophen?

Acetaminophen merupakan istilah yang digunakan di Amerika Syarikat dan Kanada, yang merujuk kepada sejenis sebatian yang kita kenali di negara kita dengan nama generik “paracetamol”. Ia digunakan secara meluas sama ada sebagai analgesic (melegakan sakit kepala) atau sebagai antipyretic (mengurangkan suhu badan ketika demam). Manakala, di negara kita ‘Paracetamol’ telah menjadi ubat  yang mudah di dapati.

Acetaminophen bersifat lebih lembut berbanding aspirin yang juga bersifat analgesic, tetapi pengambilan aspirin di luar dos yang dibenarkan boleh membuatkan seseorang itu mengalami pening dan muntah yang melampau. Memandangkan sifat acetaminophen yang sedikit lembut ini, kebanyakkan individu menjadikan ia sebagai jalan pintas untuk menghilangkan sakit kepala.
Kajian terkini yang dijalankan, telah mengesahkan bahawa pengambilan acetaminophen secara kerap berkemungkinan meningkatkan peluang si pengambilnya mendapat kanser darah tertentu. Ketua penyelidik kajian yang berkenaan, Dr. Roland Walter, merangkap pembantu profesor perubatan di bahagian hematologi, mendakwa “Kami mendapati bahawa penggunaan acetaminophen yang terlalu kerap, iaitu salah satu ubat yang paling kerap digunakan di seluruh dunia, mempunyai hubung kait yang berisiko meningkatkan insiden ‘hematologic malignancies’ hampir dua kali ganda”. Hematologic Malignancies merujuk kepada jenis-jenis kanser berlaku dalam darah, tulang sum sum, dan limfa.

Para penyelidik mendapati bahawa mereka yang mengambil acetaminophen sekurang-kurangnya 4 hari seminggu selama 4 tahun telah menerima hampir dua kali ganda risiko untuk mengidap beberapa jenis kanser darah. Kanser-kanser ini termasuklah myeloid neoplasmsnon-Hodgkin lymphomas dan gangguan plasma sel. Walaubagaimanapun, kumpulan penyelidik ini mendapati penggunaan acetaminophen seperti ini tidak mempunyai kaitan dalam risiko peningkatan penyakit leukimia. Ramai pakar berpendapat kajian seperti ini harus diteruskan dan dijalankan dengan lebih mendalam agar kesan sampingan sebenar acetaminophen dapat dirungkai.
 
Memang Paracetamol selalunya dikatakan ubat mujarab untuk sakit kepala dan demam tetapi kesannya juga sangat serius. Jadi cara terbaik untuk menjaga kesihatan dan mengawal pengambilan ubat anda.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.