Sabtu, 6 Julai 2013

Penawar Kanser Ditemui


Penawar Kanser Ditemui



Penyelidik di Universiti of Alberta, Edmonton, Kanada baru-baru ini telah berjaya menemui penawar penyakit kanser. Malangnya, kejayaan tersebut tidak menarik sebarang minat mana-mana pihak terutamanya syarikat-syarikat farmaseutikal utama di dunia dan juga media.

Penawar tersebut menggunakan kaedah yang amat mudah dengan ubat yang sangat asas – menggunakan dichloroacetate iaitu ubat yang digunakan untuk merawat gangguan metabolik. Dipercayai tiada kesan sampingan atau kesan jangka panjang lain.

Yang lagi best ialah ubat itu tidak memerlukan paten. Jadi sesiapa sahaja boleh menggunakannya secara meluas dan murah berbanding dengan ubat kanser yang mahal dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal utama.

Saintis Kanada telah menguji keberkesanan dichloroacetate pada sel-sel manusia – ia membunuh sel-sel paru-paru, payudara dan kanser otak dan meninggalkan sel yang sihat sahaja. Ujian makmal juga dilakukan ke atas tikus yang dikenakan dengan tumor yang teruk. Selepas diberikan dichloroacetate dalam makanan dan minuman, sel kanser pada tikus mula menyusut.

Mitokondria adalah sejenis sel yang wujud dalam tubuh manusia berfungsi untuk melawan kanser. Bagaimanapun, sel ini perlu diaktifkan sebelum ia mampu untuk melawan sel kanser. Proses pengaktifan Mitokondria dikenali sebagai apoptosis. Selama ini para saintis berpendapat bahawa mitokondria (sel-sel melawan kanser) turut rosak dijangkiti sel penyakit kanser. Justeru, mereka cuba menjadikan glikolisis, metabolik semulajadi dalam tubuh manusia sebagai agen melawan sel kanser. Hasilnya kurang berkesan dan membazir. Glikolisis tidak mampu melawan sel kanser daripada terus merebak.

Syarikat farmaseutikal besar dunia tidak berminat untuk melabur dan memperkenalkan produk ini kerana tidak mendatangkan keuntungan kepada mereka. Kaedah menggunakan dichloroacetate tidak boleh dipatenkan (dihakmilikan) dan tanpa paten (hak cipta terpelihara) syarikat-syarikat besar ini tidak boleh buat duit.

Peningkatkan kesedaran dichloroacetate sebagai penawar kanser diharapkan menjadi inspirasi kepada beberapa syarikat bebas dan penyumbang dana untuk mengambil idea ini dan mula menghasilkan penawar tersebut secara meluas. Betapa manusia fikir mereka hebat dengan mencipta itu dan ini tetapi Allah lagi hebat. Kanser satu penyakit membunuh yang digeruni manusia dapat disembuhkan dengan kaedah mudah. Kadangkala satu masalah besar dapat diselesaikan dengan cara dan kaedah yang simple sahaja. Mati aje yang tak ade obatnya.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.