Sabtu, 6 Julai 2013

Bayi Terima darah HIV


Bayi Terima darah HIV


SAINT PETERSBURG - Gara-gara kesilapan doktor, seorang bayi perempuan berumur 16 bulan di Rusia telah dijangkiti virus HIV semasa pemindahan darah, menurut penyiasat, kelmarin. Jawatankuasa Penyiasat Saint Petersburg memaklumkan insiden tidak sengaja itu dilaporkan berlaku di sebuah hospital kanak-kanak bandar tersebut.

Difahamkan, bayi digelar Daniella itu mengalami radang peritoneum (membran yang melapik rongga abdomen) sehingga menyebabkan proses pemindahan darah terpaksa dilakukan selepas doktor gagal mengesan bahawa mangsa telah tertelan enam magnet.  Bayi malang itu kini terpaksa menjalani rawatan antiretrovirus untuk jangka masa panjang.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.