Sabtu, 6 Julai 2013

Doktor Cabul


Doktor Cabul


3 Jun 2013

IPOH - Seorang doktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan mencabul kehormatan seorang ahli perniagaan wanita di Poliklinik Simpang Pulai, pada 22 Mei lepas.

Dr T.A Alagaratnam Sivarajah, 63, didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan wanita berumur 50 tahun itu di alamat No. 63, Persiaran Sengat Baru Dua, Taman Bersatu, Simpang Pulai di sini antara pukul 11.30 pagi dan 12 tengah hari. Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana antara dua, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Isa meminta mahkamah mengenakan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin, bagaimanapun peguam K. Nahtan yang mewakili Dr Alagaratnam memohon jaminan dikurangkan dengan alasan tertuduh sudah mengusahakan kliniknya sejak 18 tahun lalu, selain menetap dan mempunyai keluarga di sini. Majistret Nur Syafiqah Noorinda membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes.

 

Doktor didakwa cabul wanita 50 tahun


IPOH – Seorang doktor perubatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencabul kehormatan seorang wanita berusia 50 tahun di kliniknya dua minggu lalu. Tertuduh, Dr. T. A. Alagaratham Sivarajah, 63, didakwa melakukan perbuatan tersebut ke atas ahli perniagaan wanita itu sewaktu mangsa berada di Poliklinik Simpang Pulai, Taman Bersatu, Simpang Pulai di sini antara pukul 11.30 pagi hingga 12 tengah hari pada 22 Mei lalu.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan terhadap mangsa dengan niat mencabul wanita itu. Semasa kejadian Alagaratham yang berada di dalam bilik rawat bersama mangsa dituduh memeluk pinggang, mencium bibir dan menyelak baju mangsa sehingga menampakkan pakaian dalam.

Sebelum itu, ahli perniagaan itu sedang menguruskan beberapa pekerja asing untuk menjalani pemeriksaan Agensi Pengawasan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) di klinik milik Alagaratham. Wanita itu menceritakan kepada suaminya mengenai kejadian itu lima hari kemudian sebelum membuat laporan polis.




Doktor-mengaku-tidak-bersalah-dakwaan-cabul-ahli-perniagaan


 


Doktor mengaku tidak bersalah dakwaan cabul ahli perniagaan


IPOH 3 Jun - Seorang doktor perubatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencabul kehormatan seorang ahli perniagaan semasa mangsa membawa beberapa pekerja asing untuk pemeriksaan perubatan di kliniknya bulan lalu.

Dr. T.A. Alagaratnam Sivarajah, 63, didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap wanita berusia 50 tahun itu dengan niat hendak mencabul kehormatan mangsa antara pukul 11.30 pagi dan 12 tengah hari, 22 Mei lalu. Kejadian itu didakwa berlaku di Poliklinik Simpang Pulai di alamat No. 63, Persiaran Sengat Baru Dua, Taman Bersatu, Simpang Pulai di sini.

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Isa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu. Majistret Nur Syafiqah Noorinda membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 4 Julai ini.

Terdahulu, peguam bela, K. Nahtan memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan RM8,000 yang dicadangkan oleh Nadiah kepada RM5,000 dengan alasan tertuduh sudah mengusahakan kliniknya sejak 18 tahun lalu. Nahtan juga menyatakan, anak guamnya menetap dan mempunyai keluarga di sini. Mangsa bersama suami serta beberapa ahli keluarganya turut kelihatan di pekarangan mahkamah semasa tertuduh didakwa.

Pada 30 Mei lalu, ahli perniagaan wanita itu mengadakan sidang akhbar mendakwa menjadi mangsa cabul seorang doktor yang dikenalinya selama 20 tahun di sebuah klinik di Simpang Pulai pada 22 Mei lalu. Ibu kepada empat anak itu mendakwa kejadian berkenaan berlaku semasa dia membawa beberapa pekerja asing untuk pemeriksaan Agensi Pengawasan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) di situ.

Mangsa mendakwa, perbuatan sama pernah cuba dilakukan doktor terbabit terhadapnya tahun lalu tetapi tidak berjaya. Namun dia masih pergi ke klinik itu kerana kemudahan yang lengkap disediakan untuk urusan pemeriksaan kesihatan pekerja asing dan lokasi yang berhampiran dengan kediamannya. Wanita itu mendakwa, disebabkan trauma, dia hanya membuat laporan mengenai kejadian tersebut lima hari kemudian di Balai Polis Simpang Pulai sebaik sahaja kejadian itu diceritakan kepada suaminya.




Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.