Sabtu, 6 Julai 2013

Pathologist


Pathologist

 

Tahukah anda siapakah dia pathologist? Pathologist adalah asalnya doktor biasa biasa aja yang bermula dari ijazah MBBS, MD, MBBCh dsbnya… Selepas dapat belajar lanjutan selama 4 tahun lagi dalam program Ijazah Sarjana, mereka bergelar Pathologist! Pathologist adalah doktor pakar yang mengkaji sel sel kanser anda! Merekalah insannya di mana doktor doktor yang membedah anda dan doktor onkolojis mengesahkan sesuatu samaada ketumbuhan itu jenis malignan ( bahaya ) atau benign ( tidak bahaya )!

 

Malangnya, bukan semua Pathologist itu setara tahap ilmu mentafsir slidenya…. Ada antara mereka yang lulus cukup cukup makan aje dan ada juga yang cerdik lagi bijaksana dan lulus dengan markah yang tinggi! Ada juga yang menjadi best student semasa mereka masih di dalam zaman pembelajaran mereka !!! Beruntunglah anda jika mendapat pathologist best student yang menganalisa slide tisu anda!!

 

Tahukah anda mereka sangat takut tersalah diagnose sebab tersalah diagnose akan sebabkan disastrous event. Umpamanya anda mungkin akan menjalani operation radikal ( pembedahan besar ) yang akan mengakibatkan anda kehilangan anggota badan kerana dipotong akibat kesalahan mentafsir slide pathology oleh pathologist ini!!! Kesalahan mentafsir ini dinamakan Medical Negligence dan anda boleh mendakwa mereka di mahkamah!!! Untuk pengetahuan anda, tuan ada hak bagi mengambil kembali slide pathology yang telah dianalisa oleh pakar pathology kerana slide itu diperbuat daripada tisu kanser dari badan anda sendiri !!!

 

Justeru pakar Pathologist yang bagaimanakah sifat sifatnya yang anda akan sanggup pergi untuk menyerahkan jiwa raga anda bagi mendapatkan pendapat kedua sebelum anda dibedah secara pembedahan radikal oleh doktor pakar bedah anda di hospital ? Sudah tentu anda yang bijaksana akan mencari hanya dari kalangan Pathologist yang terbaik di antara yang terbaik (best among the best)! Malangnya, di Hospital Kerajaan, anda tidak dibenarkan untuk memilih doktor atau doktor pakar kecuali anda punya kabel yang besar ! Hanya di hospital swasta sahaja anda boleh memilih doktor! Gitulah lumrahnya sekarang ini…

 

Untuk mencari Pathologist yang terbaik, anda perlulah buat sedikit kerja untuk memilih serta mengetahui identiti mereka! Itu anda boleh fikirkan sendiri bagaimana untuk cari pathologist yang terbaik untuk anda... Kalau saya sudah tentu akan mencari pathologist yang berkhidmat dengan kasih sayang dan bukan nak pi cari doktor @ doktor pakar yang hanya nak cari untung dunia semata mata !!!

 

Pathologist itu sendiri punya berbagai-bagai bidang kepakaran lanjutan yang tersendiri iaitu dipanggil Sub Pathology:

 

Histology,

Cytology

Chemical Pathology

Microbial Pathology

Virology

Hematology

 

Dan macam2 sub kepakaran pathologist ne lagi korang cari la sendiri..

 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.